Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

13 May 2015

Postman Pos Laju

Assalamualaikum..
Hmm hmm, nampak tajuk tu? Mesti dah tahu kan?

Itulah, hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan Postman Pos Laju ni. Bukan pengalaman sebenarnya, tapi hmm hmm.. entahlah. 



Pagi tadi aku bangun dalam kul 5.10 pagi, jangan tanyalah kenapa aku bangun awal macam tu. Mana-mana perempuan yang tak habis lagi puasa ganti mesti tahu. Kikiki..

Habis aje sahur dalam kul 5.36 pagi, solat apa semua tu lah.. Lepastu aku main games jap, WhatsApp dengan kawan-kawan semua tu lah, sampailah kul 11 pagi. Hmm hmm.. Lepastu tetiba pula mata ni mengantuk. Jadi aku pun tidurlah sekejap.

Then lebih kurang dalam kul dua belas lebih, aku yang tengah tidur tu dikejutkan dengan suara orang beri salam dari luar rumah. Aku ingatkan mimpi, jadi aku sambunglah tidur. Then bila aku dengar lagi dan lagi, ohh bukan mimpi. Dengan mamainya plus muka mmg orang baru bangun tidur aku pun keluar rumah. Nasiblah aku tak suka pakai baju tidur bunga-bunga masa tidur, kalau tak jangan haraplah aku nak keluar! Heh.

Sempat aku tengok keliling rumah. Ceit, tak ada orang rupanya kat rumah. Patutlah senyap aje.

Then aku pergi kat pagar rumah bila nampak Abang postman tu. Abanglah kot sebab tengok dari muka macam baru dua puluh lima macam tu.. Eh, sempat aku usyar.. hahaa

Then abang postman tu sebut nama Mama. Aku pun angguk ajelah. Takkan nak cakap yang Mama tak ada kat rumah kan padahal aku boleh wakil Mama untuk ambil barang dia? Lepastu abang postman tu hulur kertas suruh tulis nama dengan ic aku. Aku pun dengan mamai pun ambil dan tulis.

Masa tengah tulis tu, maka terjadilah perbualan seperti ini;

Postman : Ingatkan tak ada orang tadi. (lebih kepada monolog)

Aku : *hanya diam dan terus menulis

Postman : Macam baru bangun tidur saje.

*entah kenapa aku boleh terkedu. Ceit, dia tahulah 

Aku (angguk) : Ha'ah, puasa hari ni. *aku tak tahu untuk apa sebenarnya aku kasitahu yang aku puasa. Tapi, hmm hmm

Postman : Ohh puasa. *jeda* Jangan tidur lama sangat kalau puasa, nanti jadi makruh.

Aku : ???

Aku masa tu macam nak aje berdebat dengan postman tu.. Ceh, aku baru aje tidurlah! Ni nak marah ni.

Lepastu aku terus hulur kertas dengan pen and ambil bungkusan tu, terus masuk rumah. Dalam hati, doa hope aku tak jumpa lagi dah postman tu. Malu wehh..

Tapi thankslah sebab ingatkan aku pasal benda tu. huhuu

P/s : Postman, tak payah datang rumah aku lagi dah. Terima kasih..

Ohh permulaan hari yang tak berapa nak indah. Grr..

So moral of the story, jangan tidur!

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...