Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

22 December 2015

What? Seriuslah?!

Hey assalamualaikum,

Sebenarnyakan, aku memang dah lama menantikan saat-saat macam ni. Haih,


Mula-mula dapat tahu keputusan tu keluar 18 hb harituh, tapi tak jadi sebab kolej aku baru saja dinaiktaraf menjadi kolej universiti. *ekhem* dan terpaksa ditunda ke 22 hb iaitu esok bersamaan dengan Selasa|22-12-2015.


Tapi siang tadi, dapat berita MPP update twitter yang result homegrown untuk diploma dah keluar tepat jam 6.00 petang tadi. Tapi sayang aku tak boleh buka on time, sebab masa tu aku dekat luar dan internet dekat luar tersangatlah slow tahap siput khinzir.


Dan bila sampai je rumah aku terus buka CMS Student,


dan

.
.
.




Fuh! Alhamdulillah.


Tunjuk pada korang bukan sebab nak bangga, bukan sebab nak riak, tapi aku rasa sangat bahagia sekarang ni sampaikan aku nak bagitahu result aku tu pada jiran-jiran aku yang lain jugak. Kah!


Lepas dah dapat tahu dapat Dean's List tu, aku terus kasitahu Mama dan jawapan balas Mama,


"Dean's List tu apa?"


Fuh, hilang terus rasa bahagia aku weh.


Dan bila mesej Ayah pula, *sebab Ayah aku balik kampung*


Lagi sedih sebab Ayah langsung tak reply mesej aku. Dia tinggalkan bluetick je weh! *sedihkuasadua*


Tapi peduli apa, asal aku bahagia.


Dan result aku, aku langsung tak beritahu classmate dengan housemate aku. Sebab aku lagi suka sorok. Entahlah, malas nak kecoh sebab aku tahu result mereka lagi dasyat dari aku. Mungkinlah, aku pun tak ambil port sangat dengan result dorang. Huhuhuu,


Ps : walaupun tak dapat 4 flat, sis tetap bersyukur. Hehee *senyum nampak gigi*


Peace no war, gais.



Miss Oren : Saat entry ini ditulis, jam dah menunjukkan ke angka 12:44 tengah malam|22-12-2015 tapi terpaksa di revert to draft kerana line internet yang tersangat slow. Ada jembalang duduk tengah line, mungkin. Mungkinlah.

4 comments:

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...