Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

8 September 2016

U Special

Assalamualaikum annyeong.

Hari ni banyak gila masa terluang yang aku bazirkan dengan tidur. Kah! Well, penat memerah otak selama dua hari berturut-turut menjawab exam mid-term yang sangat membelit urat kepala, jadi aku release kannya dengan tidur.

Tambah, kelas hari ni pun dua jam aje. Itupun ada satu kelas je. Sebab lagi dua kelas tu, lecturer cancelkan sebab rmai yang dah pulang ke rumah semalam. Semangat nak raya, mungkin. Itu yang balik awal. Huhuhuu

Dan bila dah tidur lama ni, dah malam macam tak boleh nak tidur pula. Atau mungkin, sebab tak sabauuu nak balik JB esok. Ohyeah. Dan dua bulan tak balik rumah. Rindu rumah okeh.

Dan tadi, masa tengah godeh-godeh internet. Tak tahulah apa yang aku godehkan sampai hampir dua jamlah juga aku menghadap laptop. Search perkara lagha mungkin. Download kdrama, lagu and kartun. Dah cakap kan tadi, banyak betul masa terluang aku hari ni, sampai tak tahu dah nak search apa. Huhuhuu

Okey sambung,, masa tengah godeh-godeh internet terjumpa satu iklan ni pasal UMobile. Dan baru ingat yang aku dah lama tak log in website UMobile. Jadi aku pun me-log-in lah. Buka-buka aje dia tunjuk pasal U Special.

Aku blur kejap. Sebab sebelum-sebelum ni buka, tak ada pula pasal benda alah ni. Hari ni buka, boleh terada pula. Jadi aku tengoklah itu pasal apa. Dan dia cakap, uniques surprise for the U member. Macam birthday special lah..

Dan baru ingat, aku mendaftar Wifi portable aku ni tahun lepas, menggunakan ic mama. Jadi dia ambil birthday mama lah, iaitu hari terakhir bulan ni. Jadi untuk menghargai pengguna U Mobile, mereka memberi uniques surprise kepada pengguna-penggunanya.

Dan ada 4 uniques surprise yang mereka bagi: travel, assurance, moments and surprise.

Aku tertarik dengan travel dulu. Jadi aku pun klik. Dan keluarlah benda alah ni:




Aku terus, wow! Daebak!

Free starbucks weh.

Tapi hampeh punah ranah bila aku tengok, hanya available di KLIA @ KLIA2 sahaja! Hahaha, memang tidaklah aku nak pergi sampai airport sana. Naik KL Transit dari BTS pun dah mencecah RM38.40, tercekik terus nanti. Baiklah pergi kiosk Starbucks beli sana aje.

Sad ending.

Lepastu aku klik pula bahagian surprise ni. Dan keluar pula:


Ni lagilah daebak. Tapi, masa bilanya pula aku nak pergi hotel-hotel segala ni? Baik duduk rumah aje tidur dekat rumah. Sejauh manapun kau pergi, mesti rumah tempat tinggal sendiri juga yang paling kau dambakan. Well, sad ending lagi.


Next, assurance.

Tak payah cerita pun dah tahu pasal apa kan? Huhuhuu

Nexxxttt, moments.

Hampeh! Bila aku klik, dia cakap stay stuned. Haih, siot aje. Bersemangat aku klik weh.

Bagi menggulung segala cerita di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa (tetiba pula teringat ayat nak buat karangan masa sekolah. Kah!) line U Mobile sangatlah daebak! Dekat memana aje mesti ada line tu walaupun sikit. Tapi tak tahu kenapa, bila balik kampung ayah dengan mama, line U Mobile ni hidup segan mati tak mahu. Huhuhuu

Pernah masa memula dulu aku seorang aje yang guna UMobile ni, lepastu housemate aku duk condemn cakap line umobile tak bagus, tapi aku pasrah aje dengar dorang kutuk sebab biar aku jelah yang tahu sendiri macam mana line ni.

Lepastu ada satu hari tu, salah sorang housemate aku beritahu, UMobile is daebak weh. Dan tak tahu macam mana, hujung bulan lima tu hari, hampir keseluruhan rumah aku menggunakan UMobile ni.

Huhuu, tak tahulah nak gelak pada mereka atau nak berbangga dengan diri sendiri.

Dan oh, ini bukan entri iklan okeh. Jangan risau, aku buat entry ni sebab memang aku nak buat. Bukan atas paksaan memana pihak atau iklan. Aku rasa tengok dari gambar di atas pun dah tahu kan bukan iklan? Kah!

Okeylah, till then, babai assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...