Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

11 October 2017

MUET

Assalamualaikum, selamat tengahari,

Hari ni nak membebel berkenaan muet. Pagi tadi, aku telah melepasi peperiksaan muet Speaking di sebuah sekolah di JB. Sejujurnya, nak mengaku yang aku memang tak study apa langsung berkaitan muet sebelum ni, sehinggalah semalam aku tergerak hati nak cari tahu serba sedikit berkenaan muet ni.

Punyalah takut sebab ada kawan aku beritahu, muet speaking dia susah. Dan ada pula yang beritahu, muet speaking dia senang. Jadi aku fikir, soalan muet speaking ni diberi secara random.

Nah, sehinggalah pagi tadi aku ke sekolah tu di hantar mama (tetiba rasa macam masuk sekolah balik pulak.. hahaa), tempat muet itu diadakan di bangunan paling bawah sekolah tersebut.  Memang dah berpuluh anak tangga jugalah aku menapak tadi.

First, dia letak kami di bilik kuarantin. Aku group ke-3, jadi group aku mula pukul 9 dan habis jam 9.30 pagi. Terdiri dari 3/4 orang dalam satu kumpulan. Dan bila loceng berbunyi, barulah dipanggil masuk ke bilik exam itu mengikut kumpulan.

Soalan muet speaking ni pula, masyaAllah. Boleh pula aku dapat yang sedikit susah bagi aku. Elok keluar bilik exam tu macam nak menangis sebab banyak tergagap dari bersuara. Dengan muka examiner dia macam teging-tiada senyuman. Lagilah buat kami telan liur.

Dan aku rasa, muet speaking aku macam,, ermm.. ermm.. haih, entahlah. Macam nak buat lagi sekali untuk muet akan datang pulak. T,T

Down terus semangat aku satu hari ni angkara muet speaking. Hahaa (aku ketawa hambar ni).

Mungkin salah aku juga sebab tak study, dan aku study last minute. I admit it. Dan mungkin salah aku juga sebab ambil muet tak kena waktu dan masa.

Maksud aku tak kena waktu dan masa ni, sebab aku sekarang tengah jalani latihan industri di Petaling Jaya. Aku pula duduk dengan seseorang di Shah Alam. Di tempat kerja, aku banyak sangat kerja sampai tak sempat nak study. Sabtu Ahad tak payah cakaplah. Memang waktu aku untuk qada' tidur yang tak cukup tu. Kahhahahaaa (sekali lagi aku ketawa hambar)

Nak meredah jalan jammed pergi balik kerja memang letih gila. Dan memang aku nak repeat lagi muet kot kalau aku dapat bawah daripada band 3. Heh,


Di bawah ni aku briefing sedikit mengenai muet;


Wajib untuk pelajar yang ingin menyambung ijazah di ipta tempatan ye. Kalau nak study luar negara, tak payah pun tak apa. Tapi korang kena ambil exam IELTS. Tapi exam tu, hanya untuk kemasukan belajar di beberapa buah negara such as, canada, uk dan apa lagi entah. Tak ingat pula saya.

Ini pula stuktur dalam muet;-




Dan ini pula, kalendar muet untuk tahun 2018. Sesiapa yang mahu menduduki muet, bolehlah membuat pendaftaran dengan membeli nombor pin di kaunter BSN dengan harga RM100.60 sebelum tarikh tutup.



Okey, itu saja kot. Nak sambung memulih hati yang lara. Bye!

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...