Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

10 December 2017

Solat

Assalamualaikum hai,



Bebelan aku kali ini, lebih kepada Islam. Oh, yang bukan muslim pun kalau nak baca, ya langsung di baca aja~~

Solat.

Yes. Rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam.

Tapi aku bukan nak berbicara mengenai siapa yang tak solat dan siapa yang solat. Bukan.

Tapi lebih kepada, manusia yang solat cepat.

Maksud aku, waktu kita mendirikan solat yang sebenarnya hanya mengambil masa selama 10 minit. Plus berdoa. Tapi ada sesetengah manusia yang hanya siap mendirikan solat tak sampai pun lima minit!

Serius!

Aku tak tahulah dia baca doa apa sampai masa dia menunaikan solat tu tersangatlah cepat.

Pernah sekali tu, aku solat di surau Shell di Tol Batu Tiga. Iyalah, menetap di bandar metropolitan ni kan, masa memang banyak terbazir pada jalan jammed aje. Haih,

Dan aku solat di sebelah seorang perempuan yang aku agak atas aku beberapa tahunlah. Bayangkan, aku dah angkat takbir rakaat pertama dia baru pakai telekung. Dan bila aku baru nak bangkit selepas tahiyat awal, dia dah beri salam.

Dan masa tu aku confius jap, aku yang baca lambat sangat atau dia yang cepat? Sebab setahu aku, aku selalu baca surah lazim aje. Tak ada nak baca surah-surah yang panjang aih.

Tapi memang solat aku tak khusyuk lah waktu tu. Huhuhuu.

See, sebab manusia yang solat laju ni pun aku boleh tak khusyuk. Tapi itulah, nak mencapai yang betul-betul khusyuk tu, memang sampai bebila takkan dapat kan?




1 comment:

  1. Thanks for the reminder.In sha allah Hana will constantly solat on time... ^^

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...