Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

19 March 2018

Appendicitis

Assalamualaikum,

Lamanya tak masuk sini. Bertahun. Haih,


Hari ni aku nak bercerita mengenai Appendiks dan penyakitnya Appendicitis. Tapi sebelum tu, nak diingatkan, entry ini tersangatlah panjang. Yang mana tak suka membaca panjang-panjang tu, dah boleh blah.


Mengikut sumber yang dipercayai, appendiks merupakan salah satu organ dalam tubuh badan manusia yang tidak berguna, tiada fungsi tapi, boleh membawa maut jika appendiks ini pecah dalam tubuh dan tidak dirawat sewajarnya.






Haa nampak tak, organ paling tak berguna yang boleh membawa maut.


*Sehingga kini tiada siapa tahu function sebenar apendiks, dan kita boleh hidup tanpanya. Tapi, Allah kata, setiap apa yang dicipta itu punya fungsi tersendiri.*


Mitos: Apendiks disebabkan makanan pedas, masam dan berbiji keras (jambu).


So, nak ceritalah. Pengalaman dihinggap penyakit appendicitis ni.


25 Feb 2018. Yes, baru bulan lepas aku kena. Baru aje lagi.

- Hari first perut aku sakit. Bangun subuh tu perut aku dah mula sakit. Tapi, still boleh solat lagi walaupun sakit dia azab gila. Ingatkan sakit perut biasa aje. Sebab aku memang dah biasa dengan perut yang sentiasa sakit ni. Boleh dikatakan dalam seminggu tu empat atau lima kali perut akan sakit. Biasalah manusia, selagi tak parah, selagi itu akan buat tak peduli. Sebab aku ingatkan, hanya masalah ketidakhadaman.

Tapi, dalam pukul 10 pagi tu, aku tak boleh tahan sakit sangat dah. Terus aku call mama (sebab my mom keluar breakfast) beritahu yang perut aku sakit sangat. Masa ni dah muntah banyak kali and cirit.

Pergi klinik aje. Dan doktor beritahu yang aku kena gastrik yang teruk. Perut aku yang sakit sebelum ni, yang aku anggap masalah tak hadam tu, sebenarnya gastrik! Doktor bagi ubat gastrik, tahan sakit dengan muntah.

Tapi still lepas dah makan ubat pun, perut aku masih lagi sakit. Dari pagi membawa ke petang, membawa ke malam membawa ke tengah malam. Malam tu memang aku tidur asyik terjaga. Sebab sakit sangat.

Then esoknya, 26 Feb 18, perut aku masih lagi sakit. Masih tak hilang.

Mama call ayah, bawak aku pergi hospital. Tengahari tu ayah balik, angkat aku terus ke hospital. Masa ni memang aku dah tak boleh nak berjalan. Kaki pun tak boleh nak melunjur.

Sampai hospital, terus aku ditolak masuk ke unit kecemasan. Doktor suruh kencing untuk ujian apa entah. Tapi, Allah dah tertulis rapi perjalanan hari aku.

Disebabkan aku dah kencing sebelum ke hospital; kencing yang banyak - jadi, di hospital aku dah tak boleh nak produce urine. Doktor masukkan air dalam badan, ayah siap belikan mineral sebotol. Even dah habis sebotol pun aku still tak rasa nak kencing.

And doktor cakap "Kalau habis sebotol air ni awak tak kencing jugak, kita kena masukkan tiub kencing tau."

Masa tu aku dah takut gila sebab doktor cakap sakit masa masukkan tiub tu. Well, aku tanya kot sakit ke tidak. Dah doktor jawab sakit, memang tertelan liurlah juga aku.

Dah habis sebotol iv drip tu, still aku tak kencing. Doktor bagi satu kali chance untuk masukkan iv drip yang kedua. Sampai habis pun, tetap aku tak rasa nak kencing.

Masa tu, doktor memang perlukan air kencing aku aje. Sebab dia dah scan perut apa semua yg dorang nak, tinggal urine aje.

Then, sebab aku tak kencing doktor masukkan tiub. Masa tu aku dah berdebar tau. Pastu ingat yang mama suruh ingat Allah.

Masa dia start masukkan tiub tu aku dah pejam mata, genggam tangan kuat-kuat sebab takut sakit. Tapi, tak adalah sakit mana pun. Just rasa macam kena cubit lembut. Haa centu. Doktor tipuu~~ Saja nak menakutkan aku tau.

Lepas dah dapat urine, doktor tolak aku pi x-ray pulak. Masa nikan kena cabut semua, sebabkan aku dah pakai baju nipis, jadi tak payah cabut. Cumanya kena cabut rantai. And masa ni lah rantai aku hilang entah ke mana. Hmm, mahal tahu aku beli rantai tu.

Aku masuk unit kecemasan 12.40 tengahari dan 3.30 petang aku masih di tempat yang sama. Bayangkan punyalah lama. Tapi, sebab sakit, lama tu tak adalah terasa sangat. Lebih kepada rasa sakit aje.

Dan masa ni pun aku banyak dimasukkan ubat tahan sakit. Painkiller yang memang power tapi, bertahan sekejap ajelah lepastu still sakit lagi. Sampai menggigil aku sebab ubat tu. Rasa addicted dengan painkiller tu sebab aku hanya nak sakit aku hilang. 

Then, dah pukul 4 macam tu, ada sorang doktor ni datang. Surgeon. Dia check keadaan aku. Dah check semua dia bagitau aku kena admit ward and kena operate. Sebab dorang syak appendiks aku dah pecah dalam perut.

Lagilah aku terkejut. Doktor siap suruh ayah daftarkan aku masuk wad. Lepastu, aku ditolak ke wad sementara.

Wad ni cantik. Tenang aje. Tak bising. Ada 8 katil masuk aku. Sebelah aku baby kecik aje. Baru lahir, comel. Tapi, sebab aku dah sakit sangat aku tak boleh nak mengagumi baby tu.

Masa ni, tahap aku sakit sampai menangis. Macam nak doktor masukkan painkiller tu sampai habis storage kat hospital! Tapi, aku tahan sebab ayah urut tangan aku dan cakap, "anak ayah kuat kan."

Menangis sebab sebak tu pun ada jugak. Terharu semualah. Mama ngan ayah datang jenguk ikut turn. Makin buat aku sebak. Rasa dia, susah nak describe dengan kata².


½ jam kat situ, aku kena tolak pi wad timur 2. Wad ni ramai gila patient. Katil aku di bahagian tengah sebab dah penuh sangat orang. Dan lagi buat wad tu sesak sebab waktu tu waktu melawat.

Doktor cakap, aku memang kena operate secepat mungkin cumanya sebab bilik bedah penuh, tu yg buat aku kena tunggu lama untuk dibedah.

Hari first dah 4 botol iv drip masuk badan aku.

Aku memang fobia betul dengan benda yang boleh menyakitkan badan ni. Kena inject pun aku macam nak meraung. Tapi, bila dah sakit macam ni. Bila doktor cucuk kepala nak masukkan iv drip tu, aku memang pasrah aje tau. Memanglah tak sakit tapi....

27 Feb 18
1.30 am - masa ni aku dah tidur sebab padan aku panas. Ya, aku demam. Sakit pun dah slow² hilang. Tapi, adik aku yang jaga aku dari siang, baru nak tidur. Nurse datang bawak uniform biru. Katanya suruh aku tukar baju sebab nak operate dah.

Dah siap tukar baju, sempat berselfie dua tiga keping, 1.45 am macam tu, aku ditolak pi level 1 which is dewan bedah.

Masa ni aku tak rasa apa² pun sebab aku just nak sakit aku hilang aje. Nampakkan macam mana aku punya sakit tu?

And sempat hadiahkan senyuman buat si penjagaku. Serius dah rasa macam nak pergi berperang aje masa tu.

Tengah tolak pi level 1, teringat pesan mama; "Nanti masa nak pi operate tu, banyakkan mengucap." Mengucap aku sepanjang perjalanan.

And kena tunggu beberapa minit sebelum ditolak ke bilik bedah. Masa ni tengah hujan. Lebat gila. Masa nilah, memacam aku doa. Berterabur doa aku. Itulah tu, bila susah baru ingat Allah.

And doktor baca procedure apa semua sebelum masuk o.t room. 2.20 am aku mula dibedah. Ada 4 doktor. 3 surgeon n 1 pakar bius. Doktor bius tu lelaki, handsome bak hang. Sempatlah mata memandang. Hahahaa~

Sempatlah mata menjengah sekitar bilik bedah tu. Fuh, macam cerita Korea! Hahaha.

And doktor pakaikan wayar apa entah kat badan aku. Masa ni tahap malu aku, Ya Allah. Doktor lelaki kot yg letakkan wayar tu. Nampak dada gue 😭😭😭😭

Kemudian, aku diberi oksigen dan doktor cakap, "Saya beri awak oksigen ye. Bernafas perlahan²...." dan aku terus tak sedar. Serius, dia cakap tu, dia gantung iv drip aku, n dia masukkan ubat bius tak sampai beberapa saat, aku terus tak sedar.

Ingatkan selama ni drama-drama yang pasal baru masukkan bius terus tidur tu menipu, rupanya betul weh! Dia baru masukkan, tak sampai sesaat aku terus tak sedar.

Sedar aje aku dah kat luar bilik bedah. Dengar surgeon semua membawang. Then, doktor tolak keluar. Masa ni belum fully sedar. Just mamai² gitu.

Masuk ward, adik aku tolong tukar baju aku ke uniform hijau. Nampaklah sifat mithali dia. Kah! Sebab selama ni asyik berbalah dengan aku aje en. Sebab aku masa ni tengah lemah gila. Aku boleh buka mata tapi, fikiran aku kosong. Aku tak ada daya langsung. Bius masih lagi menguasai.

Itulah orang cakap, manusia itu diciptakan untuk saling memerlukan.

Aku fully sedar nak dekat jam 7 pagi. Boleh dah membebel kat adik aku. Heh!

And sepanjang hari tu aku terlantar aje kat katil. Habis aje bius dalam badan, aku demam. Nadi aku laju. Vital sign aku memang tak stabil. Memang aku lemah selemah lemahnya. Aku mampu terbaring. Hanya tidur. Dan hanya kuat bila nak minta air. Heh.

Banyak kali doktor datang periksa setiap pesakit. Aku macam dah boleh hafal waktu doktor pakar ni melawat. Dan setiap kali tu doktor akan berhenti lama kat katil aku. Sebab aku memang flat=drop=kecundang habis.

Banyak kali doktor suruh tunjuk lidah. Sebab badan aku memang kurang banyak sangat air! Masuk hari ni dah berbelas iv drip. Sampai kiri kanan aku nurse cucuk. Kanan masuk antibiotik dngan ubat tahan sakit. Kiri masukkan air.

Setelah berhari-hari tak pegang phone.
Masa ni, belek phone pun sekejap aje.
Sebab kepala cepat pening bila menghadap phone.

Masukkan air dalam badan tak sakit. Serius tak sakit. Tapi, masukkan antibiotik dengan ubat tahan sakit tu serius memang sakit. Sebab antibiotik dia air n painkiller tu dia cucuk dalam tiub antibiotik. Sakit diaaa, sampai tahap nak menangis. Sampai lebam tangan kanan aku. Sakit gila weh!

N boleh dikatakan setiap tiga jam sekali, nurse akan datang check vital sign aku. Sebab aku punya paling tak normal.

Dan tahu tak, macam nak tergelak pun ada. Bila mana, doktor kalau pi katil² yg lain dia akan panggil "makcik @ aunty". Contoh: "Makcik, okey ke harini?" Atau "Aunty, hari ni macam mana?" tapi, sampai katil aku je "dik". Ya, akulah yg paling muda di situ. Yg lain semua 40 tahun ke atas. 🙊🙊

Dan malam tu, ada tiga doktor jaga. 2 melayu n sorang chinese. Lelaki semua. N handsome 😇😇 tapi, itulah. Dah sakit kan. Nak usyar pun tak sempat. Sebab, aku tidur manjang!

Doktor lelaki tu jugak cakap aku dah boleh minum air berperisa. Tapi, tak sukalah. Bila dia sukati aje main check nadi aku. Tahulah aku tengah sakit.

Tiba-tiba tertanya, macam mana aurat aku bila duk hospital. Sebab sepanjang ni, dah ramai sangat doktor lelaki yg duk pegang. Bare hand pulak tu. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

28 Feb 18.
Aku makin okey. Aku bangun awal gila harini. Dapatlah tengok perubahan waktu di langit. Sebelum subuh aku dah celik. Serius, rasa badan aku dah okey walaupun tak fully cergas.

And doktor perempuan yg selalu train aku tu cakap, "Ni kalau pada saya ni, awak dah boleh balik dah. Dah okey." Tapi, sebab dia bukan doktor pakar, dia tak boleh nak izinkan aku pulang.

Tapi, pagi tu dalam pukul 9 aku tidur balik. Napping. Pukul 10@11 macam tu, ayah datang bawak kuih. N teringat doktor cakap malam tadi yg aku dah boleh minum air berperisa.

N aku tanya ayah, nak tengok tak tempat doktor operate tu. Tapi, ayah tak nak. Ayah cakap, "Ayah tak sampai hati tengok doktor buat(belah perut) anak ayah macam tu." I'm crying, gais.

Walaupun doktor hanya izinkan aku minum minuman berperisa, tapi sebab ayah datang bawak kuih. Dan aku lapar sebab last aku makan hari ahad. Lantaklah, pagi tu ayah bawak kuih aku makan gak. Aku dah boleh duduk walaupun tak fully menegak. Tapi, bolehlah. Kena ada sokongan di belakang baru aku boleh duduk.

N dah boleh turun katil. Kuasa Allah kan. Semalam aku lemah, harini Dia cergaskan aku. Tengahari tu, doktor pakar datang n dia cakap aku dah boleh makan apa semua. Nurse datang bawak makanan. Tapi biasalah, makanan hospital kan.

Makanan dia sedap tapi, aku tak lalu nak makan.
Sebab bau hospital yang penuh dengan ubat kot.

 
Petang tu, mama tukar syif dengan adik aku. Tapi, tak sampai beberapa jam aje. Sebab doktor pakar datang lagi petang tu, tengok aku dah sihat. Dia cakap, "nak balik ke?"

Boleh ke? - Aku.

Dia angguk n cakap "Dah boleh balik dah." Pastu terus suruh adik call mama. Punya semangat aku nak balik!

And ingatkan dah tak payah masukkan ubat antibiotik. Tapi, kena gak sebelum balik tu. Kenalah bersakit aku bila ubat tu masuk badan.

Tapi ingatkan dah boleh balik on the spot. Rupanya belum lagi sebab tak dapat cop doktor sebab masa tu jugaklah doktor ada meeting. Aku nak balik hoi!

Petang tu, dalam pkul 6 barulah officially check out. Yeay!!

Tapi, ingatkan just tunggu luka sembuh. Rupanya, doktor kirim hadiah. Haih, yes. Ubat. Benda yg aku paling anti.

Aku dengan ubat macam minyak dengan air. Takkan pernah sebati.

Walaupun ubat dia kecil. Tapi, kecil² cili padi tau. Ubat antibiotik tu, masuk aje mulut, kena air terus mencair. Dah lah piau dia pekat kemain. Kena habiskan pulak tu. Nasib baiklah ubat jangkitan tu even kena air sikit pun tak ada rasa apa².

Macam mama cakap, "Nak telan 2 biji pun ½ jam!"

Dan sekarang ni, hari ini, 19-Mac-2018, aku masih lagi menanti kesembuhan ini. Sepatutnya 9 Mac haritu dah kena pi klinik untuk buka jahitan. Tapi, tak boleh buka lagi sebab kulit aku belum bercantum lagi. Luka tak kering lagilah senang cakap. Minggu depannya, 17-Mac-18, pergi klinik lagi sekali dengan harapan nak buka jahitan, tapi tetap masih belum kering.

Seriously, lambatnya dia kering. Aku dah mengidam nak makan macam-macam ni. Tengok adik aku makan sotong, haih. Lepastu dengar mama cakap, "Nanti dah buka jahitan ingat awak boleh makan seafood ke? Sebulan tahu kena tunggu baru boleh makan."

Down terus mood aku. Alamatnya, memang masa raya puasa nantilah baru aku boleh melantak macam macam ya.

Dan pada 9-Mac tu kan, setelah berminggu aku tak keluar rumah, itulah kali pertama aku keluar rumah. Elok aje keluar dari klinik tu, aku pening. Haih, penangan dah lama sangat tak menjengah dunia luar ke macam mana?

Pesanan akulah kan, nak sakit biar jauh dari perut. Sebab makanan kat Malaysia ni semua sedap belaka. Menangis oi aku tengok instagram gambar makanan.

Pesanan aku lagi, kalau sakit perut yang memang sakit (selain period pain) pergilah check ke doktor. Jangan buat bodo macam aku. Sebab sakit dalam perut ni, kau takkan tahu apa punca kalau bukan di scan apa semua.

Lagi pesanan aku, jagalah diri sendiri. Siapa lagi nak menjaga diri kau kalau bukan kau sendiri. Ingat kau baby ke yang mak-pak jagakan?

Okeylah, sekian saja coretan aku yang sepanjang karangan ni. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...