Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

3 November 2020

Orang Islam takkan dapat tengok kiamat.

 Assalamualaikum. Kemain panjang tajuk aku. Cerita aku harini sangat panjang ye. If you didn't like the loongg story, you can skip it.


Mengikut apa yang aku baca, dikatakan kiamat tu hanya akan dilihat oleh orang yang bukan islam. Jadi, kita yang Islam ni tak payah mimpi nak tengok kiamat tu macam mana.

Kenapa dikatakan begitu?

Ia berbalik pada tanda berlakunya kiamat.

1. Imam Mahdi

2. Al Masih Dajjal

3. Nabi Isa

4. Yajuj Majuj

5. Tiga serangkai ( Dukhan, angin, matahari terbit di barat)

6. Tiupan sangkakala

7. Keluar api


So basically, Imam Mahdi akan lahir dulu. Dia akan kembalikan zaman kegemilangan Islam. Lepastu, ada perang yang berlaku antara orang Islam dengan bukan Islam. Imam Mahdi menang.

Kemudian, barulah keluarnya Dajjal. Yang aku Ingat masa Al Masih Dajjal ni keluar nanti bila ada beberapa orang yang belayar ni dia didatangi ombak yang kuat sampai mereka terdampar di satu tempat. Mereka dibawa ke tempat Dajjal di 'kunci' dan masa tu Dajjal tanya tiga soalan. Aku lupa soalan dia apa.

Dajjal ni kuat gila sampai Imam Mahdi tak boleh lawan dia. Dajjal ni manusia biasa yang ada kuasa sihir yang kuat. Hari pertama Dajjal keluar air dekat bumi takde. Kering kontang. Tugas Dajjal ialah nak hilangkan iman dalam diri manusia. Setiap ceruk dalam dunia Dajjal akan singgah untuk hilangkan iman dalam diri kecuali Mekah dengan Madinah. Dua tempat ni Dajjal takkan dapat masuk kerana dijaga oleh malaikat.

Dajjal akan kuasai bumi selama 40 hari. Tapi, sehari rasa macam seminggu. Dua hari macam sebulan. Tiga hari macam setahun and so on. Kalau dia jumpa manusia yang masih beriman dia akan ikut sampai manusia tu dah tak percaya Allah dah. Dan tahu tak, satu hari akan ada 70 ribu pengikut dia. Setiap hari akan bertambah.

Kalau Dajjal ni jumpa manusia yang percayakan dia, dia akan bagi makanan dan kemewahan yang banyak gilaaaaa. Masa tu takde makanan pun, manusia yang sentiasa ingat Allah dan berzikir takkan lapar walaupun dia tak makan beberapa hari.

Macam yang aku cerita tadi, Al Masih Dajjal ni kuat gila. Kuat yang sampaikan Imam Mahdi tak boleh lawan dia. Masatu baru Allah turunkan Nabi Isa. Nabi Isa turun dekat masjid mana entah, waktu subuh. Dajjal sampai lari bila dia jumpa Nabi Isa.

Nabi Isa yg hancurkan dajjal. Kisah Nabi Isa ni tak banyak sangat aku boleh cerita. Huhuhu

Lepastu baru munculnya Yajuj Majuj.

Yajuj majuj muncul lepas Nabi Isa dah bunuh Dajjal. Yajuj majuj buat kerosakan di bumi macam manusia buat kerosakan kat bumi jugak, macam sekarang ni. Dan masa tu, Nabi Isa dengan bala tentera dia naik ke Bukit Thur lama gilaaaaa sampai bekalan makanan mereka dah habis.

Bila dah habis makanan baru Nabi Isa doa kat Allah minta beri bantuan, barulah Allah turunkan semacam ulat untuk hancurkan yajuj majuj ni.

Bila Yajuj Majuj dah tak ada dari bumi, Allah turunkan pula hujan yang sangat lebat biar bangkai yajuj majuj hilang. Lespas tu manusia hidup dengan keberkatan. Tapi, masih ada manusia yg Islam dengan bukan Islam jugak.

Dan sebelum ni dari kecik aku ingatkan Yajuj Majuj ni binatang. Rupanya tidak ya. Mereka adalah satu kaum. Dan bilangan mereka 1:10. 1 manusia bersamaan 10 Yajuj Majuj.

Selepas berlalunya Yajuj Majuj, bumi mengalami waktu di mana manusia hidup dengan keberkatan. Keberkatan yang Allah bagi masa tu, umpama kulit buah delima boleh dijadikan payung masa hujan lebat; Baby boleh main dengan ular yang berbisa yang dah tak ada bisa masa tu; Sebiji buah delima boleh dinikmati lebih dari 10 orang sehingga mereka kenyang. Tiada kemungkaran dan tiada orang miskin langsung.

Cerita lepas ni akan masuk ke tiga serangkai. Tapi, aku tak tahu mana satu yang datang dulu. Sebab apa yang aku baca dan dengar, contohnya kalau Dabbah keluar pagi tu, petang akan ada Dukhan dan esoknya matahari keluar sebelah barat.

So, nak cerita pasal Dabbah dulu lah.

Dabbah tu binatang akhir zaman nanti. Dia keluar lepas dajal dengan yajuj majuj dah dihapuskan. Binatang tu besar gila. Tapi, dia tak cederakan orang. Dia akan jumpa setiap orang yang hidup masa zaman tu dan label kan orang tu samada kafir atau mukmin. Setiap ceruk bumi dia akan datang dan labelkan manusia. Tak silap aku, dia bawa dua benda. Tongkat dan cincin.

Aku tahulah yang nanti dekat dahi kita akan tulis kafir atau mukmin, tapi aku ingatkan tulisan tu akan keluar sendiri. Rupanya, Dabbah ni yang labelkan kita.

Selepas itu, akan datang pula satu angin sejuk yang matikan orang yang beriman, walaupun orang tu hanya ada secebis iman dalam diri pun dia akan mati bila terkena angin ni. Yang tinggal hanyalah orang yang tiada iman, bukan Islam.

Kalau orang Islam kena asap tu kita just selesema dengan demam je. Tapi, kalau orang bukan Islam yang kena asap tu, mereka akan rasa sakit sesakit sakitnya.

Masa ni baru sedar, betapa sayangnya Allah pada orang Islam. Dia tak nak hamba Dia rasa macam mana seksanya waktu kiamat nanti. Bila bumi bergoncang.

Kemudian tiupan sangkakala pertama yang matikan semua makhluk.

Lastly, syurga dan neraka.

Perkara ini akan berlaku satu hari nanti tak kiralah kita bersedia atau tidak. Yang kita sebagai orang Islam wajib untuk percaya. Remember, Percaya pada Hari Akhirat?


Okeylah, aku dah penat type panjang-panjang. Semoga perkongsian ini menjadi asbab untuk menambah point pahala.

1 comment:

  1. Pergghh OM baca sampai habis.. please share lagi pasal ni..

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.