Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

30 August 2022

Pergi Interview Kerja Dapat Duit

 Assalamualaikum hai,



Aku nak cerita tentang satu website untuk mencari kerja. Website myfuturejob. Ini kira pengalaman aku jugaklah. Yaaa. Aku pergi interview kerja saja pun dapat duit. Ini bukan scam yaa..



Tahun lepas, aku habis latihan industri bulan 9 dan tanam anggur sebulan, hujung bulan 10 aku dah dapat kerja.. Oh yeay! Alhamdulillah.

Sebenarnya dari 2 bulan sebelum aku habis internship lagi aku dah apply banyak jawatan kosong. Hantar email yang tak pernah berbalas. Tiada jawapan. Sob sobs.

Masa habis intern, aku duduk rumah cari kerja. Every single day ya aku buka laptop cari kerja. Aku rasa semua kerja aku apply. Kalau ada jawatan CEO, pun aku apply jugak!

Web myfuturejob ni pun aku dah create waktu masih praktikal, tapi aku macam malas-malas nak update profile. Sampailah dah minggu-minggu last praktikal baru kesedaran tu wujud, dan aku bersungguh update profile dan resume dalam tu.

Fokus aku cuma, nak kerja-nak melagha-repeat.

Dalam website tu ada track activities tau. So kalau kauorang ada apply kerja dalam website tu, akan muncul dalam activiti situ.

So, syarat nak dapat duit adalah *mesti menjalani sesi interview sebanyak 3 kali sebulan*. Untuk first ni akan dapat elaun mencari kerja sebanyak RM300.

Oh andaikata kauorang ada interview tapi, bukan datang dari website myfuture job tu, website luarlah kiranya, pun boleh isi manual dengan bukti dan isikan dalam activities tracker korang. Nanti website boleh trace.

Aku ada apply kerja melalui Facebook Jobs jugak, jadinya bila ada panggilan interview pun aku akan manually update dalam website ni.

Lepastu kena install aplikasi PERKESO Prihatin dan isi permohonan dalam tu. Masa mula-mula aku tak faham jugak macam mana nak buat. Tapi, godeh jela.



and tadaaa, dah dapat kerja pun aku update report duty dalam ini yaa.

Pernah masa kerja, ada orang call dari website futurejob, suruh aku attach Letter of Appointment yang menandakan aku dah diterima bekerja secepat mungkin untuk permohonan diterima.

So, dari website cari kerja ni aku dapat RM1,000.00. Tak percaya kan? Aku pun. Tahu-tahu dapat email mengatakan duit dah masuk.




Elaun yang aku dapat adalah:

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) - RM300 x 2.

2. Elaun Memulakan Pekerjaan - RM400


Jadinya, tak adalah aku sesak sangat masa mula-mula start kerja tu. Sekurangnya ada duit sikit.


So, korang bolehlah try sementara masih ada waktu. Aku tak tahu permohonan dibuka sampai bila, tapi boleh tengok website PERKESO.


err, faham tak? Faham kot nohh.

No comments:

Post a Comment

Everyone growing up by making a mistake.