18 November 2015

Braces

Assalamualaikum hai,



Lorh, malam tadi aku mimpi, aku pakai braces. Macam lawak tapi,

Bangun-bangun je pagi tadi terus tanya dengan Mama, "Nak pakai braces boleh tak?"

Tapi malangnya Mama tak kasi. Huhuhuu

Sedih.

Tapi,

Tak apa. Aku masih punya seorang bapa untuk diminta keizinan. Dah kalau Mama tak kasi, minta izin dari Ayah pulak. Apa susah, hehee

Dan aku terus minta pendapat kawan-kawan aku tadi, "Aku nak pakai braces ohkay tak?"

Dan semestinya, pelbagai dan bermacam feedback yang aku terima.

Antaranya,

"Okaylah. Aku sokong!"

"Ok lah. Nampak bersinar gitu," - Dan jujur, aku tak tahu bersinar tang mana? Gigi? Ohoi, gigi aku memang bersinar sejak dulu. Hehee

"Jangan weh, nanti kau kena sambar petir." - Dan aku tak tahu apa kena mengena braces dengan petir. Mungkin dia ingat, petir suka dengan manusia yang ber'gigi besi'. Mungkin lah.

"Kau pakai braces tuh niat kerana apa?" - Ohkay, ni tetiba aku sentap dan cari balik niat aku nak pakai braces kerana apa,

Dan ada juga one of my friend yang tanya, "Braces tuh apa?" - Okay, tak sampai lima minit, ramai yang 'Booo!' kan dia sebab tak tahu braces tuh apa. Pity her.

Dan ohh, sesi nak 'buat' braces tuh sakit ke tak eh?

2 comments:

  1. Komen dr kwn pasal nnt kena sambar petir tu mmg xblh blah..haha..klaaka je

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu pity her. mungkin dia hanya melawak, mungkinlah

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.