10 December 2015

I Hate Grammar!

Heya gais,



Entahlah tapikan, aku kan, antara seorang manusia yang tak berminat langsung dengan english. Jadi oleh sebab aku tak suka english, aku campur adukkan or in short, rojakkan bahasa melayu-english. Its a sweet revenge, what. Dah tak suka, kenalah revenge.

Heh.

Sebab aku tak suka english kerana,

I hate Grammar! Benci bila kena pronounce ikut ayat dia, benci segala-galanyalah!

Sampai kadang-kadang aku pakai main hentam je apa yang aku nak cakap. Betul salah lantak lah. Malas nak fikir.

Dan nak dijadikan cerita, tahun lepas, masa form 5, lol, aku asyik cerita zaman sekolah je tau.

Ah lantak!

Masa ada beberapa cikgu praktikal berkhidmat di sekolah aku. Ada empat orang tak silap, tiga perempuan dan seorang lelaki. Dan masa tu pula Minggu Bahasa Inggeris, jadi semuanya kena speaking.

Masa dua daripada cikgu tu handle morning assembly selama seminggu, memang berspeakinglah mereka berdua di pentas. Dan tahu tak, punya aku tak suka english, dalam masa seminggu Minggu Bahasa Inggeris tu berjalan, seminggu tu jugak aku akan datang lewat ke sekolah.

Heh.

Dan masa hari terakhir Minggu Inggeris tu kan, biasalah, aku datang lambat, dan sampai-sampai je, classmate aku hulurkan satu kertas kecil. Tiba-tiba je hulur kat aku yang masih terpinga-pinga. Aku ambil dan belek kertas tu.

Tengok-tengok, ada lirik lagu The Climb. Dan setiap baris lirik tu kena isi tempat kosong. Cikgu tu akan putarkan lagu dan kami pelajar-pelajar sesi pagi ni kena isikan tempat kosong lirik lagu tu.

Dah namanya aku tak suka englishkan, jadi, semuanya berkenaan english aku tak suka, termasuklah lagu. Serius, sampai sekarang, aku memang tak suka lagu english.

Err, tak semua lagulah aku tak suka, One-D aku minat jer. Heh.

Dan tahu tak macam mana sengsaranya aku waktu tu kena isi setiap tempat kosong tu. Dah lah lagu bukan main pantas sebutannya. Aku pula jenis yang tak pernah dengar lagu tu. Manalah aku tahu.

Last-last aku tiru jawapan budak cina kelas sebelah. Heh, terima kasihlah sebab kasi aku meniru.

Okay, tu je nak cerita.

Tapi sekarang, semenjak aku masuk diploma ni, course aku fully in english. Jadi nak tak nak, kenalah aku tunjukkan rasa minat pada english ni. Walaupun betapa disasternya nak memahami setiap grammar tu, aku tetap cekalkan hati. Cehwah!

Hahaa, k bye.

4 comments:

  1. Dulu say pun tak suka english. Memang menyampah gileer english, sampai lah haritu ambik muet dan dapat result yang tak terjangka, terus jatuh cintan dengan english . :) salam kenal ;) jempit singgah http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Entahlah, kekadang tak suka jgk english ni. Huhuhu, bm pun tak habis lg belajar. O,o
    Tambah lg ada muet ni, sln tahap susah. Huhuhu. Apakan daya, kalau x dpt sekurang2nya Bend 2 dlm muet, x dpt masuk u.

    ReplyDelete
  3. huhuu, aja-aja fighting weh! susah sekarang, senang nanti.

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.