Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

19 November 2015

Menyentan

Assalamualaikum gais,

Ekhem, tetiba sora hilang memalam macam ni. Haih,

Minggu lepas, ada seorang kawan sekolah aku ni, dia pun plan lah sesuatu di group WhatsApp, pasal nak hang sesama minggu depan, ohoi, just gril trips only. Pasal rasa tak bebas kalau ada lelaki sekali.

Plan punya plan, kata sepakat pun dah diterima bersama. Which is, akan hang sesama hari Khamis minggu depan sebab Khamis tu memang mereka dah sepakat nak mintak cuti bagi yang bekerja.

Aku pun okay sajalah. Sebab tengah cuti sem ni memang aku free all the time. Nak ajak aku pergi Marikh pun aku ikut saja. Ohkay, hiperbola di situ.

Dan tadi, yang buat aku menyentan bila bangun tidur. Dapat WhatsApp dari seseorang, katanya, tak jadi sebab bos dia nak bercuti dan kedai yang dia kerja tu tak ada orang nak jaga, sambil buat emotion menangis sampai nak banjir WhatsApp aku.

Kalau orang lain aku okay lagi, tapi ni, yang jadi leader pada hang kami tu. Haih, dia yang lead, dia yang tak jadi pergi.

Dan, yang lagi buat aku menyentan sesangat-sangat-sangat kat dia tuh, sebab, memang muka dia saja pun yang selalu cancel last-last minute kalau ada 'reunion' apa-apa. Lepastu WhatsApp kat aku suruh aku bagitau yang lain pasal dia tak boleh pergi.

Defakkkkk dia lah!

Dia yang tak jadi pergi berbual gampang abadi, lepastu suruh aku sampaikan 'arahan' dia tu. Ehlah, mengalahkan syaitonirojim sungguh.

Dan,

Tipulah kan kalau kauorang tak ada kawan yang macam tu.

Kebanyakan orang termasuk diri aku sendiri, mesti tak suka dengan orang macam di atas bukan?

Okay, tetiba rasa menyentan dan sakit hati aku datang balik. Haih,

2 comments:

  1. Menyentan tu apa dik?
    Loghat daerah mana tu?

    ReplyDelete
  2. menyentan tuh macam tak suka, geram, benci dan seangkatan dengannya. heh

    err, entahlah loghat mana. Terikut kawan yang selalu guna ayat 'menyentan' tuh dan melekat sampai sekarang.. huhuu

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.