Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

22 March 2024

Pengalaman Kerja di Site

 Assalamualaikum hai,


Selepas setahun menjadi seorang accountant, kini aku beralih arah/bidang bekerja ke tapak pembinaan sebagai seorang Site Project Executive.

Kenapa tukar kerja? Sukatilah! Sibuk je!

Alhamdulillah, dah 17 bulan aku bekerja di tapak pembinaan. Jadi, jujur aku cakap, ia 50:50; nak kata best tu tak adalah best, nak kata tak best pun tak adalah tak best. hahahaha

Cumanya, sebagai seorang perempuan yang bekerja di site ia sangatlah mencabar. Lagi-lagi bila dikelilingi ramaiiii sangat lelaki. Tambah, di site ni hanya aku seorang saja perempuan dan yang lainnya lelaki. Dekat sini aku jumpa bermacam perangai.

Kalau korang ingat politik di Malaysia dah teruk, politik dalam site lagilah teruk. Sangat. Sampai kau rasa macam, kadang tu tak boleh nak adapt dengan suasana permainan dalam site.

Sebagai main contractor ni memang kena kuat fizikal dan mental, sebab kau akan selalu kena sidai. Hati pun kena kental tau sebab dalam site episode maki-memaki itu seperti makanan seharian. Lagi-lagi kalau kau perempuan. 

Apa yang best di site adalah, kau belajar banyak benda. Kalau masa study dulu kau kena belajar macam-macam teori yang susah, tapi bila masuk site ni benda tu senang aje sebenarnya. Kacang! Di site akan lagi advance lah dari apa yang kau belajar. Nama method atau material-on-site pun sangat lain dengan apa yang kau belajar. Bahasa mudahnya, kau lagi senang belajar dari duduk dalam kelas.

Dan yang paling bestnya bila di site ni, kau tiada clockout and clock in. Macam aku waktu bekerja 8-4.30pm, tapi 9am baru sampai site, balik pulak jam 4pm. Nampak macam best kan? Tapi, tak pun.

Orang sekitar selalu cakap pekerjaan aku best, sebab tengok life status yang aku update di media sosial. Tapi yala, kita ni selalunya akan tunjuk benda yang best je buat tatapan orang. Benda tak best, kita simpan kemas-kemas. Mereka cakap, "bestnya kau masuk kerja lambat sikit pun tak apa. Bestnya kau boleh balik awal. Bestnya kau boleh lari kejap kalau ada urgent di rumah."

Best memang best, macam aku cakap tadi, aku hanya tunjuk apa yang best saja. Episod kena marah, kena maki depan subcon takkan lah aku nak tunjuk kat orang, bukan. Episod kena balik lambat tengah-tengah malam dan esoknya kena ada di site sharp 8am, takkan nak beritahu orang jugak kan?

Dan episode kena berpanas buat inspection berjam-jam sambil berpuasa pun takda aku nak beritahu orang. Malas. Jadi, kita tunjuk apa yang best sajala. Umpama jika mereka nak tahu apa yang tak seronoknya menjadi orang site ni, kena apply kerja tu dulu.

Tengok je sebagai main con ni asyik tengok subcon buat kerja ja. Tapi, sebenarnya fikiran kami dah sepuluh batu ke hadapan. Nak kena plan baik-baik. Planned management sangat penting!

Masa jadi accountant, aku rasa macam best pulak bila tengah waktu kerja kena ke tempat lain, kena keluar ofis lah. Dalam fikiran mesti bestnya dapat berjalan keluar. Tapi, bila dah di site ni bila kau dibolehkan untuk keluar, masa awal-awal dulu rasa best betul. Tapi, bila dah lama-lama, dia punya malas tuu. Allahu.. sekarang ni kan nak pergi kedai depan pun aku dah malas walaupun naik kereta. Rasa macam duduk dalam site lagi best, walaupun panas dia masyaAllah.

Cuma yang tak bestnya, kulit cepat gelap dan tiada overtime hour. Kalau balik lepas jam 4.30pm tu memang redha ajela takda OT.

Sesiapa yang nak gaji banyak tapi takut gelap, sayang kulit, tak payah nak kerja site yaa.

Tapi, dari sudut lain. Alhamdulillah, aku sebagai orang yang baru masuk dalam site ni diberikan manager, site supervisor dan site safety yang baik-baik ja. Mereka aku panggil 'Abang-abang di site." Manusia-manusia yang tak pernah penat ajar aku banyak kali macam mana roof construction- yang sangat aku benci masa degree tu menjadi antara architect work yang paling aku suka- sampai aku faham kini. Yang selalu cover aku kalau aku nak cuti sebab dorang tahu staff baru masuk ni annual leave tak banyak mana. Mereka yang tak pernah lokek belanja aku sarapan dan makan tengahari setiap hari. Kadang-kadang selalu bagi aku duit walaupun aku tak minta.

Ohh aku pernah accident langgar kereta tahun lepas, dan mereka-mereka juga yang tong-tong duit bagi aku buat bayar kos kerosakan.

Sewaktu menghampiri setahun aku bekerja di sini, perasaan nak resign dari kerja panas ni sangat-sangat menghantui aku. Sangat kuat, sampaikan aku betul-betul rasa ingin berhenti hinggakan surat berhenti sudah aku tulis tinggal submit saja. Tapi, bila mengenangkan baiknya abang-abang site saya tiga orang ni, betapa senangnya pekerjaan aku bila dengan mereka, aku tangguhkan nak berhenti tu sehingga Raya Cina bulan Februari 2024.

eh ehh, know know already Ramadhan 2024.


p/s: Selamat Berpuasa Ramadhan.

4 December 2022

Pengalaman Jadi Seorang Accountant

 Assalamualaikum hai,


Dia macam tiber je topik ni keluar. Tapi, nak ceritalah sikit.

Aku merupakan seorang graduan lulusan Diploma in Accounting and Finance. Masa SPM, aku memang tiada langsung basic in accounting dan merupakan pelajar aliran sastera. Memang masa sekolah dulu suka bersastera dengan bahasa. ceh!

Lepas UPU menolak aku untuk belajar di pengajian tinggi awam, aku beranikan diri masuk ke swasta di bawah tajaan MARA.

Masa mula bekerja sebagai seorang accountant, memang sangat noob. Sebab di kolej kebanyakkannya hanya menggunakan software Sage UBS yang dah ketinggalan zaman. Bila masa kerja, mereka menggunakan Autocount Accounting. Aku belajar dari bawah. Dan suprisingly, Autocount lagi menyenangkan.

Mungkin.. mungkin sebab aku fast learner yang buatkan aku senang catch-up apa yang diajar.

Aku bekerja di bahagian Account, di team Account Receivable sebagai Account Executive. Di company aku bekerja ni, ada 4 orang saja dalam team AR. Selebihnya, di AP.

Aku tak tahulah macam mana di company lain, tapi bagi aku, di company yang aku bekerja ni, berada di AR ni sangat seronok, sangat senang dibandingkan di AP.

AP = client/supplier kejar kau. Which mean, perkara yang aku sangat tak suka. Sebab rasa macam kita hidup ni tak tenang. Nak buat kerja kena tergesa-gesa.

AR = Kau yang kejar client/supplier/ third party.

Cumanya, AR ada deadline yang nak kena kejar setiap 7hb setiap bulan. So memang nak kena rushinglah bila dah hujung-hujung tu nak kena siapkan semua report/transaction/record etc.

Tapi, best. Mungkin sebab tempat kerja aku ni, sangat tenang. Bos tak ada nak bising-bising, asalkan kau buat kerja. Bos tak ada nak kacau itu ini. Ada fellow staff and manager yang tersangat baik. They are very very very kind and helpful.

Tapi, cons-nya adalah.. gaji tak best. Walaupun kau beli kereta Axia sekali pun, kau mesti akan semput bila hujung bulan. Semput yang tunggu masa nak mati centuuuu.. huhuhu

So, to sum up: menjadi seorang accountant ni tak adalah kejam seperti yang digembar-gemburkan melainkan kau bekerja di company Big Four/Five, atau company Have-Have lah.

Percayalah, apa yang kau belajar masa diloma/degree tu, hanya 10% aje yang kau akan jumpa masa bekerja. Yang lain, semua dah ada dalam sistem. Kau hanya perlu masukkan angka, click, click, click.. and tadaaaa... Dah jadi satu transaction.

Senang!

Dia susah masa belajar diploma dulu jela.


Cuma satu je nak pesan, jangan malu untuk bertanya benda yang kau tak tahu. Kau tanya je. Setakat ni, tak ada lagi aku jumpa orang makan orang sebab bertanya. Mereka makan nasi juga. Jangan malu, ok? Kalau malu, memang sampai mampuslah kau masih di situ, masih tak tahu apa-apa.

28 August 2022

Pentingkah Sekufu?

 


Hai,

Bagi kalian kan, sekufu ni penting tak? Tak kisahlah sekufu dalam perkahwinan, percintaan, persahabatan, pembelajaran, perkhidmatan atau apa per-sekalipun. Penting tak?

Bagi aku, penting. Sangat penting.

Sebab apa? Kerana bila kita sekufu ni kan, kita dalam level pemikiran yang sama. Circle hidup kita pun sama. Jadi senang nak adapt, senang nak faham dan senang semualah.

Bila sekufu kita faham macam mana nak selesaikan masalah tanpa perlu bergaduh atau ambik masa yang lama; bergaduh sebab berbeza sudut pandangan.

Tapi, aku tak kata orang yang tak sekufu ni tak bertahan lama yaa. Sebab ada je lagi orang yang tidak sekufu boleh bahagia sehingga jannah. Cumanya, zaman millenial ni sekufu tu bagi aku pentinglah untuk mental health.

Entahlah.. setiap orang ada pandangan sendiri.

25 August 2022

Cara Jadi Extrovert


Macam mana nak jadi orang yang banyak cakap @ extrovert?

Jawapan aku, pergi merantau.

Sebab apa.. dengan merantau ni kau akan cuba untuk blend dengan kehidupan kau. Bila kau merantau kau seorang diri di tempat orang, tiada peneman, tiada kawan, hanya kau dan diri kau. Bila kau merantau kau akan jumpa dengan pelbagai jenis orang yang bermacam ragam. Yang baik, yang jahat, yang biol, yang bangang, semuaaaaa. Dan ia bergantung pada diri kau untuk ambil/ikut benda yang baik atau buruk.

Serius.

Merantaulah. Walaupun hanya merantau ke daerah sebelah je.

Sebab kita manusia, hidup saling membantu dan tolong-menolong.

Aku sangat tak suka bila orang cakap; “Aku sorang pun boleh hidup.” Tak, kau salah.

Kau hidup perlukan orang lain. Kau mati nanti pun perlukan bantuan orang sekeliling kau. Kau takkan boleh mati tanam sendiri.

Ia ambil masa. Cepat atau lambat, kau nanti akan adapt dengan persekitaran.

Ok tu jela..

22 May 2022

The Zodiac Signs Traits

 Tiber lagi..








Disclaimer: bukan untuk dipercayai, hanya sekadar suka-suka dan hiburan.