Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

20 August 2016

Jenis-Jenis Housemate

Assalamualaikum annyeong.

Ni nak bercerita pasal jenis-jenis housemate



Tidak dinafikan, semua manusia yang ada housemate mesti akan sakit hati dengan perangai housemate/roommate yang sakai gila nak mampus. Haih, aku pun tidak terkecuali.

First and for most, jenis housemate yang suka buat bising.

Pagi petang siang malam bising. Aku ada juga sebilik dengan rumet yang bising gila ni. Rumet yang rumit. Kami sebilik sebelum aku buat keputusan nak pindah bilik. Tak tahan weh dengan mulut bising dia. Kawan dekat sebelah pun bercakap macam kawan tu duk jauh beribu batu. Sakit jiwa betul. Sampaikan aku nak solat pun masih lagi bising. Fed-up saya. Macam nak maki pun ada,

Ohh, dia orang akan senyap waktu tidur aje weh. Itu pun aku dah lega.

Kedua, yang jenis suka buang sampah merata-rata.

Hah yang ni lagi aku sakit hati. Aku tak tahulah macam mana dia boleh hidup dengan sampah yang banyak tu. Sampaikan bawah katil pun penuh dengan sampah gula-gula, jajan, tisu and etc. Memang setiap kali tu lah aku dengan roommate yang lagi sorang kena sapu sampah dia. Heh

Third, jenis yang kuat makan.

Hahaha, yang ni pun termasuk sekali. Aku duduk dalam bilik yang ada tiga orang aje. Dalam tiga-tiga tu, aku sorang aje yang tak kuat makan. Yang lagi dua orang tu en, dalam mulut memang sentiasa penuh dengan makanan aku rasa. Lepastu mengadu dekat aku yang berat dah naik. Alahaii,, nak cakap gemuk karang, marah. Sakit jiwa. Tapi dia oranglah penyelamat aku, kalau aku makan tak habis. hehee

Empat, jenis yang perfectionist.

Semuanya dia nak perfect. Tak nak ada salah langsung. Semua yang datang pada mata dia, sempurna belaka. Weh, nak ampai baju pun perfect, kau rasa? Tak ke fed-up tu? Sampaikan aku rasa, kenapa aku kena serumah dengan manusia macam ni? Apa salah aku?

Perfect tak hengat.

Lima, jenis yang suka buka lampu lepastu tak tutup balik.

Aku paling tak suka dengan jenis manusia macam ni, lagi-lagi bila aku dah mula pejamkan mata nak tidur. Dah mintak permission nak buka lampu cari barang, yea aku boleh terima. Yang tak boleh terima bila dah keluar bilik lepastu tak nak tutup balik lampu tu. Macam nak baling dengan bantal pun ada juga.

Dengan malas, aku pun bangunlah tutup lampu. haih

Enam, jenis yang tak solat.

Ni yang paling berat sekali sebenarnya. Sangat berat. Aku boleh terima kalau tengah waktu bendera merah. Tapi takkan tiap-tiap hari nak bendera merah nya pun? Sedangkan masa darah istihadah pun dibolehkan solat. Seriusly, rasa macam aku sorang aje duk tunggang-terbalik cari redha Allah sedangkan dia orang...? Pernah sekali tegur, tapi.. tu lah. Manusia.

Dah boleh tahu dah beza orang Islam dengan bukan Islam. Solat aje, yang.

Tujuh, jenis yang kpop fan.

I do minat korea. Tapi tak adalah fanatik sangat macam rumet aku ni. Bayangkan, sanggup bersengkang mata sampai pukul 3-4 pagi semata-mata melayankan dorang punya kpop tu. Dah berapa banyak grup kpop yang mereka sebut pun aku tak larat nak senaraikan. Banyak sangat.

Sampai aku pernah cakap, "korang agungkan kpop tu, diorang tak kenal kau pun."

Lapan, jenis yang kosmetik lover.

Ini lagi satu hal, buka aje almari, penuh dengan barang-barang makeup. Sebut aje, mesti mereka ada. Dan aku akan tergelak bila buka pula almari aku, hanya ada bedak kompak dengan perfume je. Hahaha~~

Sembilan, jenis yang penakut.

Well, semua orang ada rasa takut yang tersendiri. Aku pun ada juga. Dan terpulang macam mana dia tangani tahap penakut dia tu. Ada sorang housemate aku ni, tahap penakut dia Masha-Allah, nak pergi ruang tamu pun nak berteman. Ruang tamu je weh. Tak tahulah apa yang ditakutkan.

Yea, tahu yang dia takut dengan yang namanya hantu ni. Gais, kita hidup ni berkongsi tau. Selagi kau tak kacau alam lain, dia takkan kacau alam kau. Itu aje. Tak perlu takut. Allah kan ada.

Jadi terlalu penakut sangat pun dia akan kacau. Jadi berani sangat pun dia akan kacau. So, just be sedang-sedang aje. Tak berani dan tak takut sangat.

Sepuluh, suka berhutang.

Hah yang ni paling berat bila nak mati nanti. Hutang. Mesti akan ada aje housemate yang suka berhutang. Hah, pinjam duit kau dululah. Sampai ke sudahnya tak bayar-bayar.

Sebelas, sering ada pada yang tiada.

Maksud macam, tetiap minggu pergi tengok wayang, pergi makan mahal-mahal, beli baju kasut apa semua. Tapi bila mintak duit nak beli sardin, beras dengan telur, dan-dan itulah tak ada duit. Untuk kau makan juga weh. Berkongsi pun tak nak.

So that it.

Aku tahu banyak lagi jenis housemate/roommate yang aku tak larat nak fikir lagi. Aku berkongsi ni pun berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi, sebelum memilih housemate/roommate tu, tengok dulu macam mana perangai dia.

Okay?


2 comments:

  1. pernah dapat housemate yg suka buat bising n bawak geng2 dia beramai2 bertapak dlm rumah sewa. mmg annoying gila, dah tu pengotor pulak. huhue

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu sabar ye.. I know that annoying feeling macam mana

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...