Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 July 2015

"Akak sembah apa?"

Assalamualaikum hai,

Aku ada seorang kawan chinese muslim. Mula mengenalinya sewaktu tingkatan dua (2011) dan mula menjadi sahabatnya di tingkatan empat (2013).

Jenis yang sosial tapi pandai bawa diri. Berpakaian seksi sentiasa. Tapi bila ada reunion dengan ex-classmate yang lain, mula hipokrit memakai pakaian yang menutup aurat kalah diriku.

Malam 26/7 sewaktu beraya di rumah ex-cikgu kelas mase form 5, anak cikgu yang sulung, perempuan dan masih berada di darjah tiga leka membelek phone si kawan aku yang tadi.

Apabila melihat gambar-gambar dalam telefon itu, muncul satu pertanyaan di benak si kecil lantas dia mula bertanya,

"Akak sembah patung atau sembahyang?"

Aku disisi sudah terkelu dan tergamam dengan pertanyaan itu sementelah yang lain mula ketawa.

Ohh kawan, semoga hidayah Allah ada untukmu.

24 July 2015

Life

Assalamualaikum hai,

Pernah tak, sekali pun jadilah kauorang tertanya-tanya kenapa apa yang kauorang buat tak mendatangkan hasil langsung? Kenapa apa yang kauorang buat mesti orang lain yang dapat? Kenapa aku tak boleh jadi macam diaorang? Berjaya dengan sekali percubaan, sedangkan kau, dah banyak kali mencuba sampai kau jatuh tersungkur berdarah parah sekalipun, kau masih tak berjaya lagi?

Pernah tak?

Mesti pernah, kan?

Ya, aku pun pernah rasa macam tu juga. Bukan kadang-kadang, tapi selalu. Selalu okeh? Dan rasanya, sangat sakit. Kan?

Sakit sangat-sangat-sangat sampai satu tahap kau dah rasa malas nak mencuba lagi. Kan?

Rasa sakit tu, nak kongsi dengan orang lain pun rasa tak seronok sebab rasa sakit kecewa tu, hanya diri kau, hati kau saja yang tahu. Bukan orang lain. Betul?

Macam aku beritahu tadi, aku pun pernah rasa macam tu. Sebab tulah wujudnya entri ni.

Tapi itulah namanya kehidupan.

Walau rasa sakit, kau kena juga hadapinya dan yang paling penting, jangan pernah berhenti untuk kejayaan masa depan kau.

            

Musibah di Hari Raya :'(

Assalamualaikum hai,

Seronok raya? Duit raya dapat banyak tak? Baju raya cantik? Anak tuan rumah yang kau beraya tu handsome tak? (eh?)

Hahaa..

Alhamdulillahlah kalau segala pertanyaan aku diatas kome semua jawab dengan hati yang senang. hehee

Raya tahun ni bagi aku antara raya yang paling tak seronok. Sangat tak seronok sebenarnya.

Kenapa?

Sebab raya ni, banyak betul musibah yang menimpa keluarga aku. Guess what, for the first time in forever, duit raya aku untuk raya pertama dapat seringgit aje weh. Sedih. Raya pertama raya-raya yang sebelumnya, duit raya pasti menjangkau puluhan ringgit.

Tak. Bukan sebab usia aku dah menjangkau lapan belas tahun atau orang cakap dah besar. Bukan sama sekali. Sebab selalunya, kalau beraya dengan kawan-kawan Mama atau Ayah, pasti mereka akan kasi juga duit raya walaupun hanya satu ringgit Malaysia without GST!

Hehee..

Dan raya tahun nilah buat kali pertamanya, musibah sebegini besar menimpa keluarga aku. Sampai kami semua tak boleh beraya dengan bersungguhnya di pagi raya. Sedih? Sangat sedih.

Tapi apa boleh buat, mungkin Allah turunkan musibah seperti itu kerana Dia nak gantikan musibah yang lagi besar yang Dia dah tetapkan sebelumnya. Kan?


Tapi apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala salah silap aku dari hujung tudung sampai hujung selipar, samada yang langsung atau yang tidak langsung. :|

16 July 2015

Ehh, Aku menang? Serius?

Assalamualaikum hai,,

Malam 6 July 2015, Monday.. Masa tu aku tengah buka laptop sebab nak buat nota pasal Financial Mathematic. Yeah, memang aku kena sedikit struggle dari coursemate aku yang lain apa-apa mengenai accounting sebab aku memang zero pasal accounting and add math atau erti kata lain, aku memang tak dak basic pasal keduanya.

Sangat sedih~

Dalam tengah mental block, hamboi, bukan mental block yang tu, tapi otak blank, faham dakk? Ha, dalam tengah otak blank, tangan aku pun gatallah nak buka blog tengok apa yang patut. Walaupun aku dah tetapkan dalam hati,

Hanya akan buka blog atau media sosial pada hari Jumaat, Sabtu dengan Ahad je atau hari yang tak dak kelas. Sebab apa, nanti aku lalai, aku alpha kalau buka semua benda tu dan tinggalkan study aku terdampar sendirian. huhuu

Aku, kalau dah layan semua benda tu mana nak ingat study dah.

Then terbaca komen pasal ni,


At that time, aku terus.. Wow! Hahaa,, terus buat call me back dekat Mama (sebab aku tak dak kredit) nak kasitau ada barang sampai even tuan punya GA tak hantar lagi hadiah tu.. See, punyalah aku excited. kahkahkah

Shame,

Serious wehh..

Bila dah tahu, dah happy, seronok, dah duk terbayang baju raya semua dah complete. Hahaa.. Sampai semua kerja finance math aku entah melayang ke mana. Lol, sudahlah kena hantar esoknya.

Heh,

Okeh tu je nak story. Bye, assalamualaik~~

*ini auto publish*

12 July 2015

Aku pilih menipu

Assalamualaikum,

Hiks hiks, tetiba rajin nak up entry sebelum masuk waktu berbuka jap lagi.

Alkisah, baru dua minit lepas, Mama tercinta WhatsApp aku tanya berbuka apa hari ni? Seolah-olah naluri dan firasat seorang ibu tahu yang anak perempuan sulung dia ni berbuka macam orang tak ada makanan aje.

Biskut oreo dengan nescafe. Itulah makanan berbuka aku hari ni. Sedih, bukan?

Ehh tak! Bukan sebab aku tak ada duit. Bukan sebab Mama-Ayah tak masukkan duit. Bukan-bukan. Duit ada. Banyak. Sampai aku rasa macam malas nak keluarkan duit. Hahaa

Sebabnya, iyalah. Nak berjimat. Nak beli buku, nak guna untuk kecemasan nanti. Accounting and Finance punya harga buku jangan tanyalah berapa. Satu buku account tu dah tujuh puluh lima ringgit. Nasiblah boleh guna untuk next-next-next sem. Tapi ada buku english tu dalam harga tiga puluh something, tapi boleh guna untuk satu sem aje, kan membazir tu.

Dan jawapan aku pada soalan Mama tadi,

"Makan nasi ayam dengan murtabak je." Yeah, aku pilih untuk menipu. Terpaksa untuk menipu.

Lagipun, lagi dua hari aje aku kat sini sebelum balik raya. Dan selepas tu, Mama dah boleh tengok dah aku berbuka apa nanti.

Huh~

10 July 2015

Phone Bootloop

Assalamualaikum,

Mood yang sangat tak brapa baik sekarang ni. Haish,

Yeah, phone bootloop. Dah banyak kali senanye phone aku jadi macam tu. Dia akan stuck kat logo je. Contoh,



hah macam tu lah..

Sangat fed-up okeh!

Dan setiap kali itulah kena hantar kat kedai. Saat tu baru aku rasa betapa bernilainya duit aku. Sayang weh.. Mama-Ayah kasi buat belanja seharian tapi habis kat telefon tu. Macam nak sepak aje dari tingkat empat asrama aku ni. Ehlaa

Mengikut apa yang diceritakan Encik Google, katanya sebab terjadinya bootloop ni adalah kerana aku install aplication yang tak sesuai dengan phone. Lebih kurang macam tu lah ayat dia, aku pun tak ingat stricly sangat.

Tapi sampai sekarang aku tak tahu aplikasi yang mana yang tak sesuai dengan phone. Aku bukannya download benda-benda yang pelik pun. Just download PhotoGrid, Instagram, mini Quran and Food Panda je wehh.. WhatsApp dengan Wechat memang dah ada dalam phone. Lepastu, games memang aku tak download.

Sebab tu aku langsung tak faham, aplikasi apa yang tak sesuai.

Haih..

Dugaan bulan Ramadhan, mungkin. Agaknyalah..

Nak kasitahu Mama, konon-konon mintak ihsan suruh masukkan duit dalam bank, memang aku rasa adalah keputusan yang tak bagus. Sebab apa, sebab sekarang ni, Mama dengan Ayah dah habis beribu-riban ringgit Malaysia untuk pendaftaran aku kat sini. Dengan study abang aku lagi. Sangat perlukan banyak duit. Tambah-tambah nak raya ni. Lagilah aku rasa kasihan pada mereka.

Ohh, memang aku tak raya dengan telefonlah nampaknya. But its okay, public phone berlambak i guess even banyak yang dah rosak.

Heh.

So, ada sesiapa ke yang nak donate phone dia bagi aku? SS10 pun aku terima. Hahakkks~

Bye~

6 July 2015

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru

Assalamualaikum hai bae,,

*klik banner untuk join.
Kalini aku tag :

http://friesandpeppers.blogspot.com
http://feycasnowie.blogspot.com
http://tomodachilavendra.blogspot.com

okeh, sekian terima kasih.

By,
Miss Oren

GA Kawaidesu Concept Raya 2015 Bernilai RM395

Assalamualaikum hai peeps,,

*klik banner untuk join.


Tarikh tutup pada 7 July 2015 pada 12.00 tengah hari.

Okeh bye bye~~

5 July 2015

Student Life

Assalamualaikum haiii (:

Credit to :


Tiba-tiba nak update pasal Student Life ni sementelah aku sekarang bergelar seorang pelajar. Heh.

Student life yang sekarang semestinya dah tak sama dengan student life masa zaman sekolah. Serious talk weh.. Lagi-lagi kalau hangpa yang belajaq jauh-jauh dari keluarga. Luar negeri pula kauorang terdampar. Maksud aku luar negeri kat sini, mean If kauorang duduk Johor, then terdampat kat Perlis. Perlis tu kira luaq negeri lah jugak en en en?

Hahaa

Apa yang berbeza?

Pertamanya, kena berjimat. Sentiasa perlu berjimat. Serius. Kalau kauorang tak berjimat, jangan salahkan sesiapa kalau hang setiap hari sahur dan berbuka makan maggie dengan ayaq masak!

Lagilah kauorang kena berjimat kalau duit Mara tak masuk lagi. Hehee

Tapi kalau mak-pak hang kaya, boleh kirim duit tetiap hari, tak payah kot berjimat. Aku rasalah,

Keduanya, berdikari. Berdikari maksud aku kat sini, kauorang kena buat semua benda sendiri. Contoh, kalau masa sekolah dulu, mak yang kejut bangun pi sekolah, tapi sekarang, kena kunci jam sendirik untuk bangkit pi kelas.

Atau tak pun, masa nak bangun sahur. Pernah weh sekali aku dengan satu housemate aku tak bangun sahur sebab terlena dengan hujan di luar rumah. Sangat menyedihkan siang tu bila semuanya terdampar macam ikan duyung kat tepi pantai. heh!

Ketiganya, makanan.
Sangat menyedihkan bila tetiap hari kena beli makanan sendiri. Tak ada sesiapa yang nak masakkan macam selalu. So sad ending, i guess. huhuu..

Sudahlah kena berjimat, lepastu kena beli makanan sendiri pula tu. Kalau makanan tu memurah tak apelah juga, ni mahal tahap cekik darah wehh.. Sampai roommate aku dah sediakan satu kotak maggie cup buat persedian tetengah bulan. heh.

Sangat sedih~

Lagi menyedihkan, bila kat asrama tak boleh masak. What the..?

Tapi tu lah student life. Okeh bye.

4 July 2015

RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE

Assalamualaikum hai,


Dengan penuh ketulusan lahir dari hati, aku tag
- http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com -
- http://duniamahabbah.blogspot.com -
- http://ismiislamiaf.blogspot.com -
- http://luvmia97.blogspot.com -

~Due date pada 5 July 2015~