Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

21 January 2017

Beli barang online, wajar atau tidak?

Assalamualaikum annyeong,

Credit


fuh tajukkkk.. kemain kah!

Zaman era yang penuh dengan teknologi ni kan, dengan hanya sekali klik saja barang yang kau beli secara atas talian dah ada depan mata. Tapi sebelum nak membeli online ni, kena juga belek dompet tu. Ada duit enggak?

Tak ada duit nak beli pakai apa? Daun? Kalau daun boleh guna untuk gantikan duit, mesti pokok dah togel weh. Macam mana fotosintesis nak berlaku entah. Silap-silap kau pun boleh mati sama.

Ada bermacam website untuk jual beli barang online; lazadanileThe One MallZalora dan banyakkkk lagi. Pilih aje mana yang mampu.

Dann,, Beli barang online, wajar atau tidak?

Bagi aku, ia wajar. Sebab ada beberapa perkara yang buat aku pilih perkara ini adalah wajar.

Antaranya, duit tak banyak habis.

Katakanlah, aku nak beli sesuatu barang yang berharga RM16.90. Kalau beli barang di Lazada, tak dikenakan cas penghantaran bagi sesuatu barang. Jadi duit yang akan keluar hanyalah sebanyak RM16.90 saja.

Tapi bila aku beli barang yang sama di sebuah pusat beli belah yang berdekatan. Duit yang akan dikeluarkan akan bertambah. Sebab apa? Sebab dari hostel aku ke Aeon yang berdekatan menggunakan Grab Car dah, RM6.00 pergi dan balik, sampai di Aeon, beli barang yang aku mahukan; RM16.90, belum lagi masuk kalau perut tetiba lapar. Nak pula makan makanan yang mewah. Tak ke semua sekali mencecah hampir RM35++.

Padahal niat awal kau nak beli barang yang harga tak sampai RM20 tu.

Nampak tak pembaziran sedang berlaku?

Tapi itu hanya pendapat aku sajalah. Jangan pula kau orang ikut macam aku ni. Nanti kalau semua ikut, kesian shopping mall tu kosong tak ada orang; sebab orang banyak guna online saja beli barang. Kan?

Kah!

19 January 2017

Salam

Assalamualaikum annyeong,

Lama juga tak masuk sini kan,

So hari ni aku nak cerita pasal SALAM. Bukan memberi salam, tapi ber-salam-an.

Dunia kini, yang sudah di penghujung ni kan, ramaaiii betul aku perasan melakukan perkara ni; "Bersalaman dengan yang bukan mahramnya."

Tidak dinafikan, dalam kaum kerabat aku pun ada jugak. Jadi tak bolehlah nak blame sesiapa pun bila hal berkaitan agama diletak di tahap yang paling rendah. Lagi kesian, bila dah nampak orang tu buat dosa, kita yang melihat dan tahu benda tu salah hanya bertindak mendiamkan diri; akulah tu. Hmmmmm..

Pernah sekali tu, aku tak ingat bila, ada sorang pak cik aku ni, dia mempertikaikan kenapa aku tak bersalam dengan dia bila berjumpa, tapi aku bersalaman dengan pak ngah aku pulak.

Bukannya apa, cuma dia tu hanya suami kepada mak cik aku yakni, adik kandung ayah aku. Jadi memang munasabahlahkan bila aku tak bersalaman dengan dia. Berlainan pula dengan pak ngah yang merupakan abang kandung ayah aku, jadi tak berdosa pun kalau aku salam dia.

Susah aku nak terangkan secara lisan dan tulisan jadi, bolehlah kot tengok gambar bawah ni. Ohh sebelum tu, apa yang aku cuba sampaikan ni berdasarkan point of view perempuan ya.








notes : yang merah tu kita boleh salam dan tak membatalkan wudhuk manakala yang biru tu sebaliknya.

Jadi, bolehlah fahamkan sendiri ya.

Jangan pula kau salahkan seseorang tu bila dia tak sambut salam kau. Mungkin kau yang patut buat perubahan dalam diri kau untuk belajar tentang ini dengan lebih mendalam.

Oh, aku dapat gambar-gambar di atas dari group WhatsApp. Dan aku tak ingat siapa pemiliknya, just credit to her/his mengenai gambar di atas.

Thanks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...