Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

15 August 2020

Pakai stokin masa tidur

 Assalamualaikum hai.

Korang pakai stokin tak waktu tidur?


Aku mula pakai stokin waktu tidur masa 2016. Mula-mula pakai sebab masa tu ada housemate masa diploma aku tidur pakai stokin. Jadi, aku pun cubalah.

Suprisingly, it was a good idea. Entahlah.

Pakai stokin waktu tidur buatkan tidur aku lagi nyenyak dibanding tak pakai stokin. Nyenyak yang sangat-sangat nyenyak. Nyenyak yang aku hanya tersedar bila jam loceng bunyi. Deep sleep.

Aku akan sapu losyen dulu baru sarung stokin.

Oh, aku guna stokin yang aku beli di Mr DIY. Bukan stokin yang kita guna untuk pakai kasut tu tau. Stokin yang berbulu. Lembut je. Tapi, kalau nak guna stokin biasa tu pun boleh jugak.

Cubalah. Anda pasti berpuas hati.

11 August 2020

Tamat Tempoh Lesen Memandu

Hai assalamualaikum.

Memandangkan kalian semua terlalu banyak sangat soalan mengenai tarikh tamat lesen memandu ni, jadi aku buatkan satu informasi khas.

Dan perlu diingatkan sekali lagi, aku bukanlah pegawai JPJ. Jadi, mana-mana soalan yang aku biarkan tidak berjawab itu adalah kerana aku tak tahu. Atau soalan itu annoying sampai aku malas nak jawab.

Ingat tak aku pernah explain mengenai tarikh tamat tempoh ni:

Macam ni, katalah tempoh valid lesen PDL 03/09/2019 - 02/09/2021. Jadi, mula tarikh 03/09/2021 sehingga 04/09/2022 adalah tempoh di mana kau kena renew lesen PDL ke CDL. Selepas saja tarikh 02/09/2022 baru kau nak renew, lesen kau akan terbatal. Ini adalah valid untuk lesen P saja tau.

--Ini apa yang aku dapat melalui JPJ sendiri.--

 

Mengikut seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

  1. Lesen PDL tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  2. Lesen CDL tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  3. Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Bila dah terbatal ni dan nak perbaharui, kau kena buat apa?

Yes! Pandai. Buat rayuan.

Macam mana pula nak buat rayuan?

Rayuan boleh dibuat melalui online di sini, bersurat atau terus ke pejabat JPJ sendiri. Selain dari tiga ni, TAK BOLEH!

Seingat aku, tempoh keputusan rayuan diterima atau ditolak boleh diketahui selepas 14 hari dari tarikh memohon.

And here the best part..

Kalau permohonan berjaya, kau akan dikecualikan dari ambil ujian komputer; kpp eh? aku tak ingat dan wajib ambil ujian praktikal II dan III; ujian litar dan jalan raya.

Dan jika permohonan ditolak, maka.. kau kena ambil dari awal lesen memandu; cari pusat memandu berhampiran, masuk kelas, dengar ceramah, ujian kpp, qti, lesen L, lesen P. Mula dari awal.

Jadi, macam mana nak elakkan perkara seperti ini dari berlaku?

Aku selalu doa, "Ya Allah, jauhkan aku dari sifat lupa" setiap kali lepas solat. Dan aku selalu letak reminder di telefon. Atau tulis di mana-mana.

Manusia mudah lupa, remember?


INFO TAMBAHAN: Mulai 16 Julai 2013, bagi permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.