Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 August 2019

Kita Bebas

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 62, MALAYSIA!





28 August 2019

Aloevera

Hai assalamualaikum,

Serius, banyak gila kegunaan aloevera dalam hidup. Bagi kalian yang masih kurang pengetahuan mengenai aloevera ni boleh tengok gambar di bawah.



Tapi, kena juga ikut kesesuaian kulit sendiri. Macam aku sendiri, tak boleh letak aloe vera di muka sebab nanti akan naik jerawat kecil-kecil. Jadi, tak semua orang sesuai untuk gunakan aloevera ini.

My mom tanam banyak gila pokok lidah buaya ni di rumah. Punyalah banyak sampai orang nak ambik pun mama buat tak kesah. Ada sampai mama buat makan. Sedap pun sedap jugak. Rasa badan segar lepas makan. Tak lesu pun.

Dan pernah di Twitter, orang letak di rambut bersama shampoo. Aku pernah buat juga nak mencuba. Tapi, memang aloevera ni tak suka aku kot. Rambut aku jadi kasar tapi, serius memang rambut tak gugur.

Lepas ni, boleh lah korang cuba. Manatahu sesuai dengan kulit. Dah tak perlu beli skincare mahal-mahal.

26 August 2019

Turutan Skincare

Hello!

Ramai juga wanita atau mungkin lelaki yang sangat menjaga wajah, tapi tak tahu steps penjagaan wajah. Di sini, disertakan exact order to apply skincare products.

Kadang aku sendiri pun tak tahu bila nak apply sunblock di wajah. Samada selepas toner atau sebelum apply foundation. Kadang jugak tak tahu bila perlu untuk cuci wajah, samada sebelum pakai mask atau selepas.



Ini pulak steps for mask.



Good Luck! Semoga kita semua direzekikan dengan wajah yang menjadi penyejuk setiap kali dipandang orang.

25 August 2019

Jumlah Penduduk Malaysia

Hai gais,


DOSM

Tengok tu!

Lelaki lagi ramai dari perempuan tau. But still, I can't even find my Mr. Right! Huh

16 August 2019

Big Pay | AirAsia

Assalamualaikum hai,

Siapa pernah dengar mengenai BigPay? Atau korang selalu menaiki pesawat AirAsia?




Haa, kalau korang lebih memilih untuk terbang bersama AirAsia, korang WAJIB untuk ada kad bigpay ni. Kenapa? Serius, banyak gila benefit yang korang boleh dapat kalau gunakan kad ni.

Sejujurnya, aku bukanlah penggemar AirAsia. Tapi, sebab aku selalu pulang ke JB dari Penang menaiki kapal terbang sebab penatlah nak naik bas 9 jam- dan hanya AirAsia saja yang ada direct flight dari Penang-JB dan vice versa.

Dan oh, sebab yang utama aku naik AA sebab, steward dia kacak! HAHAHAHA.

Back to story.. aku nak cerita mengenai kad BigPay AirAsia ni.

Alert: Ini bukan iklan berbayar ye. Ini review dari aku sendiri sebab dan hampir setahun aku guna kad bigpay ni.

Benefit :

1. RM0.00 processing fees waktu korang booking tiket flight AirAsia - korang hanya perlu bayar tiket penerbangan saja dan harga processing fees akan dikecualikan.
2. Korang akan dapat diskaun untuk luggage dan in-flight meals.
3. Dapat big point untuk redeem free flight.
4. Kadar exchange rate yang sangat rendah. Ikut mastercard punya exchange rate ye.
5. Boleh track perbelanjaan korang.
6. Boleh hantar wang secara percuma. Aku selalu request/send duit raya pakai kad ni aje. Senang. Sebab tak suka pegang banyak duit in hand.
7. Tak kena annual fees. Kad ATM biasa tu kena fees tau.
8. Tiada cas kalau swipe kad ni di kedai. Swipe swipe je


Aku kan selalu guna kad bigpay ni sekali dengan Boost. Nanti dua-dua kad akan ada point dan cash back. Lepastu, selalu guna kad bigpay bila buat shopping online di Shopee dan Lazada. Dapat point banyak.

Ada satu benda ni yang korang kena ingat; bagi withdrawal akan ada caj yang dikenakan.

  • RM6 akan dicaj bagi domestic withdraw
  • RM10 akan dicaj bagi international withdraw

Kenapa mahal sangat? Sebab BigPay tak galakkan korang pegang duit banyak. Cashless gitu.


Dan lagi satu, untuk penerimaan point:

  • Setiap RM 50 topup = 1 point
  • Setiap RM 20 perbelanjaan= 1 point 


  • Kalau aku ingat lagi kelebihan dia, nanti aku update ye.

    Dah bersedia nak guna? Boleh masukkan refferal code ni waktu sign up app nanti untuk dapat RM10 free : S3EC0GQ7RD

    Dan, yang paling penting sekali. Jangan risau sebab BigPay ni dah disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Takkan ada scam. Security untuk kad ni sangatlah ketat. Hanya pemilik kad dan orang yang diizinkan saja yang boleh swipe swipe.

    UPDATE: 25/08/2019

    Bermula September, anda akan menerima 1Big Point untuk setiap RM10 yang dibelanjakan.



    Bestnya, bolehlah dapatkan free tiket flight selepas ni. Jom masukkan kod S3EC0GQ7RD untuk dapatkan RM10 percuma.