Home Owner Karya Review Saya Jual
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

25 August 2019

Jumlah Penduduk Malaysia

Hai gais,


DOSM

Tengok tu!

Lelaki lagi ramai dari perempuan tau. But still, I can't even find my Mr. Right! Huh

16 August 2019

Big Pay | AirAsia

Assalamualaikum hai,

Siapa pernah dengar mengenai BigPay? Atau korang selalu menaiki pesawat AirAsia?




Haa, kalau korang lebih memilih untuk terbang bersama AirAsia, korang WAJIB untuk ada kad bigpay ni. Kenapa? Serius, banyak gila benefit yang korang boleh dapat kalau gunakan kad ni.

Sejujurnya, aku bukanlah penggemar AirAsia. Tapi, sebab aku selalu pulang ke JB dari Penang menaiki kapal terbang sebab penatlah nak naik bas 9 jam- dan hanya AirAsia saja yang ada direct flight dari Penang-JB dan vice versa.

Dan oh, sebab yang utama aku naik AA sebab, steward dia kacak! HAHAHAHA.

Back to story.. aku nak cerita mengenai kad BigPay AirAsia ni.

Alert: Ini bukan iklan berbayar ye. Ini review dari aku sendiri sebab dan hampir setahun aku guna kad bigpay ni.

Benefit :

1. RM0.00 processing fees waktu korang booking tiket flight AirAsia - korang hanya perlu bayar tiket penerbangan saja dan harga processing fees akan dikecualikan.
2. Korang akan dapat diskaun untuk luggage dan in-flight meals.
3. Dapat big point untuk redeem free flight.
4. Kadar exchange rate yang sangat rendah. Ikut mastercard punya exchange rate ye.
5. Boleh track perbelanjaan korang.
6. Boleh hantar wang secara percuma. Aku selalu request/send duit raya pakai kad ni aje. Senang. Sebab tak suka pegang banyak duit in hand.
7. Tak kena annual fees. Kad ATM biasa tu kena fees tau.
8. Tiada cas kalau swipe kad ni di kedai. Swipe swipe je


Aku kan selalu guna kad bigpay ni sekali dengan Boost. Nanti dua-dua kad akan ada point dan cash back. Lepastu, selalu guna kad bigpay bila buat shopping online di Shopee dan Lazada. Dapat point banyak.

Ada satu benda ni yang korang kena ingat; bagi withdrawal akan ada caj yang dikenakan.

  • RM6 akan dicaj bagi domestic withdraw
  • RM10 akan dicaj bagi international withdraw

Kenapa mahal sangat? Sebab BigPay tak galakkan korang pegang duit banyak. Cashless gitu.


Dan lagi satu, untuk penerimaan point:
  • Setiap RM 50 topup = 1 point
  • Setiap RM 20 perbelanjaan= 1 point 


  • Kalau aku ingat lagi kelebihan dia, nanti aku update ye.

    Dah bersedia nak guna? Boleh masukkan refferal code ni waktu sign up app nanti untuk dapat RM10 free : S3EC0GQ7RD

    Dan, yang paling penting sekali. Jangan risau sebab BigPay ni dah disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Takkan ada scam. Security untuk kad ni sangatlah ketat. Hanya pemilik kad dan orang yang diizinkan saja yang boleh swipe swipe.

    UPDATE: 25/08/2019

    Bermula September, anda akan menerima 1Big Point untuk setiap RM10 yang dibelanjakan.


    Bestnya, bolehlah dapatkan free tiket flight selepas ni. Jom masukkan kod S3EC0GQ7RD untuk dapatkan RM10 percuma.

    31 July 2019

    UPU Lepasan STPM/Setaraf

    Assalamualaikum hai,

    Tepat jam 12pm tadi, keputusan UPU lepasan STPM/Setaraf telahpun keluar. Nak ucapkan TAHNIAH! pada yang berjaya memasuki alam universiti. Adik aku dapat di UM.

    Dannnn..

    Pada yang dapat Universiti Sains Malaysia (USM), TAHNIAH! jugak. Hey, your senior here. *wave*

    USM WOW! HEBAT


    Jangan risau, senior USM semua baik-baik. *smirk*

    Pada yang dapat USM, boleh lah lawati website pohon USM untuk muat turun surat tawaran. Tapi, website tu boleh diakses bermula Khamis 1-Ogos-2019 jam 2 petang aje tau. Boleh baca semua mak nenek surat/dokumen dalam tu. Baca betul-betul tau.

    Pasal yuran, email usm, kad pelajar, tempat daftar dan desasiswa.

    Pasal desasiswa. Siapa yang dapat di Kompleks RST, lagi-lagi di Restu dan Saujana. Aku nak ucap Good Luck! Kalau tak kurus-kurus juga naik turun bukit tu, aku tak tahulah korang ni.

    Dan jangan risau juga, waktu kalian orientasi nanti, kami panggil minggu PSL, PPSL semua baik belaka. Ini serius! Setiap sejam akak-abang PPSL akan tanya siapa sakit. Mereka jaga kalian macam keluarga sendiri. Ada perkara nak mengadu, bagitahu aje mereka. Tapi, tang tak cukup tidur tu tak boleh nak buat apa lah. Benda biasa.

    Dan, selepas saja minggu orientasi tu, aku sarankan korang, kalau ada motor, bawaklah. Serius, penat gila kalau berjalan kaki dalam USM ni. Sekurangnya, kalau ada motor bolehlah pergi kelas naik motor. Dalam USM ada juga bas. Tapi, kalau korang sanggup nak bersesak naik bas, suka hatilah. Nak bawak kereta, aku tak sarankan. Sebab korang kena ada sticker. Dan sticker tu, khas untuk orang yang ada jawatan saja. *Aku dalam USM naik basikal aje, gais*

    Mengenai, medical check-up. Korang tak perlu ke klinik kesihatan atau hospital untuk buat medical check up. Sebab, korang akan buat medical checkup di Pusat Sejahtera bila dah masuk USM nanti.

    Dan, hari terakhir orientasi. Korang akan ada hari angkat sumpah. Majlis Sambutan Siswa Hari di mana, korang berikrar dan korang sudah rasmi pelajar USM. Dari hari pertama korang daftar tu, sampailah sebelum hari kejadian (angkat sumpah) korang bukan lagi pelajar USM. Sepanjang hari tu, korang kena jadi 'bunian'. Sebab kena pakai baju dan tudung putih, berkain hitam bagi perempuan. Kemeja putih, tali leher hitam dan seluar hitam bagi lelaki. Ini pakaian rasmi dan WAJIB diikuti.

    Girls! Sepanjang sebulan sebelum masuk USM ni, pergilah putihkan wajah tu dulu kalau insecure kena pakai tudung putih nanti.

    Kk, rak lu..

    27 July 2019

    Do Good To Others

    Assalamualaikum, hanya mahu berkongsi kejadian ini pada semua.




    It's happen during diploma year. Masa tu nak gi jawab final, ada sorang ni dia takde lagi 10¢ je untuk cukupkan singgit bayar duit teksi kolej. Waktu tu Grab, Uber takdak lagi. Aku pun bagi jelah singgit. Dan dia mintak no phone, nanti habis exam dia ganti semula. Aku cakap; "Tak perlu lah. Hanya minta doa supaya aku dapat jawab exam dengan lancar aje."

    And turn out, lepas habis exam tu. Aku nak bayar duit teksi nak gi lrt. Aku naik dengan random girl dari asrama. Dan aku memang tinggal RM50 aje sekeping. Teksi kan tak suka kita bayar pakai duit besar. Tambang teksi dalam RM4-5 macam tu.

    And that girl, bila nampak aku pegang RM50 terus dia cakap, "tak payahlah. Saya bayarkan."

    Aku terus--

    Betullah. Do good to others, Allah will help when we need some help.

    19 February 2019

    MARA

    Assalamualaikum dan hai.

    Sibuk betul aku ni sampai dah lama tak mampir ke sini.

    K lah, kalini aku nak buka cerita mengenai Pinjaman Pelajaran MARA.




    dan oh, MARA hanya tanggung IPTS saja tahu dan kolej di bawahnya. Selain itu, IPTA ke apa ke, MARA  memang tak tanggung. Jadi, tak payahlah duk apply banyak kali loan MARA kalau korang pelajar IPTA.

    Aku apply MARA sewaktu diploma sem 1. Dan aku dapat kelulusan sewaktu aku di hujung sem 2. Lambat memang lambat sebab waktu tu mara ada masalah apa entah, tak ingat.

    Dan tiba saja hujung sem 2, terbeliak mata aku bila tengok jumlah wang yang beribu-riban di bank.

    Kalian beruntung kalau dapat mara tau. Kenapa aku cakap begitu, sebab:

    MARA jaga korang macam ibubapa kepada anak-anaknya.
    Maksudnya, setiap bulan dia akan beri elaun sara diri korang. Bukan macam sesetengah pinjaman yang beri sedebak di awal sem, dan pandai-pandai koranglah nak bahagikan duit tu macam mana.
    Dan mara akan bayarkan terus yuran pengajian korang (antara MARA dan pihak kolej) tanpa libatkan korang. Korang hanya perlu fokus pada belajar saja. Bab duit, MARA ada untuk uruskan.

    Tapi, janganlah belum hujung bulan dah pinjam kawan kan. Banyak tau MARA bagi setiap bulan, tapi korang menjoli pulak.

    Lepastu, MARA boleh buat conversion. Maksudnya, pengurangan bila dah habis belajar. Dan MARA tiada interest ya. Katakanlah RM15,000 kau pinjam, jumlah itu juga yang kau akan bayar semula. Dah guna duit orang, kan?

    Kemudian, bagi yang dah habis belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, boleh buat penangguhan. Sayanglah tak buat. Nanti MARA duk hantar emel siap hadis bagai. Tusuk jiwa nanti.

    Dan sekarang ni, aku sambung belajar di IPTA. Sedih betul bila tak dapat MARA lagi. Terus jatuh miskin aku. T,T

    P/s: Aku tengah cari scholarship atau pinjaman pelajaran selain PTPTN. Korang ada cadangan tak? Pernah apply YPJ, tapi tak lepas. Sedih lagi aku T,T

    p/s: Student yang dapat MARA ni dia kaya gila tau!