Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

27 December 2015

Tandatangan

Heya assalamualaikum to all muslim and hye to non-muslim.



Tandatangan merupakan 'trade-mark' seseorang. Setiap orang mesti, wajib, mempunyai tandatangan. Dan tandatangan ni tersangatlah penting dalam hidup seseorang manusia. Tak pernah lagi aku jumpa manusia yang tak ada tandatangan melainkan budak kecik.

Dan tandatangan ni merupakan sesuatu 'kepuasan' bagi aku. 'Kepuasan' yang jenis macam mana tu aku sendiri pun tak dapat nak definisikan. Tapi aku selalu rasa puas bila selesai tandatangan dekat memana notice board sekolah! ehh?

Dan tandatangan ni juga, akan jadi bukti yang itu merupakan diri kauorang yang asli selain cap jari.

Tadi, masa tengah siapkan surat yang memerlukan aku menandatangani surat tu tanda pengesahan, adik aku yang banyak cakap tuh tetiba datang duduk sebelah aku dan bersuara,

"Eh, buruknya tandatangan kau!"

Masa tu aku yang tengah tandatangan tuh, terus berhenti dan pandang dia tajam. Serius sentap bila dia cakap tandatangan aku buruk!

Kalau dia cakap tandatangan aku kurang lawa ke, bolehlah aku terima. Ni terus cop yang tandatangan aku buruk.

Buruk weh!

Penat-penat pagi petang siang malam aku memikirkan 'fesyen' mana yang lawa untuk tandatangan aku, boleh dia cop buruk?

Sakitnya tuh di sini, *tunjuk kat dada*

Kau tahu, tandatangan dia lagi buruk!

3 comments:

  1. Salam :) rimba,benua dan dunia
    Dari perindu bat dirindu.
    Jiwa dilazim dengan zikir-Lantas fikir bergema akhir.
    Menyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
    Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Ilahi.
    Rasa hidup beramal redup-Lantas rancak munajat hidup.

    ReplyDelete
  2. Cakap orang je kan.. skali tengok dye lagi teruk.. kahkahkah

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...