Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

25 October 2016

Pray for HSA

Assalamualaikum annyeong,




#PrayforHSA

Terkejut juga aku bila buka Twitter duk trending pasal benda ni. Bila baca punya baca, unit ICU di HSA terbakar. Meremang, sedih, sebak semua ada. Sedih bila tengok ada yang meninggal. Bermacam betul perasaan bila baca Twitter pasal kejadian yang berlaku.

Well, aku dilahirkan di sana. Di hospital tu. Sedih berganda kot.

Malam tadi, salah seorang sepupu aku, kemalangan dan dimasukkan ke hospital tun pada mulanya, tapi kemudian dihantarkan ke Hospital Kulai untuk dimasukkan besi dalam tangan. Sebab hospital tun tak boleh melakukan proses tu. Dan sekarang pertanyaan aku untuk, kenapa tidak dihantarkan ke HSA saje instead of Hospital Kulai dah terjawab.

Kemudian, ayah aku punya sepupu, baru dua hari lepas melawat HSA sebab suami dia bekerja di sana. Tup tup tengok tempat yang menjadi sumber pendapatan dia terbakar hari ni.

Lepastu petangnya, dapat tahu pula ada letupan gas di Petronas di Mount Austin dan menyebabkan seorang maut.

Hari yang tak berapa baik untuk Johor, mungkin.

Tapi perasaan sedih tu lagi bertambah-tambah sedih bila mp3 duk mainkan lagu Pergi by Aizat ni. Haih haih,

P/s : Ohh perlukah aku masukkan sekali pasal Gary yang akan meninggalkan Running Man?

7 October 2016

Dewa - Dealova

Assalamualaikum annyeong,



Dalam waktu yang sunyi memalam ni kan tetiba terlintas lirik lagu dekat bawah ni:-

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada


Well, lagu ni hampir setiap kali aku dengar bila aku balik rumah. Sebabnya, my dad selalu nyanyi lagu ni untuk mama. Macam sweet tau.

Hahaa, sebenarnya nak bagitau yang aku rindu rumah tau. Kah!

Babai.

5 October 2016

Aedes!!!

Assalamualaikum annyeong,

Credit given

Bermula dari minggu lepas kot tak silap, hampir setiap hari warden dengan fello warden duk buat annoucement pasal ada tiga orang (sekarang dah 6 orang) positif denggi. Sampai kitorang satu rumah dah boleh hafal apa yang warden nak cakap setiap kali dengar bunyi announce tu. Kah!

Seronok tu seronok juga, tapi still rasa takut. Aedes weh! Sekarang ni musim aedes menghurung manusia aku rasa.

Sampai whatsapp mama nak kasitahu betapa takutnya saya saat tu. Huhuhuu, *hmm, betullah ayah cakap aku anak manja kah!*

Roommates aku dua-dua orang dah pernah kena denggi masa sem lepas. Mungkinkah aku pula yang nyamuk tu cari selepas ni????

God, I'm scared to death.

Dan malam tadi ada buat rollcall pasal Hapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes ni. Satu jamlah juga warden dengan fello warden duk buat rollcall pasal nyamuk ni. Siap bagi ridsect dengan abate(?)*I don't know how to spell. Correct me if I mistake* lagi di setiap rumah.

So ni nak beritahu pasal nyamuk aedes ni:
1. Mempunyai belang hitam putih pada kaki
2. Menggigit sepanjang hari, terutamanya pada waktu pagi dan senja.
3. Membiak dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
4. Kitaran hidup dari telur hingga nyamuk dewasa mengambil masa hanya seminggu saja.
5. Telur boleh tahan dalam keadaan kering sehingga 6 bulan.

Tanda-tanda korang terkena denggi
- Demam panas yang mengejut dan berterusan.
- Bintik-bintik merah pada kulit.
- Sakit yang teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala.
- Pendarahan di kulit, hidung dan mulut.
- Hilang selera makan.
- Muntah-muntah.
- Sakit perut.

Tanda-Tanda bahaya
+ Pendaran di kulit, hidung, mulut, muntah darah, najis berwarna hitam atau haid yang banyak.
+ Kerap muntah.
+ Sakit perut.
+ Pening atau rasa gelisah.
+ Pucat atau kulit yang sejuk.
+ Sesak nafas.


Kalau ada tanda-tanda demam denggi, dan korang rasa yang korang disuspek denggi, terus pergi hospital dapatkan rawatan dengan segera okey? Tak payahlah tunggu lelama. Nanti takut melarat. Korang pula yang susah nanti menanggung sakit.

Dan seminggu sekali, pastikan korang hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes ni. Memana tempat yang bertakung dengan air, macam kolah dalam bilik air, piring pasu bunga, longkang, tayar lama dan banyak lagi, silalah sangat-sangat buang air tu. Kalau bukan untuk korang, untuk siapa lagi kan?

P/s : Fact dekat atas ni, aku ambil dari pamphlet yang pihak kolej bagi pada pelajarnya. Aku malas nak google. Huhuhuu

So till then, babai.

2 October 2016

October Bloglist Segment by FatinaMdzfr

*klik banner untuk join.


Aku tag korang yea:-

This segment will take place for a week, which is, from 29 September until 8 October. 

Account? Presentation?

Assalamualaikum annyeong,


Sepanjang hidup aku kan, tak pernah lagi aku dengar subjek account kena presentation. Subjek yang ada nombor-nombor ni lah. Susahlah aku nak dengar kena buat presentation.

Ke aku yang tak tahu?

Whateverlah,

Tapi still, aku tak pernah dengar pasal bendalah ni.

Dannn,, di satu pagi Isnin yang indah. Sir account aku suruh class aku present untuk financial report retail companies.

Masa tu aku dah ternganga dah. Financial report? Nak kena present?

Ohmai!

Malam tu, gigih kami mencari retail company dan godeh diaorang punya financial report. Yang beratus-ratus muka surat tu lah nak kena presentnya weh.

Bayangkan satu grup, hampir 30-45 minit.

Tapi itulah, benda tu sebenarnya yang buatkan kau lagi faham macam mana sesebuah perniagaan tu dapat keuntungan, about shareholders, saham, tax and others. Banyak sebenarnya.

Term yang korang tak pernah dengar masa belajar pun ada juga dalam financial report tu.

Dan tahu tak, dalam hidup ni lebih banyak kepada accounting. Semuanya, segalanya. Kenapa macam tu dan kenapa macam ni.

Huhuu, sebenarnya nak kasitahu, account ni makin lama makin susah. Hampir nak menangis bila nak kena hadam semua benda dalam kepala yang tak berapa nak center ni. -_-

Salam 1438 H

Assalamualaikum annyeong,

Credit gven to:


Dalam bulan Islam, dah masuk tahun baru dah kan?

Cepat betul masa berlalu.

Azam tahun 1437H macam mane weh?

Still tergantung lagi ke?

Hahaa, samalah seperti di sini. Asyik tergantung aje sejak beberapa tahun yang lepas. Pemalas ya ampun.

Ohh just nak wish, salam 1438 H. Semoga tahun ni dapat kejayaan yang dihajati. Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Babai~

1 October 2016

I Love You

Assalamualaikum annyeong,


I love you,
You love me,
We are happy family
With a great big hug and a kiss from me to you,
Won't you say you love me too.

Aku ni jenis manusia yang susah nak meluahkan apa yang aku rasa melalui perkataan. Tapi lebih suka meluahkan melalui tulisan. Who with me?

Tadi, salah seorang roommate aku dia ada event untuk course dia - event Feed the Homeless. Dan dia balik lambat. Sampai sekarang pun dia masih belum balik. Dan dia pun ada cakap gak yang dia akan balik lambat hari ni.

Well, sunyi sebenarnya bila tiada seorang dalam bilik ni. Rasa, kehilangan mungkin. Kah! Masa dia ada bukan main mengutuk lagi. Dah tak ada baru nak fe-feeling kehilangan pulak kan..

Dan tadi juga, dia call roommate aku - katil sebelah. Dan selepas dah habis on the phone tu, si budak katil sebelah bagitau aku, "Weh, Ieka cakap I love you kat hang."

Aku terus gelak. Gelak yang berdekah. Tapi still mencari di manakah lawaknya. HuHuhuu

Entahlah, tak boleh dan tak tahu macam mana nak balas love you dia tu.

Yea, mungkin akan ada orang yang cakap, "Alah, balas ajelah. Just say it, i love you too. Simple."

Tapi itulah, susah betul nak keluar ayat tu dari mulut aku.

Mama dengan ayah cakap I love you pun aku dah terkial-kial, terkebil-kebil, apatah lagi kawan sendiri. 

Macam mana tu?

COMICS GIVEAWAY by SVIORS

*klik banner untuk join.


Giveaway starts 12 / 09 / 2016 until 12 / 10 /2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...