Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

21 January 2017

Beli barang online, wajar atau tidak?

Assalamualaikum annyeong,

Credit


fuh tajukkkk.. kemain kah!

Zaman era yang penuh dengan teknologi ni kan, dengan hanya sekali klik saja barang yang kau beli secara atas talian dah ada depan mata. Tapi sebelum nak membeli online ni, kena juga belek dompet tu. Ada duit enggak?

Tak ada duit nak beli pakai apa? Daun? Kalau daun boleh guna untuk gantikan duit, mesti pokok dah togel weh. Macam mana fotosintesis nak berlaku entah. Silap-silap kau pun boleh mati sama.

Ada bermacam website untuk jual beli barang online; lazadanileThe One MallZalora dan banyakkkk lagi. Pilih aje mana yang mampu.

Dann,, Beli barang online, wajar atau tidak?

Bagi aku, ia wajar. Sebab ada beberapa perkara yang buat aku pilih perkara ini adalah wajar.

Antaranya, duit tak banyak habis.

Katakanlah, aku nak beli sesuatu barang yang berharga RM16.90. Kalau beli barang di Lazada, tak dikenakan cas penghantaran bagi sesuatu barang. Jadi duit yang akan keluar hanyalah sebanyak RM16.90 saja.

Tapi bila aku beli barang yang sama di sebuah pusat beli belah yang berdekatan. Duit yang akan dikeluarkan akan bertambah. Sebab apa? Sebab dari hostel aku ke Aeon yang berdekatan menggunakan Grab Car dah, RM6.00 pergi dan balik, sampai di Aeon, beli barang yang aku mahukan; RM16.90, belum lagi masuk kalau perut tetiba lapar. Nak pula makan makanan yang mewah. Tak ke semua sekali mencecah hampir RM35++.

Padahal niat awal kau nak beli barang yang harga tak sampai RM20 tu.

Nampak tak pembaziran sedang berlaku?

Tapi itu hanya pendapat aku sajalah. Jangan pula kau orang ikut macam aku ni. Nanti kalau semua ikut, kesian shopping mall tu kosong tak ada orang; sebab orang banyak guna online saja beli barang. Kan?

Kah!

6 comments:

  1. Setengah barang mai tak suka shopping online, cthnya kasut, sbb nak ukur size betul2. hihihi tapi betullah shopping online ni senang dan jimat, kalau beli banyak lagi jimat sebab sekali duit postage je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, kalau kasut memang takkan beli online dah. sebab pernah beli kasut online tapi bila dapat sangatlah kecik. punah harapan den,

      Delete
  2. sy x pernh lagi beli barang scra on9, tapi, beli dlm google play tu pernahlah sbb dia akan potong kredit je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol, paling takut nak beli dalam google play.. tak tahulah kenapa, hahaha

      Delete
  3. saya seorang suri rumah yang buat bisnes sendiri.. beli and jual. dulu beli dekat lazada,tapi harga barang dekat lazada macam dah naik. sekarang beli barang dekat nile atau the one mall, tapi the one mall macam kerja lambat. saya andaikan sajalah.. sebab barang saya pertama order 28.04.17 sampai sekarang belum sampai. setahu saya orang buat kerja macam seorang je. saya ada juga bertanya dekat one mall melalui live chat atau whatsapp. balas tu cepat juga. tapi prosess payment and penghantaran sangat lambat. jika di buat seperti lazada atau nile kan bagus. hanya pendapat je.. maaf jika ada perkataan yang membuat sesetegah orang tersinggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry to say tapi, di the one mall memang proses payment and panghantaran sangat lambat.. pernah beli dekat situ nak buat pembayaran nye pun lahai, berhari-hari.. dan sekarang baru tahu yg kalau nak buat payment kena buat masa waktu pejabat. kalau tak memang lambat gila nak proceed. tang penghantaran pula mungkin dia lambat sebab barang tu bukan dari stor dia.. who know, lama juga tak beli online ni. hehehe

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...