Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

17 February 2015

Pengalaman Ambil Lesen Kereta

Assalamualaikum..




Bila search kat Mr. Google, ramai juga yang buat pengalaman sendiri masa ambil lesen memandu.. Jadi, aku pun nak buat jugalah pengalaman pasal ni.. *mood menyibuk* hahaha..

Aku punya birthday hujung tahun, jadi nak kena tunggu hujung tahunlah baru boleh apply lesen.. Lepas hari jadi aku tahun lepas, abang dengan mama aku pergi satu JB ni sebab nak cari pusat memandu.. Ada tiga tempat dia orang pergi, tapi satu tempat aje yang terpilih.. cewahh.. hahaa.. serius, masa mula-mula nak apply pusat memandu, macam-macam masalah.. Macam, belum takdir aku lagi nak belajar memandu.. Tapi atlast, alhamdulillah. Dapat juga. Tak jauh dan tak juga dekat dengan rumah..

Bermulalah pada 22/12, aku start KPP 01.. Alah, yang kena kursus 6 jam setengah tu.. Gerak jam lapan, habis 4.30 pm.. Mase aku apply memandu ni, memang aku sorang aje. Ada juga ajak kawan, tapi dia orang banyak yang cakap nak kerja dulu.. Kumpul duit sendiri baru apply belajar memandu.. Dan dia orang cakap juga, aku untung sebab semua perbelanjaan parent yang support.

Dan oh ya, memang teramat bosan ya kursus tu.. Macam nak tidur aje.. Mentang mentang time tu hujan. Aih.

Habis aje kursus 6 jam tu, aku terus booking Test Computer. Empat hari lepas kursus, aku test komputer. Sebab aku memang nak habiskan cepat memandu ni.. Senang nak gerak pi mana-mana tanpa bantuan Pak Cik Bas dan Teksi. hehehe..

Dan alhamdulillah, aku lulus! Yehaaa... Markah aku, 48/50. Aku memang fed-up gila dengan Sistem Kejara. Banyak sangat nak kena hafal. Dah lah aku ni jenis yang tak suka menghafal. Aih, itu yang salah dua benda kat situ.. Tapi apa-apa pun, aku dah lulus apa.. Buat apa nak kenang lagi.. hahaha

Dan dapat Lesen L.. Terus booking kelas belajar iaitu, KPP 02 & 03.. Memandu di litar dan jalan raya.. Sekarang guna sistem baru. Pasal enjin, bonet, pintu, road tax dan semuanya berkaitan kereta tu kena ambil tahu. Kalau tak, kamu akan gagal!

15 jam setengah aku belajar KPP 02 & 03.. Aku dapat cikgu lelaki.. And sampai sekarang aku still tak tahu apa nama dia.. kah! Entahlah, sebab aku tak suka tahu nama orang! Dan hari terakhir aku belajar, aku memang belajar kat jalan raya bebetul.. Tak semua orang dapat macam aku.. *tiba-tiba nakk rasa perasan sendiri.. hehehe*

Mana orang JB mesti tahu Highway Pasir Gudang kat mana, Taman Sutera dengan Taman Perling.. Aku punya pusat memandu di Sutera. Dan bayangkanlah, di hari terakhir aku belajar memandu selama tiga jam setengah, aku kena bawa ke Highway Pasir Gudang sebab kereta yang aku belajar tu, gas dia dah nak habis. Bayangkanlah macam mana dengan lori banyak.. Kereta, bas, motor keliling.. Gerun jugalah aku masa tu. Tapi bila ada cikgu kat sebelah, bolehlah hilang gerun sikit.. hehee.

Dah siap semua, booking QTI pula.. Hari yang sama aku last belajar, petang tu aku terus ambil QTI.. Bila ingat pasal QTI yang buat aku bengang ni.. Aih, pasal cikgu QTI tulah, first time aku kena marah semenjak kali pertama aku menapak kat pusat memandu tu.. Aih, menyentan giler! Dia marah aku sebab aku tak bagi dia lesen L aku.. Nak bagi macam mana, lesen L pun aku tak pegang..

Then, aku tanya dia bebaik kot nak ambil kat mana lesen L aku.. Dia punya jawab, perghh.. Macam aku ni musuh nombor satu dia aje kan.. Dia boleh dengan meninggikan suaranya cakap, suruh aku cari sendiri! Apakyer ahh.. Kalau cakap bebaik tak apalah lagi.. Ini cakap, macam nak tengking aku.. Terkecil terus hati aku. Nak menangis rasa. Suruh aku cari kot.. Kat mana? Tandas? Last-last aku pergi main kaunter tanya pasal lesen L dan nasib baik akak tu baik tolong carikan. Terima kasih kak!

Dan sekarang baru aku tahu, yang selama ni, masa memandu aku Lesen L tak ada dengan aku langsung.. Sampai kat highway Kempas aku bawa, lesen aku tak ada! Memang gila.. Kena tahan polis, bikin naya aje kan..

Tapi thanks jugalah kat cikgu QTI tu.. Sebab dia dah sedarkan aku, yang lain kali kalau nak memandu, pastikan lesen bersama.. Aih.

Dah tu, booking pula untuk test JPJ.. Aku dapat, seminggu selepasnya.. Which mean, semalam!

Semalam, aku memang tak boleh nak tidur. Punya takut nak test.. Pastu sampai pusat memandu dalam pukul lapan.  Lepastu dia susun ikut nombor. Nasib baik aku punya, sesi pertama.. Dah tu, dia suruh test bahagian 1, which mean, kena periksa enjin, bonet dengan keseluruhan kereta.. Sebelum nak buat tu, aku dah hafal dah setiap benda yang ada dalam enjin kereta.. Tapi bila sampai turn aku, aku punya gabra.. Haih, apa yang aq baca semua melayang.. Pakai main hentam aje aku cakap..

Dan oh ya, satu hari tu aku punya takut nak test, sampai sarapan pun aku mkan satu sudu aje.. Then bila dah nervous macam ni, mulalah aku sakit perut bagai.. Menggigil badan ni pun satu hal..

Dan bila nama aku kena panggil nak test kat trek, aku cool down jap walaupun dalam hati dah rasa takut balik.. Ingat balik pesan mama, suruh selawat bebanyak.. Dan, yes! Trek aku lulus.. Bukit yang aku takut pun, aku lulus.

Then kena duduk balik sebelum JPJ panggil nak test kat jalan raya pula.. Dapat pula JPJ nye lelaki, lagilah aku gabra.. haha.. Dan macam tak percaya, aku lulus! Yeahh, walaupun aku kena sekali amaran mandatori.. Tak bagi signal bila nak belok.. Ha, kan dah kena.. Sebab aku mmg malas giler nak bagi signal bila nak belok.. Aiyaa

Dan yeahh, macam aku cakap tadi.. Aku lulus! Dah boleh bawa kereta.. Dah boleh jenjalan cari suami.. Eh? Gatai! hahakks..

P/s : Mungkin penykit gabra aku ni akan datang balik bila nak ambil result SPM lagi dua minggu dari sekkarang.. Aih.


Boleh baca entri ini untuk sambungan.

30 comments:

  1. saya belum start apa2 lagi xD

    ReplyDelete
  2. @Amelia : ehh start lah.. best tau da ad lesen ni.. senang nak pi memane.. hehee

    ReplyDelete
  3. Takot nyerrr. Huhu. Macam banyak je benda kena belajar ni. Bek study dulu kat umah. Prepare habis2. Hikhikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. tak payah takut.. chilek je.. ohkay? all is well

      Delete
    2. Saya takut pegi kursus. Nak buat apa utk hilang kan takut ni.. Apa je diorg buat kt kursus? Tlg saya.. Pleaseee

      Delete
    3. Tak payah takut eh. Relaks relaks je. Kursus tu paling bosan. Dia ajar teori pasal kereta semuaa.. Jangan lupa bawak makanan banyak².

      Delete
  4. Hari nie saye test JPJ...Doa kan saye lulus yew..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ye ke? so how? mesti flying colours kan? (:

      Delete
  5. Amik lesen kt mne miss oren ? Brp rm eh skrg ?

    ReplyDelete
  6. Amik lesen kt mne miss oren ? Brp rm eh skrg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil lesen kat pm berjaya je awak, sekarang maybe harga dalam rm1050, mungkin lah. tak sure sangat hohoo

      Delete
  7. kat tempat sini mahal buat lesen keta rm1477 .. huhu.. masih L lg ni... slow2 nk ambik P lg nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoga dapat lesen P dengan jayanya.. slow slow menapak ohkay.. senang je semua tu :)

      Delete
  8. camne ne?? takut nye nk amk lesen kete.. tp klau tak amk skrg.. mmg susah kmudian hari.. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah takut awaa.. trust me, bila dah dapat pegang stereng kereta, rasa heaven je~~

      Delete
  9. camne ne?? takut laa.. takpe ke kalau amk walhal taktau apepon sal kete?? plizz miss oren..

    ReplyDelete
    Replies
    1. justeru kita pegi pusat memandu lah nak belajar pasal kereta.. huhuu :)

      Delete
  10. sis nk tnya..ujian kompute tu ada time dye x?

    ReplyDelete
  11. sis nk tnya..ujian kompute tu ada time dye x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol seriusly tak perasan komen masuk pending.. Allahu.

      selalunya ujian komputer tu buat selepas kelas lapan jam tu. tapi better empat hari selepas lah.. sebab nak baca buku dia lagikan..

      Delete
    2. add: ujian komputer tu ada masa. macam exam sekolah juga.

      Delete
  12. Huuu. .tkutt lak. .sis ada tips utk bhgian bukit kat trek tu x. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, adeh. Tang bukit memang takde tips lah. Cuma jangan neves sudahlah. Saya pun memang anti gila dengan bukit tu. Hahaha

      Delete
  13. Salam awak,sg nk tanya,brapa lama total proses awak dr hari pertama sampai dapat lesen p? Nmpk mcm memang buat cepat2 nihhh hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. start kelas 22/12, then dapat lesen P 23/2/15.. so total 2 bulan lah dari first day sampai dapat lesen P.. Hahaaa, memang buat cepat cepat pun. Sebab waktu buat lesen tu memang tengah free sangat, jadi tak nak buang masa. ;)

      Delete
    2. Terima kasih sbb reply,seminggu awak berapa kali kelas ye?

      Delete
    3. no biggie.. seminggu adalah dalam dua kali kelas. Tapi ada juga seminggu empat kali kelas straight - dua/tiga jam.

      Delete
  14. Salam ...nak tanya lps kursus tu cemane nak booking ujian kpp ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumssalam.. lepas kursus tu, boleh terus pergi office pusat memandu untuk next kpp. Nanti mereka sendiri yang akan arrange untuk awak.

      Delete
  15. assalamu'alaikum, terima kasih informasinya saya nak ambil lesen memandu kereta.

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.