Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

12 March 2017

Tamat Lesen P

Assalamualaikum annyeong,

Macam baru bulan lepas aku update entri pasal Pengalaman Ambil Lesen Kereta ni, tup tup tup tupppp, eh eh lesen P aku dah tamat. Horey!

Rasa seronok dia, sampai tahap nak melompat sambil joget. Kah!

Pada 23 hb 2 yang lalu, phone aku keluarkan notifikasi pasal, "LESEN P DAH TAMAT. HOREY!" Tersenyum sampai telingalah juga aku sepanjang hari. Tak sabau-sabau nak pi renew lesen.

Okaylah, sebab ini pun kali pertama aku pi renew lesen, naklah juga kasitau cara nak renew lesen dari PDL ke CDL.

Firstly, pergi JPJ untuk renew lesen anda. Tapi ingat, sebab kau pemegang lesen P, jadi HANYA boleh tukar lesen PDL ke CDL di JPJ sahaja! JPJ je tau. Selain dari tu, memang tak boleh. Termasuklah, Pejabat Pos. Memang tak boleh!

Sebab aku dah pergi Pejabat Pos dua hari selepas lesen aku mati. Tahu tak punyalah penatnya aku baru habis kelas, kena menapak naik tren, jalan kaki pi Pejabat Pos, tapi tak boleh renew lesen di situ. Hampa dia, sampai tahap nak maki. Dah lah kena tunggu giliran lagi. Haih, T,T

Dan Khamis minggu lepas aku pulang ke rumah di JB dengan tujuan nak renew lesen. Oh, tapi kau boleh je kalau nak tukar lesen lambat-lambat. Sebab tempoh lesen tu tamat sebetulnya memakan masa setahun.

Maksudnya, tempoh lesen tu tamat jangan lebih setahunlah. Kalau tak, kau kena buat rayuan pada JPJ untuk pertukaran lesen tu sebab dah tamat tempoh. Tapi nak buat rayuan pun atas alasan yang boleh dipertimbangkan baru JPJ tu proceed lesen kau. Faham tak?

Macam ni, katalah tempoh valid lesen PDL 03/09/2019 - 03/09/2021. Jadi, mula tarikh 04/09/2021 sehingga 04/09/2022 adalah tempoh di mana kau kena renew lesen P ke CDL. Selepas saja tarikh 04/09/2022 baru kau nak renew, kau akan didenda.

*****Bagi lesen L yang sudah pun tamat tempoh barulah kau kena mula semula. Kena masuk kelas memandu semula. Mula dari awal.

Tapi lepas ni, kalau nak renew lesen, dah boleh pergi Pejabat Pos dah. Sebab kau sekarang pemegang lesen CDL. Bukan lagi PDL.

Second, jangan lupa bawa duit. Duit jelah yang penting sebenarnya dalam proses pembaharuan lesen ni. Jap, aku bagi gambar,



Okey itu dia. Sediakan duit RM75.00. Sepatutnya RM60 aje, tapi macam aku beritahu awal-awal tadi. Kau pemegang lesen PDL jadi, special sikit. Nanti untuk renew lesen yang seterusnya, barulah harga dia fixed RM60 untuk dua tahun.

Haa, aku punya tu, aku terus fixedkan untuk dua tahun terus. Tahun depan tak payah fikir nak keluarkan duit lagi. Biar keluar dua tahun terus.

Third, jangan lupa bawa gambar. Tapi diwajibkan, hanya gambar berlatarbelakangkan putih saja yang diterima. Kalau bawa gambar selain background warna putih, dia akan automatik guna gambar dari IC.

Fuh fuh, nasiblah gambar IC aku cun. Kah!

Then, tadaaa! Dah siap.

Aku buat ni di UTC JB. Belum sempat panas punggung duduk, nama dah kena panggil mengatakan, lesen aku dah siap. Cepat gila weh!

Ohhhhh, sebelum aku lupa. Bawa IC sekali tau. Tu yang paling penting sebenarnya.

Okay, tu aje kot. Nanti kalau ada sebarang tambahan, akan dimaklumkan kemudian.

*Update : Harga yg ditunjukkan tu untuk lesen kereta saja. Lesen motor, maaf, saya tak tahu.

Till then, assalamualaikum~
        - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

UPDATE: Q&A
1. Boleh ke renew lesen pdl awal seminggu dari tarikh tamat tempoh?
     - BOLEH. -

2. Lesen PDL expired bila?
     - SETAHUN (1 tahun) dari tarikh tamat tempoh kuatkuasa lesen PDL.-
     **mana yang aku reply boleh tu, aku minta maaf. Terconfius dengan lesen full.**

3. Boleh ke suruh wakil renew lesen pdl?
     - BOLEH. Pastikan ada ic awak bersama lesen.-

4. Di mana boleh renew lesen pdl ke cdl?
     - Hanya JPJ sahaja.-

5. Pegawai minta lesen L tak semasa renew lesen pdl ke cdl?
     - TAK. Lesen L dah tak ada guna sebaik awak dapat lesen P.-


UPDATE: Untuk penjelasan mengenai tarikh tamat lesen boleh tengok entri ini.

UPDATE: Yang mana tanya kata hanya boleh upgrade PDL ke CDL di JPJ tapi, aku buat di UTC tu, aku nak tanya satu soalan. "PERNAH PERGI UTC TAK KORANG NI?"

UPDATE: Lesen L tu kena simpan. Nanti nak upgrade lesen dah tak perlu masuk kelas untuk ambik L lagi.

UPDATE LAGI: Saya dah tak boleh nak balas komen kalian untuk entry ini. Tapi, boleh reply di entri lain. Tak tahu apa masalahnya dengan entri ini, semacam di banned dari saya balas semuanya. Boleh email saya jika ada sebarang pertanyaan.