Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

22 March 2024

Pengalaman Kerja di Site

 Assalamualaikum hai,


Selepas setahun menjadi seorang accountant, kini aku beralih arah/bidang bekerja ke tapak pembinaan sebagai seorang Site Project Executive.

Kenapa tukar kerja? Sukatilah! Sibuk je!

Alhamdulillah, dah 17 bulan aku bekerja di tapak pembinaan. Jadi, jujur aku cakap, ia 50:50; nak kata best tu tak adalah best, nak kata tak best pun tak adalah tak best. hahahaha

Cumanya, sebagai seorang perempuan yang bekerja di site ia sangatlah mencabar. Lagi-lagi bila dikelilingi ramaiiii sangat lelaki. Tambah, di site ni hanya aku seorang saja perempuan dan yang lainnya lelaki. Dekat sini aku jumpa bermacam perangai.

Kalau korang ingat politik di Malaysia dah teruk, politik dalam site lagilah teruk. Sangat. Sampai kau rasa macam, kadang tu tak boleh nak adapt dengan suasana permainan dalam site.

Sebagai main contractor ni memang kena kuat fizikal dan mental, sebab kau akan selalu kena sidai. Hati pun kena kental tau sebab dalam site episode maki-memaki itu seperti makanan seharian. Lagi-lagi kalau kau perempuan. 

Apa yang best di site adalah, kau belajar banyak benda. Kalau masa study dulu kau kena belajar macam-macam teori yang susah, tapi bila masuk site ni benda tu senang aje sebenarnya. Kacang! Di site akan lagi advance lah dari apa yang kau belajar. Nama method atau material-on-site pun sangat lain dengan apa yang kau belajar. Bahasa mudahnya, kau lagi senang belajar dari duduk dalam kelas.

Dan yang paling bestnya bila di site ni, kau tiada clockout and clock in. Macam aku waktu bekerja 8-4.30pm, tapi 9am baru sampai site, balik pulak jam 4pm. Nampak macam best kan? Tapi, tak pun.

Orang sekitar selalu cakap pekerjaan aku best, sebab tengok life status yang aku update di media sosial. Tapi yala, kita ni selalunya akan tunjuk benda yang best je buat tatapan orang. Benda tak best, kita simpan kemas-kemas. Mereka cakap, "bestnya kau masuk kerja lambat sikit pun tak apa. Bestnya kau boleh balik awal. Bestnya kau boleh lari kejap kalau ada urgent di rumah."

Best memang best, macam aku cakap tadi, aku hanya tunjuk apa yang best saja. Episod kena marah, kena maki depan subcon takkan lah aku nak tunjuk kat orang, bukan. Episod kena balik lambat tengah-tengah malam dan esoknya kena ada di site sharp 8am, takkan nak beritahu orang jugak kan?

Dan episode kena berpanas buat inspection berjam-jam sambil berpuasa pun takda aku nak beritahu orang. Malas. Jadi, kita tunjuk apa yang best sajala. Umpama jika mereka nak tahu apa yang tak seronoknya menjadi orang site ni, kena apply kerja tu dulu.

Tengok je sebagai main con ni asyik tengok subcon buat kerja ja. Tapi, sebenarnya fikiran kami dah sepuluh batu ke hadapan. Nak kena plan baik-baik. Planned management sangat penting!

Masa jadi accountant, aku rasa macam best pulak bila tengah waktu kerja kena ke tempat lain, kena keluar ofis lah. Dalam fikiran mesti bestnya dapat berjalan keluar. Tapi, bila dah di site ni bila kau dibolehkan untuk keluar, masa awal-awal dulu rasa best betul. Tapi, bila dah lama-lama, dia punya malas tuu. Allahu.. sekarang ni kan nak pergi kedai depan pun aku dah malas walaupun naik kereta. Rasa macam duduk dalam site lagi best, walaupun panas dia masyaAllah.

Cuma yang tak bestnya, kulit cepat gelap dan tiada overtime hour. Kalau balik lepas jam 4.30pm tu memang redha ajela takda OT.

Sesiapa yang nak gaji banyak tapi takut gelap, sayang kulit, tak payah nak kerja site yaa.

Tapi, dari sudut lain. Alhamdulillah, aku sebagai orang yang baru masuk dalam site ni diberikan manager, site supervisor dan site safety yang baik-baik ja. Mereka aku panggil 'Abang-abang di site." Manusia-manusia yang tak pernah penat ajar aku banyak kali macam mana roof construction- yang sangat aku benci masa degree tu menjadi antara architect work yang paling aku suka- sampai aku faham kini. Yang selalu cover aku kalau aku nak cuti sebab dorang tahu staff baru masuk ni annual leave tak banyak mana. Mereka yang tak pernah lokek belanja aku sarapan dan makan tengahari setiap hari. Kadang-kadang selalu bagi aku duit walaupun aku tak minta.

Ohh aku pernah accident langgar kereta tahun lepas, dan mereka-mereka juga yang tong-tong duit bagi aku buat bayar kos kerosakan.

Sewaktu menghampiri setahun aku bekerja di sini, perasaan nak resign dari kerja panas ni sangat-sangat menghantui aku. Sangat kuat, sampaikan aku betul-betul rasa ingin berhenti hinggakan surat berhenti sudah aku tulis tinggal submit saja. Tapi, bila mengenangkan baiknya abang-abang site saya tiga orang ni, betapa senangnya pekerjaan aku bila dengan mereka, aku tangguhkan nak berhenti tu sehingga Raya Cina bulan Februari 2024.

eh ehh, know know already Ramadhan 2024.


p/s: Selamat Berpuasa Ramadhan.