Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

22 September 2016

Pengkid

Assalamualaikum annyeong.




Well, dah nak dekat pukul 12 malam ni kan, tetiba idea pasal pengkid ni tetiba terlintas. Musykil juga aku kenapa nak dekat tengah malam baru dia datang. 

Aku pernah juga ada kisah dengan pengkid ni tau.

Ehh eh tak tak, bukan aku yang pengkid. Astaga, minta dijauhkan.

Cumanya, pernah ada kisah dengan pengkid.

Ni nak cerita,

Masa sekolah rendah, around 2007-2009 masa tu aku baru darjah 4-6. Mula darjah 4, aku dipaksa untuk berpindah sekolah. Huhuu, dramatik betul kisah masa tu.

Dan masa dekat sekolah yang baru ni, aku kenal dengan seorang perempuan ni tau. Aku berkawanlah dengan dia sepanjang 3 tahun tu. Tapi serious talk, sepanjang 3 tahun tu aku tak tahu pun yang dia ni pengkid. Kesian, bukan?

Aku kawan dengan dia, rapat dengan dia, duduk dalam kelas sesama, makan sesama, rehat sesama, balik pun sesama. Sepanjang 3 tahun tu, kami buat semua benda sesama.

Sehinggalah,

Akhir 2009, selepas UPSR tak silap aku. Selepas UPSR kan ada exam SDEA (Sijil Darjah Enam Agama), satu malam tu sekolah agama aku ada buat majlis solat hajat dekat masjid. Masa tu pun kitorang sesama gak pi masjid. Dan esoknya,

Ada seorang perempuan dalam kelas aku juga, kasitahu yang "Weh, si X tuh kan, dia suka kau." Dengan ayat tu je, zappp! Aku terus berkerut. Dan bila tanya pehal pula tetiba yang dia nak suka aku? Dan dari situlah segalanya bermula.

Perempuan tu kasitahu pasal si X tu yang sememangnya pengkid.

Lepas aje daripada hari tu, aku terus menjauhkan diri dari dia. Entahlah, terus kitaorang terputus hubungan sampailah sekarang.

Tahu, yang memutuskan tali silaturahim itu berdosa. tapi,, entahlah. Mungkin sebab aku rasa yang aku perlu untuk menjauhkan diri dari dia.

Dan tahun lepas,, eh tak. Dua tahun lepas. Masa tu ada outing dengan classmate form 5, outing before SPM. Dekat bowling Angsana, aku ternampak dia selang dua-tiga lane dari tempat aku dengan classmate aku melontar bowling.

Aku perasan dia dan aku tahu yang dia perasan aku. Tapi untuk aku mendekat dan tegur dia, memang tidaklah. Entahlah, still rasa insecure lagi dengan dia, mungkin.

Dan aku tak tahulah apa cerita dengan si X ni.

Next,,

Tahun lepas, masa memula masuk belajar dekat kolej. Masa tu, kan kitorang satu rumah random masuk rumah. Dan berjumpa di rumah yang sama. Ada sorang perempuan ni kan, rambut dia pendek gila macam lelaki. Terus aku assume yang dia pengkid. Aku panggil dia si A.

Hahaaa,, entahlah. Still tak boleh ubah mind-set aku pasal, 'Asal perempuan rambut pendek macam lelaki, adalah pengkid!'

Terus aku jauhkan diri dari dia walaupun dia satu course dengan aku, sem 1 kitorang satu kelas juga.

Masa orientasi pun aku dengan dia satu grup weh.. Masa orientasi tu kan, aku tak layan dia langsung. Sebab nak mengelak diri dari 'dikerjar' si pengkid lagi. Huhuhuu

Teruk betul mindset aku waktu tu.

Lepastu, selepas orientasi, ada cuti around five days, aku buat keputusan nak balik Johor, padahal aku homesick teruk waktu tu. Kah! Balik rumah, aku betulkan balik niat aku. Aku ubah balik mindset teruk aku tu. Dan sem 1 bermula dengan hal yang indah-indah belaka.

Aku dengan si A ni sampailah sekarang still duduk rumah sesama. Satu bilik lagi. Cuma berlainan kelas aje. Dan terus, mindset aku berubah bila berkawan dengan dia. Perangai tak macam yang aku assume pun. Dia perempuan, cuma tak suka rambut panjang. That's it.

Aku je yang melampau teruk duk assume orang macam tu. Hahahaa

Dan sampai sekarang, aku still tak ada keberanian lagi nak ceritakan hal yang sebenar kenapa aku seolah menjauhkan diri dari si A ni waktu orientasi tahun lepas.

Tunggulah keberanian itu tiba. Ohyeah~

2 comments:

  1. Sefaham saya pengkid ni perempuan beperwatakan lelaki, lainlah kalau dia gay sekali (suka sesama jantina). hehe.

    Smoga kita dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. err entahlah.. kawan saya ni dia perempuan beperwatakan lelaki tapi minat kat perempuan. Ehh? entahlah~~

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.