Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

19 January 2017

Salam

Assalamualaikum annyeong,

Lama juga tak masuk sini kan,

So hari ni aku nak cerita pasal SALAM. Bukan memberi salam, tapi ber-salam-an.

Dunia kini, yang sudah di penghujung ni kan, ramaaiii betul aku perasan melakukan perkara ni; "Bersalaman dengan yang bukan mahramnya."

Tidak dinafikan, dalam kaum kerabat aku pun ada jugak. Jadi tak bolehlah nak blame sesiapa pun bila hal berkaitan agama diletak di tahap yang paling rendah. Lagi kesian, bila dah nampak orang tu buat dosa, kita yang melihat dan tahu benda tu salah hanya bertindak mendiamkan diri; akulah tu. Hmmmmm..

Pernah sekali tu, aku tak ingat bila, ada sorang pak cik aku ni, dia mempertikaikan kenapa aku tak bersalam dengan dia bila berjumpa, tapi aku bersalaman dengan pak ngah aku pulak.

Bukannya apa, cuma dia tu hanya suami kepada mak cik aku yakni, adik kandung ayah aku. Jadi memang munasabahlahkan bila aku tak bersalaman dengan dia. Berlainan pula dengan pak ngah yang merupakan abang kandung ayah aku, jadi tak berdosa pun kalau aku salam dia.

Susah aku nak terangkan secara lisan dan tulisan jadi, bolehlah kot tengok gambar bawah ni. Ohh sebelum tu, apa yang aku cuba sampaikan ni berdasarkan point of view perempuan ya.








notes : yang merah tu kita boleh salam dan tak membatalkan wudhuk manakala yang biru tu sebaliknya.

Jadi, bolehlah fahamkan sendiri ya.

Jangan pula kau salahkan seseorang tu bila dia tak sambut salam kau. Mungkin kau yang patut buat perubahan dalam diri kau untuk belajar tentang ini dengan lebih mendalam.

Oh, aku dapat gambar-gambar di atas dari group WhatsApp. Dan aku tak ingat siapa pemiliknya, just credit to her/his mengenai gambar di atas.

Thanks.

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...