Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

13 November 2019

Jerawat, go away!

Assalamualaikum hai,

Sejak masuk life degree ni, asyik sibuk aje memanjang. Kadang penat juga nak hadap assignment, project, submission, presentation buat kali kedua selepas diploma, tapi.. saya suka belajar gais.

So.. jadi.. harini, di waktu petang yang nyaman ni, saya nak buat challenge 3 tahun. Maksudnya, nak tunjuk gambar 3 tahun lepas dengan gambar sekarang ni.

Hmm.. macam mana nak masuk topik kita ehh..

Macam nilah, mula awal puberty kan, jerawat aku akan banyak gila naik dekat kawasan dahi. Hairannya, kawasan lain tak ada pun tahu. Okay tipu, adalah jugak naik kat pipi atau dagu.. itupun kalau waktu nak bulan mengambang.

Tapi, jerawat dekat dahi ni tak pernah hilang. Takkan pernah. Datanglah waktu air pasang ke, banjir ke, panas kemarau ke, mereka masih berteduh di dahi saya.

Gigih tau scroll gambar lama-lama.


 Tengok dahi tuu.. tengok.. jerawat pasir eh?

Kadang cemburu dengan orang yang kulit bebas jerawat. Flawless gila. Sehalus kulit bayi. Tapi, nak buat macam mana. Kita tidak diberi nikmat itu. Mungkin, kalau tuhan kasi nikmat kulit flawless tu, kita memburukkan orang pulak?

So, gambar tu, tahun 2016. Susah tahu nak cari jodoh dengan dahi tak licin ni. Lelaki kan cari yang berdahi licin je.. T_T

Sekarang, tahun 2019. Gambar latest yang aku tangkap..


so fresh yet so clean

But still, dahi licin pun takde sapa pandang. I'm dead.

Ia merupakan satu kepuasan bila kau juga boleh dapatkan kulis flawless macam orang lain. Jangan berhenti mencuba, okay girl?

Dalam masa 3 tahun ni, banyak gila produk yang aku guna. Kadang membazir beli trial tak habis lagi dah breakout.

Pernah masa diploma, roommate saya suruh pakai produk yang macam dia pakai. Glowglowing tak silap. Dan masa tu, alhamdulillah pernah terbaca yang produk tu ada chemical, terus tolak. Tak mau dengar pasal GG tu. Habis diploma, roommate beritahu yang muka dia breakout teruk bila dia berhenti pakai.

Itulah, aku beritahu tak mau dengar. Rasain loh.

Jadi, aku nak kongsikan apa yang aku pakai, apa yang aku guna di wajah untuk dapatkan kulit licin sehalus bayi.

Bila tu? Tunggulah bila aku rajin. HAHAHAHAHAH



31 August 2019

Kita Bebas

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 62, MALAYSIA!





28 August 2019

Aloevera

Hai assalamualaikum,

Serius, banyak gila kegunaan aloevera dalam hidup. Bagi kalian yang masih kurang pengetahuan mengenai aloevera ni boleh tengok gambar di bawah.



Tapi, kena juga ikut kesesuaian kulit sendiri. Macam aku sendiri, tak boleh letak aloe vera di muka sebab nanti akan naik jerawat kecil-kecil. Jadi, tak semua orang sesuai untuk gunakan aloevera ini.

My mom tanam banyak gila pokok lidah buaya ni di rumah. Punyalah banyak sampai orang nak ambik pun mama buat tak kesah. Ada sampai mama buat makan. Sedap pun sedap jugak. Rasa badan segar lepas makan. Tak lesu pun.

Dan pernah di Twitter, orang letak di rambut bersama shampoo. Aku pernah buat juga nak mencuba. Tapi, memang aloevera ni tak suka aku kot. Rambut aku jadi kasar tapi, serius memang rambut tak gugur.

Lepas ni, boleh lah korang cuba. Manatahu sesuai dengan kulit. Dah tak perlu beli skincare mahal-mahal.

26 August 2019

Turutan Skincare

Hello!

Ramai juga wanita atau mungkin lelaki yang sangat menjaga wajah, tapi tak tahu steps penjagaan wajah. Di sini, disertakan exact order to apply skincare products.

Kadang aku sendiri pun tak tahu bila nak apply sunblock di wajah. Samada selepas toner atau sebelum apply foundation. Kadang jugak tak tahu bila perlu untuk cuci wajah, samada sebelum pakai mask atau selepas.



Ini pulak steps for mask.



Good Luck! Semoga kita semua direzekikan dengan wajah yang menjadi penyejuk setiap kali dipandang orang.

25 August 2019

Jumlah Penduduk Malaysia

Hai gais,


DOSM

Tengok tu!

Lelaki lagi ramai dari perempuan tau. But still, I can't even find my Mr. Right! Huh