Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

13 November 2019

Jerawat, go away!

Assalamualaikum hai,

Sejak masuk life degree ni, asyik sibuk aje memanjang. Kadang penat juga nak hadap assignment, project, submission, presentation buat kali kedua selepas diploma, tapi.. saya suka belajar gais.

So.. jadi.. harini, di waktu petang yang nyaman ni, saya nak buat challenge 3 tahun. Maksudnya, nak tunjuk gambar 3 tahun lepas dengan gambar sekarang ni.

Hmm.. macam mana nak masuk topik kita ehh..

Macam nilah, mula awal puberty kan, jerawat aku akan banyak gila naik dekat kawasan dahi. Hairannya, kawasan lain tak ada pun tahu. Okay tipu, adalah jugak naik kat pipi atau dagu.. itupun kalau waktu nak bulan mengambang.

Tapi, jerawat dekat dahi ni tak pernah hilang. Takkan pernah. Datanglah waktu air pasang ke, banjir ke, panas kemarau ke, mereka masih berteduh di dahi saya.

Gigih tau scroll gambar lama-lama.


 Tengok dahi tuu.. tengok.. jerawat pasir eh?

Kadang cemburu dengan orang yang kulit bebas jerawat. Flawless gila. Sehalus kulit bayi. Tapi, nak buat macam mana. Kita tidak diberi nikmat itu. Mungkin, kalau tuhan kasi nikmat kulit flawless tu, kita memburukkan orang pulak?

So, gambar tu, tahun 2016. Susah tahu nak cari jodoh dengan dahi tak licin ni. Lelaki kan cari yang berdahi licin je.. T_T

Sekarang, tahun 2019. Gambar latest yang aku tangkap..


so fresh yet so clean

But still, dahi licin pun takde sapa pandang. I'm dead.

Ia merupakan satu kepuasan bila kau juga boleh dapatkan kulis flawless macam orang lain. Jangan berhenti mencuba, okay girl?

Dalam masa 3 tahun ni, banyak gila produk yang aku guna. Kadang membazir beli trial tak habis lagi dah breakout.

Pernah masa diploma, roommate saya suruh pakai produk yang macam dia pakai. Glowglowing tak silap. Dan masa tu, alhamdulillah pernah terbaca yang produk tu ada chemical, terus tolak. Tak mau dengar pasal GG tu. Habis diploma, roommate beritahu yang muka dia breakout teruk bila dia berhenti pakai.

Itulah, aku beritahu tak mau dengar. Rasain loh.

Jadi, aku nak kongsikan apa yang aku pakai, apa yang aku guna di wajah untuk dapatkan kulit licin sehalus bayi.

Bila tu? Tunggulah bila aku rajin. HAHAHAHAHAH



1 comment:

Everyone growing up by making a mistake.