Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary
Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

19 January 2017

Salam

Assalamualaikum annyeong,

Lama juga tak masuk sini kan,

So hari ni aku nak cerita pasal SALAM. Bukan memberi salam, tapi ber-salam-an.

Dunia kini, yang sudah di penghujung ni kan, ramaaiii betul aku perasan melakukan perkara ni; "Bersalaman dengan yang bukan mahramnya."

Tidak dinafikan, dalam kaum kerabat aku pun ada jugak. Jadi tak bolehlah nak blame sesiapa pun bila hal berkaitan agama diletak di tahap yang paling rendah. Lagi kesian, bila dah nampak orang tu buat dosa, kita yang melihat dan tahu benda tu salah hanya bertindak mendiamkan diri; akulah tu. Hmmmmm..

Pernah sekali tu, aku tak ingat bila, ada sorang pak cik aku ni, dia mempertikaikan kenapa aku tak bersalam dengan dia bila berjumpa, tapi aku bersalaman dengan pak ngah aku pulak.

Bukannya apa, cuma dia tu hanya suami kepada mak cik aku yakni, adik kandung ayah aku. Jadi memang munasabahlahkan bila aku tak bersalaman dengan dia. Berlainan pula dengan pak ngah yang merupakan abang kandung ayah aku, jadi tak berdosa pun kalau aku salam dia.

Susah aku nak terangkan secara lisan dan tulisan jadi, bolehlah kot tengok gambar bawah ni. Ohh sebelum tu, apa yang aku cuba sampaikan ni berdasarkan point of view perempuan ya.








notes : yang merah tu kita boleh salam dan tak membatalkan wudhuk manakala yang biru tu sebaliknya.

Jadi, bolehlah fahamkan sendiri ya.

Jangan pula kau salahkan seseorang tu bila dia tak sambut salam kau. Mungkin kau yang patut buat perubahan dalam diri kau untuk belajar tentang ini dengan lebih mendalam.

Oh, aku dapat gambar-gambar di atas dari group WhatsApp. Dan aku tak ingat siapa pemiliknya, just credit to her/his mengenai gambar di atas.

Thanks.

5 October 2016

Aedes!!!

Assalamualaikum annyeong,

Credit given

Bermula dari minggu lepas kot tak silap, hampir setiap hari warden dengan fello warden duk buat annoucement pasal ada tiga orang (sekarang dah 6 orang) positif denggi. Sampai kitorang satu rumah dah boleh hafal apa yang warden nak cakap setiap kali dengar bunyi announce tu. Kah!

Seronok tu seronok juga, tapi still rasa takut. Aedes weh! Sekarang ni musim aedes menghurung manusia aku rasa.

Sampai whatsapp mama nak kasitahu betapa takutnya saya saat tu. Huhuhuu, *hmm, betullah ayah cakap aku anak manja kah!*

Roommates aku dua-dua orang dah pernah kena denggi masa sem lepas. Mungkinkah aku pula yang nyamuk tu cari selepas ni????

God, I'm scared to death.

Dan malam tadi ada buat rollcall pasal Hapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes ni. Satu jamlah juga warden dengan fello warden duk buat rollcall pasal nyamuk ni. Siap bagi ridsect dengan abate(?)*I don't know how to spell. Correct me if I mistake* lagi di setiap rumah.

So ni nak beritahu pasal nyamuk aedes ni:
1. Mempunyai belang hitam putih pada kaki
2. Menggigit sepanjang hari, terutamanya pada waktu pagi dan senja.
3. Membiak dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
4. Kitaran hidup dari telur hingga nyamuk dewasa mengambil masa hanya seminggu saja.
5. Telur boleh tahan dalam keadaan kering sehingga 6 bulan.

Tanda-tanda korang terkena denggi
- Demam panas yang mengejut dan berterusan.
- Bintik-bintik merah pada kulit.
- Sakit yang teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala.
- Pendarahan di kulit, hidung dan mulut.
- Hilang selera makan.
- Muntah-muntah.
- Sakit perut.

Tanda-Tanda bahaya
+ Pendaran di kulit, hidung, mulut, muntah darah, najis berwarna hitam atau haid yang banyak.
+ Kerap muntah.
+ Sakit perut.
+ Pening atau rasa gelisah.
+ Pucat atau kulit yang sejuk.
+ Sesak nafas.


Kalau ada tanda-tanda demam denggi, dan korang rasa yang korang disuspek denggi, terus pergi hospital dapatkan rawatan dengan segera okey? Tak payahlah tunggu lelama. Nanti takut melarat. Korang pula yang susah nanti menanggung sakit.

Dan seminggu sekali, pastikan korang hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes ni. Memana tempat yang bertakung dengan air, macam kolah dalam bilik air, piring pasu bunga, longkang, tayar lama dan banyak lagi, silalah sangat-sangat buang air tu. Kalau bukan untuk korang, untuk siapa lagi kan?

P/s : Fact dekat atas ni, aku ambil dari pamphlet yang pihak kolej bagi pada pelajarnya. Aku malas nak google. Huhuhuu

So till then, babai.