Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

8 October 2018

Diploma

Assalamualaikum hai,

Setahun lebih dah tak masuk sini. Hampir-hampir ku lupa pada ini dunia.

Kali ni aku nak bercerita mengenai zaman Diploma aku.

Seperti yang sedia maklum, ke aku tak maklum apa-apa pun? aku menyambung pelajaran selepas SPM dalam Diploma in Accounting and Finance di sebuah pusat pengajian swasta di Kuala Lumpur. Diploma selama 2 tahun dan berjaya menamatkan pengajian pada awal januari 2018 tahun ni.

Dan, aku mengambil diploma aku di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur di Cheras. Ngeh ngeh~

KUPTM.

Hasil carian imej untuk kuptm

Nak bercerita pasal kolej sebenarnya.

Masuk KPTM bukanlah pilihan utama aku, sebab masa 2015 aku memang tunggu keputusan UPU. Tapi, nasib tidak memihak pada aku dan aku pun memilih KPTM.

Masa awal aku masuk, tahun 2015 masih lagi menggunakan KPTM sebelum ditukar ke KUPTM tahun berikutnya.

KPTM kan, seriously, its the best place to further study. Sebab~~~~ kedai makan banyak! Jadi, tak perlu risau kalau kau orang jenis yang tak boleh hidup tanpa makanan. Keliling kolej tu banyak gila tempat makan.

Haih, rindu pula Thai punya kedai makan.

LRT dengan MRT pun dekat kalau nak pergi mana-mana. Shopping mall pun banyak aje area situ. IKEA pun dah buka. Heaven betul kan yang masuk tahun lepas.

Masa aku mula-mula jejakkan kaki di KPTM, nak jalan-jalan pun kena pergi Time Square. Punyalah jauh sampai kena tukar tren dua kali. Grab pun tak dak tau masa tu. Jenuh nak menapak kalau tak ada teksi dari kolej nak balik asrama.

Lecturer KPTM pun okey. Baikkkk, sikit. Mostly baik banyak. Ada juga yang garang, tapi pandai-pandai engkau oranglah.

Cumaaaa, nak complain pasal pengurusan kolej ajelah. Teruk. Tapi, tak tahulah sekarang ni macam mana. Malaysia pun dah baru, KPTM tak tahulah dah baru ke belum. Hahahaa.

Dan oh, KPTM selalu dikunjungi artis-artis yang buat pengembaraan di situ. Ramai juga artis yang aku pernah nampak kat sana.

Apa lagi eh? Feel free to ask anything. Aku pun tak tahu nak cerita pasal apa lagi. Hahahaaa.

P/s : Aku nak konvo diploma dah. Yeayyy!

2 comments:

  1. wah!!! tahniah dah habis diploma!!! welcome to degree life pulak!
    >_<

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.