Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 July 2019

UPU Lepasan STPM/Setaraf

Assalamualaikum hai,

Tepat jam 12pm tadi, keputusan UPU lepasan STPM/Setaraf telahpun keluar. Nak ucapkan TAHNIAH! pada yang berjaya memasuki alam universiti. Adik aku dapat di UM.

Dannnn..

Pada yang dapat Universiti Sains Malaysia (USM), TAHNIAH! jugak. Hey, your senior here. *wave*

USM WOW! HEBAT


Jangan risau, senior USM semua baik-baik. *smirk*

Pada yang dapat USM, boleh lah lawati website pohon USM untuk muat turun surat tawaran. Tapi, website tu boleh diakses bermula Khamis 1-Ogos-2019 jam 2 petang aje tau. Boleh baca semua mak nenek surat/dokumen dalam tu. Baca betul-betul tau.

Pasal yuran, email usm, kad pelajar, tempat daftar dan desasiswa.

Pasal desasiswa. Siapa yang dapat di Kompleks RST, lagi-lagi di Restu dan Saujana. Aku nak ucap Good Luck! Kalau tak kurus-kurus juga naik turun bukit tu, aku tak tahulah korang ni.

Dan jangan risau juga, waktu kalian orientasi nanti, kami panggil minggu PSL, PPSL semua baik belaka. Ini serius! Setiap sejam akak-abang PPSL akan tanya siapa sakit. Mereka jaga kalian macam keluarga sendiri. Ada perkara nak mengadu, bagitahu aje mereka. Tapi, tang tak cukup tidur tu tak boleh nak buat apa lah. Benda biasa.

Dan, selepas saja minggu orientasi tu, aku sarankan korang, kalau ada motor, bawaklah. Serius, penat gila kalau berjalan kaki dalam USM ni. Sekurangnya, kalau ada motor bolehlah pergi kelas naik motor. Dalam USM ada juga bas. Tapi, kalau korang sanggup nak bersesak naik bas, suka hatilah. Nak bawak kereta, aku tak sarankan. Sebab korang kena ada sticker. Dan sticker tu, khas untuk orang yang ada jawatan saja. *Aku dalam USM naik basikal aje, gais*

Mengenai, medical check-up. Korang tak perlu ke klinik kesihatan atau hospital untuk buat medical check up. Sebab, korang akan buat medical checkup di Pusat Sejahtera bila dah masuk USM nanti.

Dan, hari terakhir orientasi. Korang akan ada hari angkat sumpah. Majlis Sambutan Siswa Hari di mana, korang berikrar dan korang sudah rasmi pelajar USM. Dari hari pertama korang daftar tu, sampailah sebelum hari kejadian (angkat sumpah) korang bukan lagi pelajar USM. Sepanjang hari tu, korang kena jadi 'bunian'. Sebab kena pakai baju dan tudung putih, berkain hitam bagi perempuan. Kemeja putih, tali leher hitam dan seluar hitam bagi lelaki. Ini pakaian rasmi dan WAJIB diikuti.

Girls! Sepanjang sebulan sebelum masuk USM ni, pergilah putihkan wajah tu dulu kalau insecure kena pakai tudung putih nanti.

Kk, rak lu..

1 comment:

  1. masa isi upu dulu tringin gak nak masuk usm, so ltk list usm kat no 3 haha

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.