Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

23 May 2015

Dia 'Kembali'

Assalamualaikum..

Dia? Siapa dia? Aha,, aku pernah beritahu dekat sini.

Maksud aku dia 'kembali' kat sini bukannya dia hidup balik. Ohoi, mahu pengsan aku kalau tengok dia berdiri depan aku.. huhuu

Maksud aku dia kembali adalah,

malam kelmarin, entah macam mana aku boleh termimpi pasal dia. Dalam mimpi tu, dia senyum kat aku. Senyuman yang tak pernah aku tengok sepanjang dia hidup. Serius.

Banyak yang kitaorang buat dalam mimpi tu. Tapi yang paling aku ingat part dia senyum kat aku tu aje. Yang lain aku lupa. Huhuu..

Haih.

Perasaan aku? Satu aje yang aku boleh sebut kat sini, rindu. Ya. Aku tersangat-sangat-sangat rindu dia.

Hmm..

Okeh, itu aje nak cerita~

21 May 2015

Kerana Sebuah Janji

Assalamualaikum..



Dapat satu WhatsApp dari kawan;

Keluar jom. Before kau nak sambung belajar ni (:
Dan aku pon balas;

Okay. Tunggu aku kat Secret Recipe. Lagi ½ jam aku sampai sane.

Dia membalas kembali;

Bapak ½ jam. Kau buat ape seyh?

Alah macam tak faham pula kalau awek-awek cun ni bersiap macam mane (: Tunggu auu..

Okey.

            Dan aku pun bersiap. Cukup haul yang dijanjikan. Aku melihat biasan diri dihadapan cermin. Berpusing ala-ala model untuk kali terakhir. Minyak wangi disembur. Jam tangan dipakai. Dan capai purse dan juga telefon.

Tiba di ruang tamu lepas capai kunci kereta,

            “Pergi mana?” Mama menyoal.

            Sengih. “Keluar ngan kawan. Last meeting before nak merantau.” Senyum.

            “Tak payah! Teman Mama pergi.. bla.. bla.. bla..” Muka serius.

            “Alah Maa.. Dah janji dengan dorang,” Muka merayu.

            Geleng kepala. “No means no!” Suara tegas. “Tunggu Mama siap jap,” Masuk bilik dan keluar beberapa minit kemudian. “Jom.”

            Mengeluh. Dengan wajah yang ditundukkan, aku berjalan perlahan mengikuti Mama. “Mamaaaa..” Masih merayu.

            “Cuba dengar cakap Mama. Nanti kalau kau bergaduh dengan kawan, Mama ni juga yang kau cari.” Tegas dan tinggi.

            Telan liur. Air mata nak menitis bila dengar. Hanya diam dan masuk kereta. Enjin dihidupkan. Seatbelt dipakai. Memandu ke tempat yang mahu Mama tuju.

            Masa tengah berjalan dengan Mama, dengan mood yang agak kurang baik, terjumpa dengan seorang mak cik. Mak cik yang berjiran dengan mereka selang dua buah rumah. Lama Mama bersembang dengan mak cik vogue tu.

            Aku disebelah seolah-olah tidak wujud buat mereka. Sesekali aku pandang jam tangan. Mengeluh bila sedar yang sudah satu jam aku membiarkan kawan aku menunggu aku di tempat yang kami janjikan. Telefon dalam poket dikeluarkan.

            Mengeluh lagi bila pesanan WhatsApp yang aku hantar pada kawanku tadi hanya dibiarkan ‘seen’ tanpa membalasnya. Rasa bersalah semakin menghimpit dada.

            Aku membaca lagi sekali tanpa rasa jemu ayat balas aku kurang satu jam yang lepas.

Sorry, L I might late.

Okay, tak pe. Aku tunggu kau. (:  Balasnya.

Lima belas minit kemudian, aku menghantar lagi.

Aku.. Lambat sikit. Ada hal. Sorry again,

Sokay lha. Kan aku cakap aku tunggu kau. Chill (:

Setengah jam kemudian, di saat aku menemani Mama membeli bajunya, aku terima satu WhatsApp. Dari kawan aku,

Mana kau?

On my way,

Itu yang aku balas. Tak nak jadikan Mama sebagai alasan aku lambat walaupun alasan tu memang betul.

Satu jam kemudian, WhatsApp datang lagi,

Di mana kamu?

On my way,

Pesananku dibiarnya begitu. Dan selepas lima belas minit, WhatsApp dari orang yang sama tiba lagi. Tapi kalini, ayatnya sangat buatkan aku mati tingkah.

Kau nak datang ke tak sebenarnya? Tahu tak dah lama aku tunggu kau? Tak nak jumpa aku, baik cakap. Tak payah nak cakap kau ada hallah, apalah. Huh!

            Aku terkaku ditempat aku berdiri. Hanya membiarkan jantung mengepam darah dengan tidak tenang. Kepala ku dongakkan. Pandang Mama yang lagi bergaya membelek kasutnya pula. Kalau ikutkan hati ini, mahu saja aku meninggalkan Mama di sini dan berlari ke Secret Recipe di mana tempat mereka berjanji tadi.

            Tapi..

            Aku sayang Mama.

            Dan dalam masa yang sama, aku tak nak kehilangan kawan aku.
            Macam mana ni? Apa yang aku kena buat sekarang? Tinggalkan Mama dan jumpa kawan baik aku, atau stay here with Mama and lost my bestfriend?

            Aku bingung saat tu.

            Di saat aku masih lagi bingung, bunyi nada dering telefon buatkan aku tersedar. Lantas nama yang tertera aku baca. Dari kawan aku. Panggilan berjawab,

            “Hello?” Sapaku.

            “Weh, kau kat mana?”

            “Kenapa?”

            “Fit marah gila dengan kau. Dari tadi dia tunggu kat SR tapi sampai sekarang kau still tak muncul-muncul.”

            Aku tergamam. Fit menceritakan apa yang berlaku pada Hana? Tanpa sedar, aku menggigit bibir. Kuat.

            “Aku.. Aku ada hal,” Masih lagi menyembunyikan apa yang berlaku.

            “Kau ni janji melayu betullah!” Entah kenapa, nada tinggi yang digunakan Hana mengoreskan hati kecil aku. Aku tersayat.

            “Aku dengan Mama aku sekarang ni. Dia suruh aku teman dia masa aku tengah bersiap nak jumpa Fit,” Aku ceritakan juga apa yang berlaku.

            Dengar Hana gelak sinis. “Tak payah gunakan Mama kau sebagai alasan lah, Ir.”

            “No, I’m not! Aku cakap benda betul.” Rasa terkilan dan sedih bila orang tak percaya walaupun kita sudah berkata jujur.

            Hana gelak lagi. “Sudahlah. Kau memang selalu macam tu.” Jeda. “Ni aku nak sampaikan pesanan dari Fit untuk kau.”

            Aku hanya diam menanti Hana bersuara.

            “Dia cakap, mungkin tadi perbualan korang berdua yang terakhir. Dia tak ada kawan yang selalu janji melayu macam kau.”

            “Hann.. Tolonglah faham aku, memang aku keluar dengan Mama aku pun.”

            “Yang sebelum-sebelum ni pun sama juga ke?”

            Aku diam. Mahu mengiyakan, ataupun tidak?

            “Sudahlah, Ir. Aku muak dengan alasan kau yang dah lapuk tu. Bye!” Panggilan diletak sebelum aku mengucapkan sebarang ayat.

            Gigi diketap. Penumbuk digenggam. Mata juga dipejam. Aku rasa nak menjerit saat ni. Aku buka mata untuk seketika. Mataku bersabung dengan mata Mama yang lagi memandangku. Mama berjalan mendekati aku bersama senyuman dan juga sebuah beg kertas ditangan kanannya.

            “Jom pergi kedai lain pula,” Ajak Mama tanpa perasan hati dan perasaan aku yang tengah memberontak sekarang ni.

            “Mama puas kan?” Aku tidak mampu lagi mengawal marah dan geram aku pada Mama. Semestinya, Mama seolah-olah tidak mahu aku berjumpa dengan kawan aku buat kali terakhir sebelum kami semua menyambung perlajaran di negeri yang berlainan.

            “Maksud Ir?” Mama kelihatan bingung. Tapi aku tak kisah.

            “Ir hilang kawan Ir sebab nak teman Mama pergi sana-sini. Mama puas, bukan?” Nada marah, aku tahan. Tidak mahu meninggikan suara pada Mama dikhalayak ramai.

            “Aik, takkan baru hari ni Mama suruh teman dah kawan kau tak nak kawan dengan kau? Kawan jenis apa macam tu?” Soal Mama sinis.

            Aku hembus nafas dalam. “Bukan hari ni aje, Ma. Dah banyak kali. Dan setiap kali tu lah Mama selalu buat macam ni. What I do wrong, Ma?”

            “Kau lagi pilih kawan kaulah dari Mama? Gitu?”

            Aku mengeluh. “Bukan macam tu, Ma.”

            “Habis macam mana?” Soal Mama meninggi. Orang ramai sudah mula memandang kami anak-beranak. Jujur, aku malu bila orang memandang aku yang lagi dimarahi Mama.

            “Ma.. I need my friend.”

            “You don’t need me?”

            Ayat balas Mama buatkan aku terdiam. “Maa..” Air mata menitis.

            Dan aku hanya memandang langkah Mama yang menjauhi aku.

            Getaran telefon di tangan buatkan aku membuka slide telefon. Ada beberapa notification dari grup yang disertai aku. Hanya satu ayat yang buat aku terkedu;

You has been removed by Fitri.

            Aku terkaku. Air mata menitik lagi. Dan lagi. Air mata yang menyaksikan aku kehilangan kawan. Bukan satu, tapi lebih dari satu. Dan ini semua disebabkan Mama. Mama kejam!

            Bukan maksud aku untuk tidak perlukan Mama dalam hidup. Tapi, aku juga perlukan kawan. Kawan yang setia bersama bila aku jatuh dan duduk. Kelak, hanya kawan yang masih bersama aku bila Pencipta memanggil Mama jauh dari aku.

            Mama.. Aku kecewa dengan perbuatanmu. Aku hilang kawan kerana kamu.


20 May 2015

Orang Kata..

Assalamualaikum,

Orang kata.. Orang katalah, kalau ada orang meninggal then famili dia nak buat kenduri tahlil, makanan tu kena makanan faberet arwah.

Mama aku pun cakap macam tu jugak.

Habis tu, kalau aku mati nanti, nak kena hidang laksa lah? Gitu?

Macam mana pula kalau makanan faberet arwah tu pizza? Fettucini Carbonara? Kek?

*Garu pipi

Biarkan Gambar Berbicara

Assalamualaikum,



Mengeluh.

16 May 2015

Kelebihan Mempunyai Lesen Memandu

Assalamualaikum..

Credit
Ada orang tanya aku, best ke ada lesen? 

Dan jawapan aku, gilerrr best weh! Hahaa, serius. Selamani kalau kau nak pergi mana-mana tak ada lesen, mesti susah kan? Kena tunggu baslah, teksilah, sampaikan kalau kau nak cepat, betul-betul cepat pun, kau tak boleh nak sampai on that time sebab kena tunggu pengangkutan awam. Betul dakk? Nah! Bila dah ada lesen ni, kau ada reunion ngan kawan-kawan kau dalam kol dua petang, dah kalau tempat tu dekat, lima minit sebelum pukul dua pun kau dah boleh gerak, tak payah kena keluar rumah satu jam sebelum kol dua semata-mata nak tunggu bas.

Tak kisahlah kau ada lesen L, lesen P, lesen CDL, VDL or IDP. Asalkan namanya lesen,


Dan orang tu tanya aku lagi, apa seronoknya ada lesen memandu ni?

First aku gelak sebelum aku menjawab pertanyaan manusia itu. Dan jawapan yang aku berikan tulus ikhlas dari hati yang paling dalam;

Katakanlah antara ramai-ramai kawan kau, kau seorang saja yang ada lesen dan ada transport. Tak kisahlah kereta sendiri ataupun pinjam dari Ayah ataupun Mama. Dan bila ada kenduri kahwin ataupun nak melepak dengan kawan-kawan, dan kau volunteer nak tumpangkan mereka dengan duit minyak mereka yang support, di situ kau dapat kelebihan sebenarnya.

Kelebihannya? Macam yang aku cakap tadi, kalaulah.. Kalau kau guna kereta Ayah kau, macam yang aku selalu buat. Hehee.. Bila kawan kau tu dah turun dari kereta dan pasti dia akan kasi duit minyak seperti yang dijanjikan. Tak kisahlah berapa ringgit pun, aku paling banyak dapat adalah dalam dua puluh ringgit seorang. Heheee.. Dan aku selalu buat, duit tu masuk dalam purse aku bukan pergi mencari Petronas dan mengisi minyak. Selalunya aku buat macam tu lah.

Sekaligus kat situ boleh tambah pendapatan korang yang ciput tu.. Heh.

Itulah antara kelebihan yang aku kasitahu manusia tu. Simple.

Sekian~~