Assalamualaikum..
Dapat satu WhatsApp dari kawan;
Keluar jom. Before kau nak sambung belajar ni (:
Dan aku pon balas;
Okay. Tunggu aku kat Secret Recipe. Lagi ½ jam aku
sampai sane.
Dia membalas kembali;
Bapak ½ jam. Kau buat ape seyh?
Alah macam tak faham pula kalau awek-awek cun ni
bersiap macam mane (: Tunggu auu..
Okey.
Dan
aku pun bersiap. Cukup haul yang dijanjikan. Aku melihat biasan diri dihadapan
cermin. Berpusing ala-ala model untuk kali terakhir. Minyak wangi disembur. Jam
tangan dipakai. Dan capai purse dan juga telefon.
Tiba di ruang tamu lepas capai kunci
kereta,
“Pergi
mana?” Mama menyoal.
Sengih.
“Keluar ngan kawan. Last meeting before nak merantau.” Senyum.
“Tak
payah! Teman Mama pergi.. bla.. bla.. bla..” Muka serius.
“Alah
Maa.. Dah janji dengan dorang,” Muka merayu.
Geleng
kepala. “No means no!” Suara tegas. “Tunggu Mama siap jap,” Masuk bilik dan
keluar beberapa minit kemudian. “Jom.”
Mengeluh.
Dengan wajah yang ditundukkan, aku berjalan perlahan mengikuti Mama. “Mamaaaa..”
Masih merayu.
“Cuba
dengar cakap Mama. Nanti kalau kau bergaduh dengan kawan, Mama ni juga yang kau
cari.” Tegas dan tinggi.
Telan
liur. Air mata nak menitis bila dengar. Hanya diam dan masuk kereta. Enjin
dihidupkan. Seatbelt dipakai. Memandu
ke tempat yang mahu Mama tuju.
Masa
tengah berjalan dengan Mama, dengan mood yang agak kurang baik, terjumpa dengan
seorang mak cik. Mak cik yang berjiran dengan mereka selang dua buah rumah.
Lama Mama bersembang dengan mak cik vogue tu.
Aku
disebelah seolah-olah tidak wujud buat mereka. Sesekali aku pandang jam tangan.
Mengeluh bila sedar yang sudah satu jam aku membiarkan kawan aku menunggu aku
di tempat yang kami janjikan. Telefon dalam poket dikeluarkan.
Mengeluh
lagi bila pesanan WhatsApp yang aku hantar pada kawanku tadi hanya dibiarkan ‘seen’
tanpa membalasnya. Rasa bersalah semakin menghimpit dada.
Aku
membaca lagi sekali tanpa rasa jemu ayat balas aku kurang satu jam yang lepas.
Sorry, L I might late.
Okay, tak pe. Aku tunggu kau. (: Balasnya.
Lima belas minit kemudian, aku
menghantar lagi.
Aku.. Lambat sikit. Ada hal. Sorry again,
Sokay lha. Kan aku cakap aku tunggu kau. Chill (:
Setengah jam kemudian, di saat aku
menemani Mama membeli bajunya, aku terima satu WhatsApp. Dari kawan aku,
Mana kau?
On my way,
Itu yang aku balas. Tak nak jadikan
Mama sebagai alasan aku lambat walaupun alasan tu memang betul.
Satu jam kemudian, WhatsApp datang
lagi,
Di mana kamu?
On my way,
Pesananku dibiarnya begitu. Dan
selepas lima belas minit, WhatsApp dari orang yang sama tiba lagi. Tapi kalini,
ayatnya sangat buatkan aku mati tingkah.
Kau nak datang ke tak sebenarnya? Tahu tak dah lama
aku tunggu kau? Tak nak jumpa aku, baik cakap. Tak payah nak cakap kau ada
hallah, apalah. Huh!
Aku
terkaku ditempat aku berdiri. Hanya membiarkan jantung mengepam darah dengan
tidak tenang. Kepala ku dongakkan. Pandang Mama yang lagi bergaya membelek kasutnya
pula. Kalau ikutkan hati ini, mahu saja aku meninggalkan Mama di sini dan
berlari ke Secret Recipe di mana tempat mereka berjanji tadi.
Tapi..
Aku
sayang Mama.
Dan
dalam masa yang sama, aku tak nak kehilangan kawan aku.
Macam
mana ni? Apa yang aku kena buat sekarang? Tinggalkan Mama dan jumpa kawan baik
aku, atau stay here with Mama and lost my bestfriend?
Aku
bingung saat tu.
Di
saat aku masih lagi bingung, bunyi nada dering telefon buatkan aku tersedar.
Lantas nama yang tertera aku baca. Dari kawan aku. Panggilan berjawab,
“Hello?”
Sapaku.
“Weh,
kau kat mana?”
“Kenapa?”
“Fit
marah gila dengan kau. Dari tadi dia tunggu kat SR tapi sampai sekarang kau
still tak muncul-muncul.”
Aku
tergamam. Fit menceritakan apa yang berlaku pada Hana? Tanpa sedar, aku
menggigit bibir. Kuat.
“Aku..
Aku ada hal,” Masih lagi menyembunyikan apa yang berlaku.
“Kau
ni janji melayu betullah!” Entah kenapa, nada tinggi yang digunakan Hana
mengoreskan hati kecil aku. Aku tersayat.
“Aku
dengan Mama aku sekarang ni. Dia suruh aku teman dia masa aku tengah bersiap
nak jumpa Fit,” Aku ceritakan juga apa yang berlaku.
Dengar
Hana gelak sinis. “Tak payah gunakan Mama kau sebagai alasan lah, Ir.”
“No,
I’m not! Aku cakap benda betul.” Rasa terkilan dan sedih bila orang tak percaya
walaupun kita sudah berkata jujur.
Hana
gelak lagi. “Sudahlah. Kau memang selalu macam tu.” Jeda. “Ni aku nak sampaikan
pesanan dari Fit untuk kau.”
Aku
hanya diam menanti Hana bersuara.
“Dia
cakap, mungkin tadi perbualan korang berdua yang terakhir. Dia tak ada kawan
yang selalu janji melayu macam kau.”
“Hann..
Tolonglah faham aku, memang aku keluar dengan Mama aku pun.”
“Yang
sebelum-sebelum ni pun sama juga ke?”
Aku
diam. Mahu mengiyakan, ataupun tidak?
“Sudahlah,
Ir. Aku muak dengan alasan kau yang dah lapuk tu. Bye!” Panggilan diletak
sebelum aku mengucapkan sebarang ayat.
Gigi
diketap. Penumbuk digenggam. Mata juga dipejam. Aku rasa nak menjerit saat ni.
Aku buka mata untuk seketika. Mataku bersabung dengan mata Mama yang lagi
memandangku. Mama berjalan mendekati aku bersama senyuman dan juga sebuah beg
kertas ditangan kanannya.
“Jom
pergi kedai lain pula,” Ajak Mama tanpa perasan hati dan perasaan aku yang
tengah memberontak sekarang ni.
“Mama
puas kan?” Aku tidak mampu lagi mengawal marah dan geram aku pada Mama.
Semestinya, Mama seolah-olah tidak mahu aku berjumpa dengan kawan aku buat kali
terakhir sebelum kami semua menyambung perlajaran di negeri yang berlainan.
“Maksud
Ir?” Mama kelihatan bingung. Tapi aku tak kisah.
“Ir
hilang kawan Ir sebab nak teman Mama pergi sana-sini. Mama puas, bukan?” Nada
marah, aku tahan. Tidak mahu meninggikan suara pada Mama dikhalayak ramai.
“Aik,
takkan baru hari ni Mama suruh teman dah kawan kau tak nak kawan dengan kau?
Kawan jenis apa macam tu?” Soal Mama sinis.
Aku
hembus nafas dalam. “Bukan hari ni aje, Ma. Dah banyak kali. Dan setiap kali tu
lah Mama selalu buat macam ni. What I do wrong, Ma?”
“Kau
lagi pilih kawan kaulah dari Mama? Gitu?”
Aku
mengeluh. “Bukan macam tu, Ma.”
“Habis
macam mana?” Soal Mama meninggi. Orang ramai sudah mula memandang kami
anak-beranak. Jujur, aku malu bila orang memandang aku yang lagi dimarahi Mama.
“Ma..
I need my friend.”
“You
don’t need me?”
Ayat
balas Mama buatkan aku terdiam. “Maa..” Air mata menitis.
Dan
aku hanya memandang langkah Mama yang menjauhi aku.
Getaran
telefon di tangan buatkan aku membuka slide telefon. Ada beberapa notification dari grup yang disertai
aku. Hanya satu ayat yang buat aku terkedu;
You has
been removed by Fitri.
Aku
terkaku. Air mata menitik lagi. Dan lagi. Air mata yang menyaksikan aku
kehilangan kawan. Bukan satu, tapi lebih dari satu. Dan ini semua disebabkan
Mama. Mama kejam!
Bukan
maksud aku untuk tidak perlukan Mama dalam hidup. Tapi, aku juga perlukan
kawan. Kawan yang setia bersama bila aku jatuh dan duduk. Kelak, hanya kawan
yang masih bersama aku bila Pencipta memanggil Mama jauh dari aku.
Mama..
Aku kecewa dengan perbuatanmu. Aku hilang kawan kerana kamu.
sedihnya. bersabarlah. Allah bersama dengan orang sabar.
ReplyDeletebaiklah :')
Deletegood job
ReplyDeleteterima kasih.
Delete