Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

8 October 2015

Word of The Day

Aku diam.

Mendengar dengupan jantung.

Takut.

Andai satu saat

Aku tidak lagi mendengar dengupan itu.

-MissOren-
-7/9/2015-
-8:41 pm-



*Sent from Samsung Mobile

25 September 2015

Pesanan

“Kalau duit tak cukup, duit habis, terus kasitau Mama. Jangan pi cari pasal buat kerja sambilan sampai pelajaran terabai.” Pesan Mama.

“Kasitahu Ibu kalau duit tak cukup, jangan abaikan pelajaran.” Kata Ibu housemate aku.

“Duit tak dak terus bagitau!” Housemate lagi seorang.

“Jangan abaikan pelajaran,” Lagi seorang.




And I believe, mostly lovely mom and dad akan pesan benda yang sama.

Kan?

19 September 2015

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Selamat Pagi,

Dan salam 1 Malaysia.

Harini, 19-September merupakan hari ulangtahun kelahiran Mama aku tersayang, tercinta dan segala TER yang ada.



But, I'm feel so sad because, tak dapat balik Johor untuk sama-sama dengan adik-beradik aku yang lain untuk sambut hari jadi Mama.

Tapi atas kegigihan aku merayu pada yang lain, alhamdulillah, hari jadi Mama akan disambut pada raya haji nanti sebab raya haji aku balik.

Come back home.

Ngeee~~

Tapi alangkah indahnya kalau dapat sambut pada bebetul tarikhnya kan? Barulah feel orang kata. Tapi apa nak buat, atas tuntutan nak belajar, terpaksalah aku berkorban sedikit.

Tak gitu?

Okeh, tuh je nak cerita. Bye~

16 September 2015

Makan Pedas

Peace be upon you and hai,

Aku tersangatlah yakin ada dikalangan anda-anda-anda semua suka makan makanan yang pedas gila babeng. Kan?



Ohh tahniahlah. Dan semestinya, aku sendiri tak tahu untuk apa tahniah itu diberikan. Hehee

Aku, memang tak suka pedas. Pedas dengan aku memang tak geng. Tak tahulah kenapa. Memang sejak azali lagi macam tuh.

Aku mesti akan sakit perut yang tersangat-sangat sakit umpama gastrik menyerang saat aku termakan pedas.

Dan andai ada pilihan makanan, aku akan pastikan yang aku akan mengelakkan diri ini dari mencedok makanan yang pedas. Tapi kalau dah tinggal makanan tuh je, aku sanggup makan maggie goreng weh!

Mueheheee..

Perut aku memang tak tersedia tempat untuk makanan pedas barangkali.

Atau mungkin, ianya keturunan? Sebab famili aku memang tak makan pedas.

Adeh.

15 September 2015

H.A.M.B.A.R

Assalamualaikum hai,

Yeah, tajuk hari ini adalah hambar. Hambar merupakan sejenis emosi yang

Adios


lebih kurang serupa itulah. Ohh, aku tersangat suka bila Squidward buat muka macam tuh. Tak tahu kenapa,

Dapat ilham selepas, salah seorang dari housemate aku kasitau sewaktu makan malam tadi, mengatakan yang rumah yang kami sedang duduki ini, semuanya hambar.

Hahaa,, aku tak tahulah apa masalah mereka nak cop kami sedemikian.

Hambar ya?

Tapi kenapa aku rasa tidak? Kitaorang okay aje dengan hidup macam ni. Masih boleh berhuha-huha lagi satu rumah sampai rumah bawah kitaorang kasitahu yang rumah kitaorang sangat bising!

Oh man.

Mereka berbicara lagi, mengatakan yang seisi rumah kami ini, tidak bergaul dengan rumah-rumah yang lain. Ohh ya sis? Serius ah?

Jadi aku nak tanya, apa masalah anda untuk cop kami hambar? Sedangkan kami bahagia bersama.

Lagi satu, berkawan dengan orang terdekat dengan kita dulu kot baru nak kawan dengan orang jauh. Dah kalau kawan di sebelah kau tak nak dekat dah pergi cari kawan jauh, memang rumah tu takkan berseri.

Heh!