Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary
Showing posts with label Student Life. Show all posts
Showing posts with label Student Life. Show all posts

15 September 2015

H.A.M.B.A.R

Assalamualaikum hai,

Yeah, tajuk hari ini adalah hambar. Hambar merupakan sejenis emosi yang

Adios


lebih kurang serupa itulah. Ohh, aku tersangat suka bila Squidward buat muka macam tuh. Tak tahu kenapa,

Dapat ilham selepas, salah seorang dari housemate aku kasitau sewaktu makan malam tadi, mengatakan yang rumah yang kami sedang duduki ini, semuanya hambar.

Hahaa,, aku tak tahulah apa masalah mereka nak cop kami sedemikian.

Hambar ya?

Tapi kenapa aku rasa tidak? Kitaorang okay aje dengan hidup macam ni. Masih boleh berhuha-huha lagi satu rumah sampai rumah bawah kitaorang kasitahu yang rumah kitaorang sangat bising!

Oh man.

Mereka berbicara lagi, mengatakan yang seisi rumah kami ini, tidak bergaul dengan rumah-rumah yang lain. Ohh ya sis? Serius ah?

Jadi aku nak tanya, apa masalah anda untuk cop kami hambar? Sedangkan kami bahagia bersama.

Lagi satu, berkawan dengan orang terdekat dengan kita dulu kot baru nak kawan dengan orang jauh. Dah kalau kawan di sebelah kau tak nak dekat dah pergi cari kawan jauh, memang rumah tu takkan berseri.

Heh!

5 September 2015

People Come and Go

Assalamualaikum hai,

Peace be upon you all..



Adalah dalam satu jam yang lepas, dengan berat hati, aku bersama housemate yang lain terpaksa melepaskan kepergian lagi seorang kawan kitaorang.

Jumlah yang tinggal dalam rumah ni, sepuluh orang. Hari terakhir orientasi, ada seorang housemate aku yang berhenti kolej dan masuk politeknik yang berdekatan dengan rumahnya di Perak.

Lepastu katil kawan aku tu kosong sehinggalah dua bulan lepas, ada seorang dari bilik lain bertukar bilik ke bilik aku. Jadi jumlah semua genap semula sepuluh orang.

Dan tadi, jumlah orang dalam rumah ni berkurangan kembali menjadi sembilan orang. Huhuu.. Sedih.

Kawan aku tu, Anis namanya. Dia terpaksa extend study sebab masalah kesihatan. Ada sakit paru-paru katanya. Dan ianya tersangatlah rugi untuk extend study masa sekarang. Iyalah, lagi dua bulan kitaorang dah nak habis sem 1 weh. Tersangatlah rugi.

Dan nanti kalau dia masuk belajar semula, dia kena ulang balik sem 1 yang memenatkan ini. huh..

Anis sama course dengan aku. Dan makin berkurang lagilah kawan aku.

Serius, rasa berat hati nak berpisah dengan dia. Nasib lah aku tak teriak tadi. Heh,

31 August 2015

Respond Mak-Mak Sedara

Hai Assalamualaikum,

Hari tu, sehari selepas aku balik rumah, malamnya ada mak cik aku buat makan-makan sikit sempena Tok Wan aku baru sampai JB dari Kedah. Ohkaylah walaupun aku terkadang tertanya, kenapa bila aku balik JB tak dak siapa pun nak buat memakan.

Heh!

'Sesi Menjamu Selera' itu diadakan di Kulai. Pi search Google lah kalau tak tahu Kulai tu kat pedalaman belah mana. Lepas saja aku masuk rumah, terus aku diterjah dengan soalan-soalan dari Mak-Mak Sedara aku.

Antara soalan yang paling fames,

"Aik, kurusnya?"

Aku sendiri pun tak tahu itu soalan atau pernyataan, jadi aku consider as a question lah.

Ohkay, itu bukan orang pertama yang kata aku kurus. Dah banyakkkkk sangat orang cakap macam tu. Sampaikan ada kawan aku cakap,

"Kau pergi KL belajar ke sedut lemak?"

Hamboi. Nasiblah tak kena terajang dengan aku masa tu. Sedut lemak? Sedut hingus pun aku tak pernah!

K. Aku tipu. Sedut hingus selalu kalau tak bawa tisu bersama.

Heh.

Serius ah. Macam mana aku tak kurus, makan kat sana pun tak menentu. Makan bila lapar. Lepastu, kalau tak ada teksi, kenalah berjalan kaki ke kolej. Lepastu dah sampai kolej, kalau orang tak ramai naik lif tak apalah. Cuba kalau ramai, dah kena menapak naik tangga. Kalau kat tingkat satu atau dua boleh lagi. Ni, kena menapak sampai tingkat empat! Empat weh.. Mahu berpuluh-puluh anak tangga aku pijak.

Lepastu balik hostel pula. Kalau teksi tak ada, kena lagi jalan kaki yang mengambil masa 20 minit tu. Lepastu dah sampai hostel kena naik tangga lagi sebab kat hostel memang tak ada kemudahan lif atau tali!

Lepas dah sampai hostel, tetiba teringat pula terlupa nak beli makanan, dah kena menapak turun bawah balik.

Cuba cakap, macam mana aku tak kurus?

12 July 2015

Aku pilih menipu

Assalamualaikum,

Hiks hiks, tetiba rajin nak up entry sebelum masuk waktu berbuka jap lagi.

Alkisah, baru dua minit lepas, Mama tercinta WhatsApp aku tanya berbuka apa hari ni? Seolah-olah naluri dan firasat seorang ibu tahu yang anak perempuan sulung dia ni berbuka macam orang tak ada makanan aje.

Biskut oreo dengan nescafe. Itulah makanan berbuka aku hari ni. Sedih, bukan?

Ehh tak! Bukan sebab aku tak ada duit. Bukan sebab Mama-Ayah tak masukkan duit. Bukan-bukan. Duit ada. Banyak. Sampai aku rasa macam malas nak keluarkan duit. Hahaa

Sebabnya, iyalah. Nak berjimat. Nak beli buku, nak guna untuk kecemasan nanti. Accounting and Finance punya harga buku jangan tanyalah berapa. Satu buku account tu dah tujuh puluh lima ringgit. Nasiblah boleh guna untuk next-next-next sem. Tapi ada buku english tu dalam harga tiga puluh something, tapi boleh guna untuk satu sem aje, kan membazir tu.

Dan jawapan aku pada soalan Mama tadi,

"Makan nasi ayam dengan murtabak je." Yeah, aku pilih untuk menipu. Terpaksa untuk menipu.

Lagipun, lagi dua hari aje aku kat sini sebelum balik raya. Dan selepas tu, Mama dah boleh tengok dah aku berbuka apa nanti.

Huh~

5 July 2015

Student Life

Assalamualaikum haiii (:

Credit to :


Tiba-tiba nak update pasal Student Life ni sementelah aku sekarang bergelar seorang pelajar. Heh.

Student life yang sekarang semestinya dah tak sama dengan student life masa zaman sekolah. Serious talk weh.. Lagi-lagi kalau hangpa yang belajaq jauh-jauh dari keluarga. Luar negeri pula kauorang terdampar. Maksud aku luar negeri kat sini, mean If kauorang duduk Johor, then terdampat kat Perlis. Perlis tu kira luaq negeri lah jugak en en en?

Hahaa

Apa yang berbeza?

Pertamanya, kena berjimat. Sentiasa perlu berjimat. Serius. Kalau kauorang tak berjimat, jangan salahkan sesiapa kalau hang setiap hari sahur dan berbuka makan maggie dengan ayaq masak!

Lagilah kauorang kena berjimat kalau duit Mara tak masuk lagi. Hehee

Tapi kalau mak-pak hang kaya, boleh kirim duit tetiap hari, tak payah kot berjimat. Aku rasalah,

Keduanya, berdikari. Berdikari maksud aku kat sini, kauorang kena buat semua benda sendiri. Contoh, kalau masa sekolah dulu, mak yang kejut bangun pi sekolah, tapi sekarang, kena kunci jam sendirik untuk bangkit pi kelas.

Atau tak pun, masa nak bangun sahur. Pernah weh sekali aku dengan satu housemate aku tak bangun sahur sebab terlena dengan hujan di luar rumah. Sangat menyedihkan siang tu bila semuanya terdampar macam ikan duyung kat tepi pantai. heh!

Ketiganya, makanan.
Sangat menyedihkan bila tetiap hari kena beli makanan sendiri. Tak ada sesiapa yang nak masakkan macam selalu. So sad ending, i guess. huhuu..

Sudahlah kena berjimat, lepastu kena beli makanan sendiri pula tu. Kalau makanan tu memurah tak apelah juga, ni mahal tahap cekik darah wehh.. Sampai roommate aku dah sediakan satu kotak maggie cup buat persedian tetengah bulan. heh.

Sangat sedih~

Lagi menyedihkan, bila kat asrama tak boleh masak. What the..?

Tapi tu lah student life. Okeh bye.