Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

30 September 2016

Giveaway Redmoon Clothpad

*klik banner untuk join.


Giveaway ini akan berlangsung dari 1 September 2016 hingga 30 September 2016.



22 September 2016

Pengkid

Assalamualaikum annyeong.




Well, dah nak dekat pukul 12 malam ni kan, tetiba idea pasal pengkid ni tetiba terlintas. Musykil juga aku kenapa nak dekat tengah malam baru dia datang. 

Aku pernah juga ada kisah dengan pengkid ni tau.

Ehh eh tak tak, bukan aku yang pengkid. Astaga, minta dijauhkan.

Cumanya, pernah ada kisah dengan pengkid.

Ni nak cerita,

Masa sekolah rendah, around 2007-2009 masa tu aku baru darjah 4-6. Mula darjah 4, aku dipaksa untuk berpindah sekolah. Huhuu, dramatik betul kisah masa tu.

Dan masa dekat sekolah yang baru ni, aku kenal dengan seorang perempuan ni tau. Aku berkawanlah dengan dia sepanjang 3 tahun tu. Tapi serious talk, sepanjang 3 tahun tu aku tak tahu pun yang dia ni pengkid. Kesian, bukan?

Aku kawan dengan dia, rapat dengan dia, duduk dalam kelas sesama, makan sesama, rehat sesama, balik pun sesama. Sepanjang 3 tahun tu, kami buat semua benda sesama.

Sehinggalah,

Akhir 2009, selepas UPSR tak silap aku. Selepas UPSR kan ada exam SDEA (Sijil Darjah Enam Agama), satu malam tu sekolah agama aku ada buat majlis solat hajat dekat masjid. Masa tu pun kitorang sesama gak pi masjid. Dan esoknya,

Ada seorang perempuan dalam kelas aku juga, kasitahu yang "Weh, si X tuh kan, dia suka kau." Dengan ayat tu je, zappp! Aku terus berkerut. Dan bila tanya pehal pula tetiba yang dia nak suka aku? Dan dari situlah segalanya bermula.

Perempuan tu kasitahu pasal si X tu yang sememangnya pengkid.

Lepas aje daripada hari tu, aku terus menjauhkan diri dari dia. Entahlah, terus kitaorang terputus hubungan sampailah sekarang.

Tahu, yang memutuskan tali silaturahim itu berdosa. tapi,, entahlah. Mungkin sebab aku rasa yang aku perlu untuk menjauhkan diri dari dia.

Dan tahun lepas,, eh tak. Dua tahun lepas. Masa tu ada outing dengan classmate form 5, outing before SPM. Dekat bowling Angsana, aku ternampak dia selang dua-tiga lane dari tempat aku dengan classmate aku melontar bowling.

Aku perasan dia dan aku tahu yang dia perasan aku. Tapi untuk aku mendekat dan tegur dia, memang tidaklah. Entahlah, still rasa insecure lagi dengan dia, mungkin.

Dan aku tak tahulah apa cerita dengan si X ni.

Next,,

Tahun lepas, masa memula masuk belajar dekat kolej. Masa tu, kan kitorang satu rumah random masuk rumah. Dan berjumpa di rumah yang sama. Ada sorang perempuan ni kan, rambut dia pendek gila macam lelaki. Terus aku assume yang dia pengkid. Aku panggil dia si A.

Hahaaa,, entahlah. Still tak boleh ubah mind-set aku pasal, 'Asal perempuan rambut pendek macam lelaki, adalah pengkid!'

Terus aku jauhkan diri dari dia walaupun dia satu course dengan aku, sem 1 kitorang satu kelas juga.

Masa orientasi pun aku dengan dia satu grup weh.. Masa orientasi tu kan, aku tak layan dia langsung. Sebab nak mengelak diri dari 'dikerjar' si pengkid lagi. Huhuhuu

Teruk betul mindset aku waktu tu.

Lepastu, selepas orientasi, ada cuti around five days, aku buat keputusan nak balik Johor, padahal aku homesick teruk waktu tu. Kah! Balik rumah, aku betulkan balik niat aku. Aku ubah balik mindset teruk aku tu. Dan sem 1 bermula dengan hal yang indah-indah belaka.

Aku dengan si A ni sampailah sekarang still duduk rumah sesama. Satu bilik lagi. Cuma berlainan kelas aje. Dan terus, mindset aku berubah bila berkawan dengan dia. Perangai tak macam yang aku assume pun. Dia perempuan, cuma tak suka rambut panjang. That's it.

Aku je yang melampau teruk duk assume orang macam tu. Hahahaa

Dan sampai sekarang, aku still tak ada keberanian lagi nak ceritakan hal yang sebenar kenapa aku seolah menjauhkan diri dari si A ni waktu orientasi tahun lepas.

Tunggulah keberanian itu tiba. Ohyeah~

20 August 2016

Jenis-Jenis Housemate

Assalamualaikum annyeong.

Ni nak bercerita pasal jenis-jenis housemate



Tidak dinafikan, semua manusia yang ada housemate mesti akan sakit hati dengan perangai housemate/roommate yang sakai gila nak mampus. Haih, aku pun tidak terkecuali.

First and for most, jenis housemate yang suka buat bising.

Pagi petang siang malam bising. Aku ada juga sebilik dengan rumet yang bising gila ni. Rumet yang rumit. Kami sebilik sebelum aku buat keputusan nak pindah bilik. Tak tahan weh dengan mulut bising dia. Kawan dekat sebelah pun bercakap macam kawan tu duk jauh beribu batu. Sakit jiwa betul. Sampaikan aku nak solat pun masih lagi bising. Fed-up saya. Macam nak maki pun ada,

Ohh, dia orang akan senyap waktu tidur aje weh. Itu pun aku dah lega.

Kedua, yang jenis suka buang sampah merata-rata.

Hah yang ni lagi aku sakit hati. Aku tak tahulah macam mana dia boleh hidup dengan sampah yang banyak tu. Sampaikan bawah katil pun penuh dengan sampah gula-gula, jajan, tisu and etc. Memang setiap kali tu lah aku dengan roommate yang lagi sorang kena sapu sampah dia. Heh

Third, jenis yang kuat makan.

Hahaha, yang ni pun termasuk sekali. Aku duduk dalam bilik yang ada tiga orang aje. Dalam tiga-tiga tu, aku sorang aje yang tak kuat makan. Yang lagi dua orang tu en, dalam mulut memang sentiasa penuh dengan makanan aku rasa. Lepastu mengadu dekat aku yang berat dah naik. Alahaii,, nak cakap gemuk karang, marah. Sakit jiwa. Tapi dia oranglah penyelamat aku, kalau aku makan tak habis. hehee

Empat, jenis yang perfectionist.

Semuanya dia nak perfect. Tak nak ada salah langsung. Semua yang datang pada mata dia, sempurna belaka. Weh, nak ampai baju pun perfect, kau rasa? Tak ke fed-up tu? Sampaikan aku rasa, kenapa aku kena serumah dengan manusia macam ni? Apa salah aku?

Perfect tak hengat.

Lima, jenis yang suka buka lampu lepastu tak tutup balik.

Aku paling tak suka dengan jenis manusia macam ni, lagi-lagi bila aku dah mula pejamkan mata nak tidur. Dah mintak permission nak buka lampu cari barang, yea aku boleh terima. Yang tak boleh terima bila dah keluar bilik lepastu tak nak tutup balik lampu tu. Macam nak baling dengan bantal pun ada juga.

Dengan malas, aku pun bangunlah tutup lampu. haih

Enam, jenis yang tak solat.

Ni yang paling berat sekali sebenarnya. Sangat berat. Aku boleh terima kalau tengah waktu bendera merah. Tapi takkan tiap-tiap hari nak bendera merah nya pun? Sedangkan masa darah istihadah pun dibolehkan solat. Seriusly, rasa macam aku sorang aje duk tunggang-terbalik cari redha Allah sedangkan dia orang...? Pernah sekali tegur, tapi.. tu lah. Manusia.

Dah boleh tahu dah beza orang Islam dengan bukan Islam. Solat aje, yang.

Tujuh, jenis yang kpop fan.

I do minat korea. Tapi tak adalah fanatik sangat macam rumet aku ni. Bayangkan, sanggup bersengkang mata sampai pukul 3-4 pagi semata-mata melayankan dorang punya kpop tu. Dah berapa banyak grup kpop yang mereka sebut pun aku tak larat nak senaraikan. Banyak sangat.

Sampai aku pernah cakap, "korang agungkan kpop tu, diorang tak kenal kau pun."

Lapan, jenis yang kosmetik lover.

Ini lagi satu hal, buka aje almari, penuh dengan barang-barang makeup. Sebut aje, mesti mereka ada. Dan aku akan tergelak bila buka pula almari aku, hanya ada bedak kompak dengan perfume je. Hahaha~~

Sembilan, jenis yang penakut.

Well, semua orang ada rasa takut yang tersendiri. Aku pun ada juga. Dan terpulang macam mana dia tangani tahap penakut dia tu. Ada sorang housemate aku ni, tahap penakut dia Masha-Allah, nak pergi ruang tamu pun nak berteman. Ruang tamu je weh. Tak tahulah apa yang ditakutkan.

Yea, tahu yang dia takut dengan yang namanya hantu ni. Gais, kita hidup ni berkongsi tau. Selagi kau tak kacau alam lain, dia takkan kacau alam kau. Itu aje. Tak perlu takut. Allah kan ada.

Jadi terlalu penakut sangat pun dia akan kacau. Jadi berani sangat pun dia akan kacau. So, just be sedang-sedang aje. Tak berani dan tak takut sangat.

Sepuluh, suka berhutang.

Hah yang ni paling berat bila nak mati nanti. Hutang. Mesti akan ada aje housemate yang suka berhutang. Hah, pinjam duit kau dululah. Sampai ke sudahnya tak bayar-bayar.

Sebelas, sering ada pada yang tiada.

Maksud macam, tetiap minggu pergi tengok wayang, pergi makan mahal-mahal, beli baju kasut apa semua. Tapi bila mintak duit nak beli sardin, beras dengan telur, dan-dan itulah tak ada duit. Untuk kau makan juga weh. Berkongsi pun tak nak.

So that it.

Aku tahu banyak lagi jenis housemate/roommate yang aku tak larat nak fikir lagi. Aku berkongsi ni pun berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi, sebelum memilih housemate/roommate tu, tengok dulu macam mana perangai dia.

Okay?


Hijab Fashion Terkini

Assalamualaikum annyeong,

Hari ni aku nak cerita pasal salah satu online shopping yang tak asing lagi dalam Malaysia ni. Sebut aje namanya, pasti semua orang tahu.


Well, aku pernahlah juga beli baju online dengan mereka, and I really amazing with it. Nah, ni dia..



zalora.com.my



Ohh tak lupa juga, selain menjual baju dan barang-barang lain, di Zalora pun ada juga jual tudung. Memana perempuan yang jenis macam aku yang malas nak keluar beli tudung dekat kedai, bolehlah beli online. prefer that.



Tudung merupakan sebahagian daripada fesyen Muslimah yang sangat akrab dengan wanita. Ianya dianggap sebagai aksesori kepala namun pada asasnya adalah sebahagian daripada proses menutup aurat bagi kaum wanita seperti yang dituntut dalam agama. Menutup aurat tu kan wajib.



Dan kalau kau orang perhatikan dengan teliti trend fesyen terkini di Malaysia, ramai wanita Muslim atau hijabista yang mengenakan shawl daripada tudung biasa. Shawl adalah ibarat tudung moden namun untuk kegunaan yang sama. Terdapat beberapa jenis seleksi rekaan hijab style online yang boleh didapati seperti glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin shawl, plain shawl, beaded shawl dan banyak lagi lah. Ianya telah digunapakai sejak sekian lama untuk menutup bahu, bahagian atas badan dan menutup rambut dan kepala. Fungsinya adalah sama juga macam tudung biasa – untuk menutup aurat bagi wanita Muslim.



Dan disebabkan itulah shawls sangat terkenal dalam kalangan wanita beragama Islam di Malaysia terutamanya. Apa yang istimewa pasal shawal ini ialah ia hadir dalam pelbagai jenis bentuk dan warna. Malah atas faktor rekaan yang lebih moden dan segar, ia telah diterimapakai untuk kegunaan ke pejabat, kolej ataupun jalan-jalan. Ini semua adalah hasil usaha para pereka fesyen yang bersungguh-sungguh menyuntik elemen tersebut agar ianya kelihatan lebih trendy ketika dipakai.



Hijab fashion terkini adalah lebih moden dengan rekaan yang jauh lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya hadir dengan rekaan, corak serta warna yang berbeza dan ini memberikan lebih banyak pilihan buat wanita di luar sana. Pilihan yang pelbagai ini meberikan peluang juga buat mereka untuk dipadankan dengan persalinan yang sesuai. Tudung rekaan terkini sangatlah sesuai untuk dipadankan dengan kaftan serta baju kurung moden. Ohh, pakai dengan t-shirt pun boleh.

So gais, cheer with Zalora yah.

Sekian~~

15 August 2016

Stricking

Assalamualaikum annyeong.



Masa hari pertama start kelas untuk sem ni, masa tu kelas yang kedua untuk hari pertama. Kelas Company Account. Lecturer aku lelaki. Jenis yang berjiwa muda dan memang akan gelak ajelah memanjang setiap kali masuk kelas dia, umur dia aku tak tahulah berapa. Tapi tengok dari luaran macam baru masuk 29++ gitulah. Dan sudah berkahwin.

Aku masuk aje kelas dia, dia terus aim aku dengan ayat, "Pahal tudung strick sangat?" depan kelas pulak tu dia tanya.

Well,, aku ni sejenis manusia yang suka pakai something yang warnya terang. Macam hot pink ke, hijau terang ke, yang terang-teranglah senang. Its not because wanna attrack someone attention, tapi sebab aku rasa kalau aku pakai warna yang terang, confident level aku pada tahap yang tinggi maksimum.
Barulah aku yakin dengan diri sendiri, gitu.

Lepastu kan, lepas aje kena tegur pasal ke-strick-an warna tudung aku tu, semenjak dari hari tu, asal ada kelas dia aje mesti aku akan pakai warna gelap-gelap.

Tak nak lah kena tegur lagi. Bikin malu saja.

Tapi itulah, warna gelap ni buat aku rasa tersangat merendah diri pulak. Eheh

K lah, tu je nak cerita. 😎😎