Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

30 May 2020

Tok Wan

Assalamualaikum hai.

Aku ada Tok Wan. TokWan aku duduk sorang diri di utara tanah air. Di kediamannya. Tahun ni, usia Tokwan aku 89 tahun. Tokwan antara warga tua yang kuat yang pernah aku jumpa. Tokwan masih boleh mengayuh basikal ke pasar setiap pagi. Boleh berjalan jumpa kawan-kawannya yang hanya mampu duduk di rumah, atas katil.

Macam aku cerita tadi, Tokwan merupakan warga tua yang kuat. Tapi, siapa sangka Tokwan yang kuat boleh jadi lemah. Satu hari, kami dapat berita yang Tokwan dimasukkan ke ICU sebab jatuh tersembam waktu berbuka puasa. Kami penasaran. Ayah sampai dah tak senang duduk, duk ulang dia nak balik kampung juga. Tambah, waktu mco.

Kami lega bila Tokwan dah okey dan dipindahkan ke wad biasa. Doktor cakap Tokwan kena strok. Strok di kawasan leher dan ke atas. Beberapa hari kemudian, Tokwan dibenarkan pulang. Keadaan Tokwan makin bertambah baik.

Dan ayah buat keputusan untuk pulang. Selepas dapatkan kebenaran dari pihak polis, ayah pulang bersama mama. Tiga hari di sana, ayah sempat menjaga Tokwan. Dilayan semua kemahuan seorang ayah. Diberitahu pada aku di Johor, keadaan Tokwan baik-baik saja.

Entah apa yang berlaku, waktu solat Subuh, tiba-tiba nafas Tokwan laju, seperti nazak. Ambulans dihubungi di pagi Sabtu. Mama cerita yang ayah menangis waktu menjadi imam subuh hari itu. Seharian mereka berkampung di hospital.

Dicanang pada WhatsApp Group, "Tokwan dah tak lama ni. Pulanglah selagi sempat."

Dan selepas berbuka, semua kaum kerabat menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan. Dinihari Sabtu mereka tiba di utara tanah air. Tapi, terkilan kerana tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk melawat Tokwan.

Waktu berbuka, semua berkumpul seperti hari raya. Yang tidak pernah pulang, turut sama menampakkan wajah. Sama-sama membacakan surah Yassin semoga Tokwan sihat seperti sediakala. Malam itu, ayah aku yang jaga Tokwan. Ayah cerita, Tokwan menggeleng bila ayah suruh tunggu untuk dia pergi tunaikan solat buat seketika. Ayah juga sempat minta ampun dan maaf untuk semua salah anak, cucu dan cicit.

Malam itu juga, doktor sarankan supaya Tokwan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk kemudahan yang lebih lengkap. Tapi, ada beberapa faktor yang boleh memburukkan keadaan Tokwan jika dipindahkan ke sana. Dan atas saranan, juga setelah berbincang dengan doktor pakar, doktor mahu Tokwan untuk tidak dipindahkan untuk doktor boleh monitor keadaannya untuk satu malam aje.

Pagi Ahad, ayah tukar shift dengan abang dia (pakcik aku). Tapi, baru saja beberapa jam ayah berehat, dapat satu panggilan, "mesin oksigen tiba-tiba berhenti."

Kaku. Dan pada jam 9.26 pagi 10 May 2020, Tokwan telah pergi tinggalkan kami. Pergi bertemu Pencipta.

Al-Fatihah, buat Tokwan saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima segala amal ibadahnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Kali terakhir aku bertemu Tokwan pada raya tahun lepas. Sangatlah sedih bila mengenangkan tiada lagi raya 3 generasi bermula tahun ini.

11 May 2020

Pulau Perhentian

Assalamualaikum haiiii

Okeylah, nak cerita percutian aku ke Pulau Perhentian.

Sebenarnya dari duluuuu lagi aku memang nak sangat ke Pulau Perhentian. Dan sekarang ni barulah tercapai.

Ohh, aku pergi bersama classmate aku (studio trip) pada Khamis 13 March 2020 dan pulang semula ke USM pada 15 March 2020. Betul-betul sebelum MCO dilaksanakan.

Itinerary kami sepanjang tiga hari di sana:-

Jumaat: scuba diving 11am - 3.30pm, hiking 5pm - 6.30pm
Sabtu: Water confidence 8am, Snorkling 9.30am - 5pm. BBQ at night.
Ahad: Keropok lekor shopping, Kolam Air Panas.

Firstly, scuba diving sangatlah seronok. Dengan guide yang kacak. Scuba diving tak pernah ada dalam bucket list aku pun, tapi, bila aku dah try haritu, baru aku tahu kenapa orang letak scuba ni dalam bucket list mereka. Sangat best ye. Sangatlah rugi bagi yang tak pernah mencuba.

Hiking to Wind Hill pun best jugak. Perjalanan naik tu memang lelah, lagi-lagi baru saja lepas scuba diving sebelumnya. Tapi, lelah itu hilang sebaik saja terlihat pemandangan yang sangat cantik. No wonder, ramai aje yang hiking dengan baju photoshoot depa tu.

Snorkeling tu dari pagi sampai petang sebab banyak gila checkpoint dia. Tak puas. Jelas sangat ikan dan coral bawah laut. Nampak shark yang kecil dan comel. Ada ikan yu.

Setiap kali waktu makan hadap pemandangan ni


Banyak lagi gambar, tapi aku malas nak letak. Korang pergi sendirilah baru dapat rasa keindahan Pulau Perhentian. hehehe

21 March 2020

Malas

Assalamualaikum..



Awal-awal bikin blog dulu kemain post banyak betul cerita sehari.

Makin lama, makin malas pulak eh.

Apa nak jadi eh?

10 February 2020

PMS

Assalamualaikum hai.

Nak cerita pasal PMS. Mungkin ada yang tak tahu, PMS ni merupakan Premenstrual Syndrome. Selalunya refer kepada mood seorang perempuan sebelum didatangi teman sejati setiap bulan.



Bagi setiap wanita yang tidak menempuh waktu-waktu seperti ini, tahniah! saya ucapkan. Sebab aku sendiri yang setiap kali dia datang jengah pun boleh buat sakit kepala memikirkan dan melayan.

Mood yang sentiasa berubah-ubah setiap masa. Kadang rasa lapar gila, kadang rasa nak berfoya-foya, sekejap nak maki orang, sekejap nak menangis tak tentu pasal.

Aku sendiri setuju dengan kenyataan, "woman is complicated!"

Kadang mahukan itu, kadang mahukan ini. Bila dah dapat, eh rasa macam nak benda lain pulak. Kami, perempuan sendiri pun tak faham apa yang kami nak.

Tapi, keadaan itu akan jadi meleret bila dalam mood PMS ni. Contohlah, bila tengah PMS, lepastu satu hari rasa macam nak marah orang aje. Kemudian, datang mahluk Tuhan yang menguji kesabaran.. kau tengoklah dia punya mengamuk tu macam mana.

Tiba-tiba rasa macam semua orang tak sayang dia. Tiba-tiba rasa insecure dengan orang lain. Tiba-tiba.. ehh banyaklah tiba-tiba tu.

Aku pun kadang tak faham diri sendiri itu mahukan apa. Bila dah diberi apa yang aku nak, masih juga hati ni tak puas. Nak lebih lagi.. lebih yang macam mana pun aku sendiri tak tahu.

Complicated, bukan?

18 January 2020

Happy New Year 2020

Meskipun sudah 18 hari menjelang tahun 2020, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru, semua!



Semoga tahun ini kita semua dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, dipermudahkan urusan kita dan urusan orang yang berurusan dengan kita, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus memajukan diri sendiri.