Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

28 April 2015

Car Overheats

Tadi dalam pukul 3.30 petang macam tu, (details aku bagi) aku hantar adik aku pergi sekolah, tetiba datang mood rajin nak jadi kakak mithali, wekk! hahaa

Sampai aje kat sekolah, aku dah rasa lain macam. Then aku tanya, lebih kepada diri sendirilah sebab adik aku tu baru umur sepuluh tahun. Lagipun kalau aku tanya, macamlah dia nak jawab. Elak kena humban aje ikut tingkap!

"Kenapa air-cond panas ni?" Something like thatlah, ayat aku.

Then, bila tengok meter temperature kereta, hah kau! Sekali dye tunjuk macam ni,


Credit

Aku pun dah gabra. Tak tahu nak buat apa. Experience pertama berdepan dgan situasi macam ni. Haih. Panik tok sah habaqlah.

Tapi aku cool down jap, relaks. Aku tutup radio, tutup air-cond, buka tingkap. Aku sambung drive. Tapi bile tengok meter dah naik betul-betul sampai atas, aku buat tindakan drastik berhentikan kereta dgan cara mengejut kat simpang masuk rumah siapa entah. Aku tutup enjin. Adalah dalam dua tiga minit macam tu. Dgan panasnya mentari, aku dah berpeluh.

Sekali bila toleh kanan, ada masjid. And dalam masjid tu, bebetul depan mata aku, nampak van jenazah. Gila bapak. Aku terus start enjin kereta gerak. Serius aku langsung tak perasan ada van jenazah kat situ. heh, buat takut aje.

Pastu naik highway, (sebab rumah aku memang kena lalu highway.. jarak rumah dengan sekolah pun agak jauh), nampak lagi meter tu naik sampai bebetul 'H', aku TERPAKSA berhenti lagi kat tepi jalan. Bagi double signal, mati enjin.

Time tu ingat nak telefon Mama, tapi bila check yang aku tak bawa telefon dan baru ingat yang telefon aku cas kat rumah, aku dah rasa nak menjerit. Gila! Keadaan macam nilah boleh tak bawa phone. heh!

Pastu dgan lafaz bismillah, aku start enjin and gerak lagi. Jarak rumah still jauh lagi masa ni. And sekali lagi bila nampak meter naik 'H', sekali lagi juga aku berhenti kereta kat tepi jalan. Tapi kalini aku berhenti kat depan deretan kedai-kedai. Kat situ aku nampak public phone. Dah nampak tu serius aku rasa macam nak melompat. Dah boleh telefon Mama, suruh Mama datang tempat aku.

Dengan senyuman yang menghiasi bibir yang pasti membuatkan bangla-bangla 1 Malaysia tersenyum, haih, hiperbola tu.. Aku pun gerak ke public phone berkenaan dengan berbekalkan 50 sen ditangan.

Dan.. Aku rasa macam nak pitam, bukan rasa nak pitam aje, rasa nak maki hamun pun ada juga kat tetengah orang yang tak berapa nak ramai tu.. Rasa nak gila aku kat situ bila tengok public phone tu rosak! *Ketap gigi

Dan sekarang baru ku tahu akibat vandalisme pada manusia sekeliling. Rasa nak hempuk, nak ketuk, nak baling dengan selipar, semuanyalah.. Haish!

And dengan malasnya, aku balik ke kereta. Start enjin, terus aku press minyak balik rumah. Fuh! Nasib baik kereta tak jadi macam ni,


Credit

Kalau jadi, aku tak tahulah nak buat macam mana. Sampai rumah, mati enjin terus jerit Mama! Mama! *macam budak kecil nak susu.. Haih.

Then malamnya, which means, tadi, habis kena tarbiah dengan My Dad, Abang dan Mama sebab tak check dulu air dalam radiator dulu bila nak guna kereta.

Dan ayat balas aku simple aje, "Sebelum ni Yong guna okay aje." Sambil pandang syiling. *Kata panggilan aku kat rumah is Yong.

So moral of story, check dulu air dan segala macam jenis benda alah dalam enjin kereta sebelum guna. Bukan enjin saja, setiap fizikal luar dan dalam kereta.

Terima kasih.

6 comments:

  1. heee serious best entry nih :) .itulah kan kekadang kita perempuan tak alert keadaan kereta ni . lepasni kena berhati hati jugak lah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul.. sebab kita yang prempuan ni tahu guna aje.. hahaa

      Delete
  2. so, saya dah tahu lepas ni nak buat apa kalau benda ni terjadi dekat saya. nice sharing (:

    ReplyDelete
  3. lawakla part van jenazah tu. xD amboi takut bebenar ye. sy still belum ambil lesen lagi *sigh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haih.. gila tak takut.. dah lah sensorang aje masa tu.. hahaa

      ambik lorh lesen,, best tahu ada lesen.. xD

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...