Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

17 April 2015

Tangan Berpeluh

Aku salah seorang yg ada masalah tangan berpeluh ni. Sejak dari aku kecil comel-comel lagi. haih. Bukan aje berpeluh kat tapak tangan, tapak kaki pun sekali. Dan aku tak tahu apa sebab yang menjadi punca permasalahan ini berlaku. Pergh ayat.. hahaa


Hasil carian imej untuk tangan berpeluh

Tak seronoknya tangan berpeluh ni, bila nak shake hand dengan orang.. Takut orang rasa geli or rimas or tak suka bila setiap kali aku shake hand dengan dia. Sampai kekadang aku rasa macam nak pakai sarung tangan aje bila nak touch dengan orang.


Tetiba teringat dekat cerita Frozen!

Aku pula jenis yang suka pakai kasut yang bertutup. Then bila waktu panas-panas tu, sure kaki aku akan berpeluh. Rasa menyampah gila bapak. Sampai aku terpaksa drive tanpa guna kasut. Terpaksa okeh!


Yang seronoknya pula, bila tangan or kaki aku berpeluh, and at the same time, aku masa tu tengah nervous terlampau. Mesti peluh tu akan bertukar jadi peluh dingin. Memang masa tu ajelah aku nak rasa macam mana sejuknya tangan aku.


Ada orang cakap, kalau ada penyakit or masalah macam ni, ada kaitan dengan jantung. Orang katalah, tapi tak tahulah betul ataupun tidak.


Tapi bagi aku, aku bersyukur ada penyakit macam ni, sebab tak semua orang ada penyakit tangan and kaki berpeluh ni. Unik bukan?


Sekian~

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...