Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

7 June 2016

Ramadhan Seorang Diri

Assalamualaikum annyeong,

Credit:-


Ramadhan tahun lepas,


Ramadhan pertama tanpa keluarga. Fefeeling sedih pulak.


Well, sebagai seorang anak perantau. Belajar di luar negeri (ayah cakap KL tu luar dari negeri Johor. Dan bolehlah diterima sebagai luar negeri). Tahun lepas juga bermulanya hidup aku berdikari. Semuanya diurus sendiri.


Selalunya, adalah juga mama suruh simpan duit ke kan. Tapi bila dah bersendiri ni, masa nilah kau kena simpan duit tu walaupun tak ada orang suruh. Belajar berjimat. Guna je apa yang ada. Jangan membazir. Lelagi aku yang belajar di Kota Metropolitan ni. Banyak giler duit nak kena guna.


Sebenarnya aku nak cerita pasal Ramadhan seorang diri sebenarnya. Melebih pulak,,


Huhuhuu..


Bila ingat pasal sahur semalam, berbuka jugak, rasa macam cepat gila waktu berjalan. Sedar-sedar dah ramadhan kedua sebagai seorang pelajar. Selama ni pelajarlah juga, tapi perlajar yang tak matang lagi. Well, perempuan adalah wanita yang tak pernah matang. I admit it.


Sahur tahun lepas, aku berpuasa tanpa keluarga. Bila sahur sensorang ni, sangatlah tak best. Tuh yang paling menyedihkan, bila sahur biskut cecah nescafe je weh.. Tap tap tap.. Manalah ada kedai area asrama aku tu buka pepagi. Nak keluar pula takut sensorang.


Well, sebab housemate aku jenis yang suka sahur awal-awal pagi. Lepastu ada juga yang jenis tak sahur. Aku pula jenis yang suka sahur hujung-hujung waktu. Nak dekat Subuh baru aku berhenti makan. Memang sendirilah nampaknya.


Dan pernah sekali tu, malamnya aku beli nasi apa entah aku tak ingat. Tujuannya nak makan masa sahur. Tapi tahu tak, nasi tu basi bila aku bangun nak sahur. Sedih wehh,, dah kena makan biskut cecah nescafe.


Hidup di perantauan ni memang menyedihkan tau, lelagi kalau orang yg jenis tak boleh jauh dari famili macam aku ni.


So memana yang hati tisu tu, cepat sangat homesick, fikirlah bebanyak kali kalau nak studi dekat Korea ye.

1 comment:

  1. selamat menyambut ramadhan miss oren...sorry lmbt wish hehehe :p

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...