Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

7 June 2016

Tersedu

Assalamualaikum annyeong,


Tersedu | hiccup

noun

 UK also hiccough/ˈhɪk.ʌp/ 

adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa.

Punca sedu?

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol berlebihan

Kaedah menghilangkan sedu?

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  • Bernafas dalam plastik udara
  • Tenangkan jiwa dan minda
Well, dah lama tak kena benda alah ni. Aku selalu sebut 'Sesendu'. Tak tahulah kenapa. Tapi bila semalam (lepas berbuka) dengan harini (lepas sahur), tiba-tiba terkena, terus macam blank tetiba. Tapi macam seronok pula bila boleh buat orang gelak.

Contoh, bila aku tengah bercakap dengan seorang manusia, lepastu tetiba berhenti sebab nak tersedu, dan keluarlah bunyi-bunyi yang sangat pelik dari mulut, tup tup, manusia tu terus gelak. Kan ke seronok tu dapat buat orang gelak tetiba walaupun keadaan tengah serius masa tu.

Dan ada pula orang cakap, tersedu ni sebab kita nak tinggi. Hahaa, macam tak boleh pakai je. Semalam aku kena tersedu ni, bila dah habis tersedu ni aku trylah ukur ketinggian, eheh pahal still sama je tinggi aku tak berubah-ubah? Harini pun sama juga.

Lol,

Cara hilangkan tersedu? Minum air masak bebanyak. Tapi kan puasa ni, so kaedah menghilangkannya, dengan ambil secebis kertas dan jilat kertas tu kemudian lekatkan di dahi. Simple.

Alah yang macam selalu mak bapa buat dekat baby dia orang. Comel apaaaa.. Aku pun selalu buat juga macam tu kalau rasa-rasa malas nak keluar bilik minum air.

T'T

2 comments:

  1. selalu terjadi bila makan dengan pelahap XD

    ReplyDelete
  2. hehe.. kalau mak saya suka panggil cecekud..

    ReplyDelete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...