Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

14 June 2016

Perginya Seekor Kucing

Selasa | 14 June 2016.

Speechless.

Satu rasa yang buat aku tergamam, terdiam, terkaku bila menyaksikan satu kejadian dengan mata sendiri.
Sempatlah air mata aku mengalir menyaksikan kejadian yang sangat menyayat hati.
Rasa macam nak hambur segala sebak dan sedih dalam dada.

Aku pernah beritahu sebelum ni, yang dalam rumah aku, ada membela beberapa ekor kucing. Aku yang dulunya sangatlah takut gila dengan kucing ni boleh terfall in love pulak dengan kucing ni. Huhuhuu

Dan dalam entri ini juga, aku pernah beritahu kehilangan seekor kucing yang menjadi dambaan famili aku. Yeah, termasuk aku sekali rasanya.

Dan tadi, dalam lebih kurang 10 ke 15 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa di Johor Bahru, sekali lagi famili aku dapat satu berita pasal kucing. Kucing tu kaler hitam. Full black. Mata dia pun kaler hitam. Kalau dia duduk dekat sofa rumah, sampai kekadang aku tak tahu mana satu dia mana satu sofa rumah.

Ohh, nama dia Kecik. Sebab dia paling kecil dalam rumah, dia kucing terakhir yang menapak masuk rumah buat masa ni. Dan sebab badan dia yang paling dan tersangatlah kecik antara yang lain. Umur dia pun aku rasa baru sebulan dua bulan macam tu.

Kucing tu mama aku jumpa dekat belakang rumah. Masa jumpa tu adalah dalam bulan lepas kot. Aku pun tak ingat. Tapi barulah jugak.

Masa nak dekat berbuka puasa tadi, masa ayah baru sampai rumah, adik aku yang paling kecil sekali tu kasitau yang ada darah dekat depan rumah. Lepastu cari punya cari, si Kecik tu ada tercorok dekat tempat simpan barang depan rumah. Darah banyak gila. Sampaikan dia punya poops pun keluar sekali.

Nazak gila lah keadaan dia masa tu.  Aku nak menangis, tapi dikentalkan hati. Sedih memang sedih.

Lepastu bila mama cakap yang, “Tak boleh selamatkan dia dah tu,” That time, I feel like, macam nak meraung dekat situ jugak.

Tapi serius, keadaan dia sangat-sangat-sangat-sangat-sangat teruk gila babeng weh. Nak tarik nafas pun tersekat-sekat. Kitaorang sentuh kaki dia pun dia tak bagi feedback apa-apa.

Lepastu dengar siren berbuka dekat radio. Pergi berbuka sekejap. Tapi selera nak makan semua kelaut. Just makan popia dengan minum air je. Lepastu pergi depan balik nak tengok dia.

Macam-macam conclusion yang kitaorang satu famili buat untuk ‘selesai’kan misteri yang menghantui. Nak kata dia terhempap apa-apa dekat depan rumah, macam tak logik. Kalau terhempap pun, mesti akan ada darah dekat barang yang dihempap tu. Tapi ni takde langsung. Clean and clear.

Hanya ada darah dekat depan pintu, lantai dan sepanjang jalan sebelum dia berhenti dekat simpanan barang-barang tu. That all.

Dan yang tahu apa yang terjadi sekarang ni, hanya Allah, dan dua ekor kucing yang lain yang selalu mereka berdrama dekat depan. Kalau dua kucing yang lain tu boleh bercakap, dah lama aku tanya.

Lepastu, ayah pergi depan, ayah ambik si Kecik tu bawa jauh dari tempat simpanan barang tu. And guess what, darah yang banyak tu, dari mata si Kecik. Ya Allah, saat tu juga air mata aku mengalir. Sedih. Menyayat hati gila keadaan Kecik. Sebelah mata dia penuh dengan darah.

Tuhan, Kau cabutlah nyawa dia secepat mungkin. Aku tak sanggup tengok dia nazak macam tu. Kesian.

Weh, baru siang tadi Kecik tu teman aku cuci kaki dekat luar sebab aku terpijak taik kucing. Baru siang tadi, dia tangkap kaki aku masa aku tengah berjalan nak keluar. Baru siang tadi aku pegang dia, usap-usap dia. Baru siang tadi aku main-main dengan dia. Baru siang tadi dia hantar aku naik kereta. Baru siang tadi aku mintak maaf dekat dia sebab masa aku nak tutup gril pintu rumah, dan gril tu terlanggar hidung dia.

Dan semuanya berlaku dengan cepat. Tahu-tahu dia dah nazak sekarang.

Tapi sekurangnya, aku tahu macam mana cara dia mati. Dia mati depan mata aku. Dari Ed, yang hilang tiba-tiba. Entah macam mana dia sekarang. Entah macam mana cara dia mati pun aku tak tahu.


Dia mati bulan puasa. Huhuhuuu~~

Gais, he's dead. Just now, 8.33 pm.

No comments:

Post a Comment

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...