Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

25 October 2016

Pray for HSA

Assalamualaikum annyeong,




#PrayforHSA

Terkejut juga aku bila buka Twitter duk trending pasal benda ni. Bila baca punya baca, unit ICU di HSA terbakar. Meremang, sedih, sebak semua ada. Sedih bila tengok ada yang meninggal. Bermacam betul perasaan bila baca Twitter pasal kejadian yang berlaku.

Well, aku dilahirkan di sana. Di hospital tu. Sedih berganda kot.

Malam tadi, salah seorang sepupu aku, kemalangan dan dimasukkan ke hospital tun pada mulanya, tapi kemudian dihantarkan ke Hospital Kulai untuk dimasukkan besi dalam tangan. Sebab hospital tun tak boleh melakukan proses tu. Dan sekarang pertanyaan aku untuk, kenapa tidak dihantarkan ke HSA saje instead of Hospital Kulai dah terjawab.

Kemudian, ayah aku punya sepupu, baru dua hari lepas melawat HSA sebab suami dia bekerja di sana. Tup tup tengok tempat yang menjadi sumber pendapatan dia terbakar hari ni.

Lepastu petangnya, dapat tahu pula ada letupan gas di Petronas di Mount Austin dan menyebabkan seorang maut.

Hari yang tak berapa baik untuk Johor, mungkin.

Tapi perasaan sedih tu lagi bertambah-tambah sedih bila mp3 duk mainkan lagu Pergi by Aizat ni. Haih haih,

P/s : Ohh perlukah aku masukkan sekali pasal Gary yang akan meninggalkan Running Man?

3 comments:

  1. salam takziah utk keluarga mangsa yg terlibat...

    ReplyDelete
  2. Sedih pasal ni. Salam takziah.
    dan Gary nak tinggalkan RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, Gary akan tinggalkan RM.

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...