Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

15 November 2019

Dato' Sri Siti Nurhaliza

Assalamualaikum hai.

Siapa aje yang tak kenal TokTi?

Jujur, aku minat giler tokti dari aku kecik. Sangat-sangat meminati. Minat sebab mama dengan ayah aku pun minat jugak. Minat tu 'menurun' ke aku, mungkin. Play aje permulaan lagu tokti, aku dah tahu tu lagu apa, tahap fanatik aku pada dia.

Ingatkan nak pergi konsert Siti Nurhaliza on tour bulan March haritu, tapi ada kelas pulak. Saya dah beli tiket tau. Tapi, tiket kena bagi ke orang lain. Tahu mama, aku ke konsert dari ke kelas, mahu dia parang aku nanti. Jadi, aku ke kelas.

Aku pun memang dah lama gila teringin sangat nak jumpa tokti. Tapi, tak kesampaian. Haritu masa dia pergi Penang buat konsert tu, aku di Johor. Masa dia ke Johor untuk sesi meet and greet creacion tu, aku pula di Penang.

Dan TokTi antara artis yang aku tak boleh ignore. Setakat jumpa Syafiq Kyle, aku tak heran sangat. Tapi, kalau jumpa insan bernama Siti Nurhaliza, aku memang boleh buat meremang bulu roma.

p/s: Aku pernah jumpa Syafiq Kyle masa dia datang Kilang Bateri Johor dulu. Lama dah. Aku tengah diploma kot. Tak ingat. Tapi, jumpa macam tu ajelah. Ohh, dia ke Syafiq Kyle. That's it.

Dannnnnnnn... guess what?

Bulan lepas.. 8-Okt-2019, AKU JUMPA TOKTI, GAIS!

Aku excited sampai sekarang, gais.

Aku tak tahu nak describe macam mana tahap seronoknya aku bila jumpa dia, gais.

Masa tu, TokTi datang USM Penang untuk terima anugerah. Aku tahu dia nak datang, hari Isnin masa aku di Perak ada aktiviti team building di sana.

Hari Ahad tu aku ada hiking di Taman Negara Pulau Pinang. Pagi sampai petang.
Hari Isnin tu pula, aku ada Team Building (Caving and Water Tubing) di Gua Anak Tempurung, Perak dari pagi sampai tengah malam.

Hari Selasa tu, aku dah penat gila-gila. Mental koyak. Badan lemau. Tapi, aku sanggup-gagahkan diri ke Dewan Budaya walaupun masa tu hujan. Semata untuk jumpa idola aku.

Gais!!!


Masa ni, tangan menggigil nau nak ambik gambar. :) :) :) tapi, aku tak sempat nak salam tokti.

Nanti aku cerita pula, aku jumpa Tya, menantu tokti yang cantik tu..

1 comment:

  1. saya tag miss oren

    https://bebyyellowshiteru.blogspot.com/2019/11/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.