Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

31 August 2015

Happy Anniversary!

Assalamualaikum hai,

Tanggal 31 Ogos bukan saja merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia, tapi juga merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan Mama dengan Ayah.



Yang Ke 23 tahun.

Kelmarin, pada 28-Ogos, aku selamat tiba di negeri kelahiran aku. Yeahhh,, rindu Johor, rindu rumah, rindu famili kot. Dah alang-alang dapat cuti ni kan, so apalagi, terus kemas barang angkut bawa balik JB.

Ingatkan nak balik malam Khamis lepas habis kelas, tapi sebab Khamis tuh aku ada mid-term, jadi terpaksalah tangguh ke hari Jumaat.

Sedih~

Dan, aku masih tak tahu lagi nak kasi apa pada Mama dengan Ayah untuk esok. Siblings aku yang lain pun diam aje. Tak macam tahun lepas.

Sebab tahun lepas, kitaorang rancang memasing bagi duit dan beli kek. In advance, malamnya tuh ada buat makan-makan kat rumah mak saudara. Lagilah meriah kau!

Rasa suka sesangat, bila dapat tengok muka Mama dengan Ayah terkejut bila kitorang masuk tetiba bawa kek. Hohoo..

Tapi tu cerita tahun lepaslah.

Cerita tahun ni, aku tak pasti lagi macam mana.

Apa-apa pun, tunggu ajelah esok. Baru tahu macam mana Allah nak kami semua manusia ni menjalani hari itu.

Ohkay, Happy Independence Day!

23 January 2015

Cinta



"Ada apa dengan cinta?"

Soalan yang selalu berlegar-legar dalam fikiran aku sejak berkurun lama.. hohoo

Aku tak pernah bercinta, dicintai, ataupun mencintai.. Hahaa.. Antara my siblings, aku sorang aje kot yang tak pernah bercinta ni.. hohoo.. Entah kenapa, nak kata tak ada feeling tu, ada.. Tapi I'm just, malas? Hahaa mungkin..

Ntah lah.. Sebab bagi aku kan, bercinta dengan Pencipta, my mom and dad, siblings pon belum tahap infinity lagi nak bercinta dengan insan bergelar lelaki.. aha..

Soalan yang selalu cousin aku tanya:

1) "Bila nak couple?"
2) "Tak bosan eh hidup single ni?"
3) "Kau ni perempuan straight ke tak?"
4) Kau minat kat perempuan eh?"
5) etc..

Hahaa.. lepas aku dengar soalan macam tu, frst thing yang aku buat is,, laughing.. Ya, gelak. Ntah kenapa, tapi aku akan gelak dulu sebelum maki orang yang cakap aku ni, ta pure girl.

Biarlah aku tunggu orang yang tepat, dari membuang masa dengan orang yang salah.. *ayat dari novel mana ntah aku ciplak*


hahaa.. that why aku tak nak bercinta ni.. hohoo


Bye.. Wassalam