Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

13 May 2015

Solat Sunat Istikharah

Assalamulaikum..

Credit

Entah kenapa boleh pula termuncul bab istikharah dalam minda ni.. Mungkin memang sebab aku dalam dilema sekarang ni, itu yang istikharah ni boleh muncul tiba-tiba. hehee..

Ilmu aku sangat cetek untuk solat istikharah ni, sebab aku tak pernah buat lagi solat ni. Apa yang dah aku belajar pasal solat sunat istikharah ni masa Darjah Khas dulu pun nak tak nak aje ingat. Haih.

Bila diri dalam persoalan dan hati mula celaru untuk membuat pilihan yang kau ada saat ni, Islam menyuruh kita menunaikan solat Istikharah dan berdoa meminta pada Allah. Allah menyuruh kita meminta dari-Nya bukan selain dari-Nya.

But please make sure, sebelum kauorang buat istikharah tu hati dan minda kena tenang. Kena neutral. Bersihkan hati dari ingat pilihan yang perlu kau buat tu. Insya-Allah, pasti istikharah kau akan terjawab.

Caranya?

Perlu dilakukan sebanyak 2 rakaat. Dan dibuat seeloknya dalam tiga hari ataupun tujuh hari, mesti hari yang ganjil okeh? Kenapa mesti ganjil? Sebab Allah itu Satu. Satu itu ganjil.. hmm hmm..


Niat

Rakaat pertama ; baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat Kedua ; baca al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

Lepastu boleh baca doa ni ;

Credit

Selepas itu, pasrah dengan istikharah anda-anda-anda semua.

Sekian~~

P/s : Ohh aku pon keliru dalam dilema, kena buat jugak ni.. haih

11 May 2015

Same Meaning,

Assalamualaikum,

Kalini aku nak beritahu beberapa ayat yang mempunyai sama maksud. Mungkin ada diantara awak-awak semua yang tahu, dan mungkin juga tak tahu. Pada sesiapa yang tak tahu tu, meh sini aku kasitahu.

Ehem..

Pertama ; Keadilan Impian.

Kedua ; What you do, you'll get back.

Ke-3 ; Kifarah.

Ke-4 ; Hukum Karma.

Ke-5 ; Buat baik balas baik, buat jahat dibalas jahat.

Ke-6 ; What goes around, comes around.

Ke-7 ; You get what you give.

Okay, itu saja kot yang aku tahu. Hahaa, maklumlah dah lama tinggalkan sekolah. Ceh, baru lima bulan aje tu padahal.

Okay, sekian~

Ohh btw, nak tambah pun dialu-alukan.. (:

Sembunyi

Assalamualaikum,

Mama cakap; aku selalu buat something diam-diam, which mean, bila aku buat sesuatu tu takkan ada orang tahu melainkan diri aku dan juga The Creator. Contohnya macam aku tengah buat sesi mengganti puasa ke, planning pi memana ke, nak buat surprise untuk sesiapa ke, mesti aku akan buat sendiri. Dan tahu-tahu dah ada benda tu, dah selesai benda tu.

Dan Mama cakap lagi; nanti bila aku dah kaya pun diam-diam gak kot!

Masa Mama cakap tu, aku hanya mampu gelak aje. Hahaa, tapi jauh di sudut hati, insya-Allah tidak, Ma! Aku takkan kaya tanpa doa dari Mama dengan Ayah. Buat apa aku nak sembunyikan kekayaan aku dari Mama kalau punca aku kaya adalah dari Mama?

Okay, itu aje nak beritahu.

10 May 2015

Asmaul Husna

Assalamualaikum..

Credit

اسماء الله الحسنى adalah sembilan puluh sembilan nama Allah. Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya.

  • "Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Surah Taha : 8)
  • Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Surah Al Israa': 110)
  • Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari


Aku start hafal asmaul husna baru aje lagi.. Adalah dalam dua tahun lepas, itu pun bersebab. Sebabnya, aku pernah ikuti satu kem dan kat kem tu, masa tu waktu maghrib, betul-betul masuk waktu maghrib tu ada seorang kawan aku kena rasuk. Heh! Menyeramkan.

Sudahlah depan mata aku masa dia jatuh tu, mana tak trauma plus takut aku masa tu. And balik saja kem tu, aku terus entahlah, ianya kebetulan mungkin. Masuk aje kereta and radio keluar lagu Asmaul Husna ni.. And start dari situ, aku terus hafal asmaul husna sampai sekarang.

Setiap kali aku rasa takut dengan something yang.. yang.. yeah, you know, mesti aku akan baca ayat Kursi and asmaul husna sekali.. And guess what, lepas aje buat dua benda tu, rasa takut aku, hilang. Hilang macam tu aje. Kuasa Allah, kan.

Last but not least, jom hafal weh.. Tambah pahala, heheee

Sekian~~

Happy Mother's Day

Assalamualaikum..


~ Biar gambar dari Uncle Google berbicara..