Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

15 August 2020

Pakai stokin masa tidur

 Assalamualaikum hai.

Korang pakai stokin tak waktu tidur?


Aku mula pakai stokin waktu tidur masa 2016. Mula-mula pakai sebab masa tu ada housemate masa diploma aku tidur pakai stokin. Jadi, aku pun cubalah.

Suprisingly, it was a good idea. Entahlah.

Pakai stokin waktu tidur buatkan tidur aku lagi nyenyak dibanding tak pakai stokin. Nyenyak yang sangat-sangat nyenyak. Nyenyak yang aku hanya tersedar bila jam loceng bunyi. Deep sleep.

Aku akan sapu losyen dulu baru sarung stokin.

Oh, aku guna stokin yang aku beli di Mr DIY. Bukan stokin yang kita guna untuk pakai kasut tu tau. Stokin yang berbulu. Lembut je. Tapi, kalau nak guna stokin biasa tu pun boleh jugak.

Cubalah. Anda pasti berpuas hati.

11 August 2020

Tamat Tempoh Lesen Memandu

Hai assalamualaikum.

Memandangkan kalian semua terlalu banyak sangat soalan mengenai tarikh tamat lesen memandu ni, jadi aku buatkan satu informasi khas.

Dan perlu diingatkan sekali lagi, aku bukanlah pegawai JPJ. Jadi, mana-mana soalan yang aku biarkan tidak berjawab itu adalah kerana aku tak tahu. Atau soalan itu annoying sampai aku malas nak jawab.

Ingat tak aku pernah explain mengenai tarikh tamat tempoh ni:

Macam ni, katalah tempoh valid lesen PDL 03/09/2019 - 02/09/2021. Jadi, mula tarikh 03/09/2021 sehingga 04/09/2022 adalah tempoh di mana kau kena renew lesen PDL ke CDL. Selepas saja tarikh 02/09/2022 baru kau nak renew, lesen kau akan terbatal. Ini adalah valid untuk lesen P saja tau.

--Ini apa yang aku dapat melalui JPJ sendiri.--

 

Mengikut seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

  1. Lesen PDL tamat tempoh melebihi 1 tahun.
  2. Lesen CDL tamat tempoh melebihi 3 tahun.
  3. Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Bila dah terbatal ni dan nak perbaharui, kau kena buat apa?

Yes! Pandai. Buat rayuan.

Macam mana pula nak buat rayuan?

Rayuan boleh dibuat melalui online di sini, bersurat atau terus ke pejabat JPJ sendiri. Selain dari tiga ni, TAK BOLEH!

Seingat aku, tempoh keputusan rayuan diterima atau ditolak boleh diketahui selepas 14 hari dari tarikh memohon.

And here the best part..

Kalau permohonan berjaya, kau akan dikecualikan dari ambil ujian komputer; kpp eh? aku tak ingat dan wajib ambil ujian praktikal II dan III; ujian litar dan jalan raya.

Dan jika permohonan ditolak, maka.. kau kena ambil dari awal lesen memandu; cari pusat memandu berhampiran, masuk kelas, dengar ceramah, ujian kpp, qti, lesen L, lesen P. Mula dari awal.

Jadi, macam mana nak elakkan perkara seperti ini dari berlaku?

Aku selalu doa, "Ya Allah, jauhkan aku dari sifat lupa" setiap kali lepas solat. Dan aku selalu letak reminder di telefon. Atau tulis di mana-mana.

Manusia mudah lupa, remember?


INFO TAMBAHAN: Mulai 16 Julai 2013, bagi permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.

4 June 2020

Rasa

Assalamualaikum hai,




Nak cerita mengenai rasa, perasaan..

Berbulan duduk rumah ni, dari sebelum puasa, puasa dan sekarang hari raya. Aku dapat rasakan perbezaannya.

Jika sebelum ini, aku selalu akan berpuasa bersama kawan-kawan di universiti, tapi tahun ini, aku berpuasa dan menyambut syawal dengan keluarga sendiri. Rasa itu lain-sangat lain. Rasa berjauhan dari keluarga itu lain. Rasa duduk disamping keluarga juga lain.

Dan,

Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku akan khatam al-Quran di bulan Ramadhan. Tapi, tahun ini aku gagal. Gagal khatam al-Quran di bulan yang mulia. Sedih? Sangat. Sebab pahalanya berbeza.

Dan harini, bila kembali menyambung apa yang tertangguh, aku rasa lain. Rasa itu sangat sangat lain. Berbeza amat. Rasa tenang itu tiada. Perasaan sayu itu tiada.

Mungkin, inilah apa yang dicanang orang, rasa tenang bila beribadah di bulan Ramadhan yang orang nanti-nantikan setiap tahun.

Serious guys, bila bukan bulan puasa ni, tengah dalami ayat Quran pun boleh termelayang ke laut china selatan. Dia punya fokus tu lain macam hilangnya.

Semoga kita bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang

dan

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aku minta maaf jika selama aku di sini, ada bahasa aku yang mengguris hati. Ada perasaan yang aku calarkan. Ada hati yang aku lukakan. Susun sepuluh jari, aku minta kemaafan.

Tulus Ikhlas.
Miss Oren

30 May 2020

Tok Wan

Assalamualaikum hai.

Aku ada Tok Wan. TokWan aku duduk sorang diri di utara tanah air. Di kediamannya. Tahun ni, usia Tokwan aku 89 tahun. Tokwan antara warga tua yang kuat yang pernah aku jumpa. Tokwan masih boleh mengayuh basikal ke pasar setiap pagi. Boleh berjalan jumpa kawan-kawannya yang hanya mampu duduk di rumah, atas katil.

Macam aku cerita tadi, Tokwan merupakan warga tua yang kuat. Tapi, siapa sangka Tokwan yang kuat boleh jadi lemah. Satu hari, kami dapat berita yang Tokwan dimasukkan ke ICU sebab jatuh tersembam waktu berbuka puasa. Kami penasaran. Ayah sampai dah tak senang duduk, duk ulang dia nak balik kampung juga. Tambah, waktu mco.

Kami lega bila Tokwan dah okey dan dipindahkan ke wad biasa. Doktor cakap Tokwan kena strok. Strok di kawasan leher dan ke atas. Beberapa hari kemudian, Tokwan dibenarkan pulang. Keadaan Tokwan makin bertambah baik.

Dan ayah buat keputusan untuk pulang. Selepas dapatkan kebenaran dari pihak polis, ayah pulang bersama mama. Tiga hari di sana, ayah sempat menjaga Tokwan. Dilayan semua kemahuan seorang ayah. Diberitahu pada aku di Johor, keadaan Tokwan baik-baik saja.

Entah apa yang berlaku, waktu solat Subuh, tiba-tiba nafas Tokwan laju, seperti nazak. Ambulans dihubungi di pagi Sabtu. Mama cerita yang ayah menangis waktu menjadi imam subuh hari itu. Seharian mereka berkampung di hospital.

Dicanang pada WhatsApp Group, "Tokwan dah tak lama ni. Pulanglah selagi sempat."

Dan selepas berbuka, semua kaum kerabat menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan. Dinihari Sabtu mereka tiba di utara tanah air. Tapi, terkilan kerana tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk melawat Tokwan.

Waktu berbuka, semua berkumpul seperti hari raya. Yang tidak pernah pulang, turut sama menampakkan wajah. Sama-sama membacakan surah Yassin semoga Tokwan sihat seperti sediakala. Malam itu, ayah aku yang jaga Tokwan. Ayah cerita, Tokwan menggeleng bila ayah suruh tunggu untuk dia pergi tunaikan solat buat seketika. Ayah juga sempat minta ampun dan maaf untuk semua salah anak, cucu dan cicit.

Malam itu juga, doktor sarankan supaya Tokwan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk kemudahan yang lebih lengkap. Tapi, ada beberapa faktor yang boleh memburukkan keadaan Tokwan jika dipindahkan ke sana. Dan atas saranan, juga setelah berbincang dengan doktor pakar, doktor mahu Tokwan untuk tidak dipindahkan untuk doktor boleh monitor keadaannya untuk satu malam aje.

Pagi Ahad, ayah tukar shift dengan abang dia (pakcik aku). Tapi, baru saja beberapa jam ayah berehat, dapat satu panggilan, "mesin oksigen tiba-tiba berhenti."

Kaku. Dan pada jam 9.26 pagi 10 May 2020, Tokwan telah pergi tinggalkan kami. Pergi bertemu Pencipta.

Al-Fatihah, buat Tokwan saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima segala amal ibadahnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Kali terakhir aku bertemu Tokwan pada raya tahun lepas. Sangatlah sedih bila mengenangkan tiada lagi raya 3 generasi bermula tahun ini.

11 May 2020

Pulau Perhentian

Assalamualaikum haiiii

Okeylah, nak cerita percutian aku ke Pulau Perhentian.

Sebenarnya dari duluuuu lagi aku memang nak sangat ke Pulau Perhentian. Dan sekarang ni barulah tercapai.

Ohh, aku pergi bersama classmate aku (studio trip) pada Khamis 13 March 2020 dan pulang semula ke USM pada 15 March 2020. Betul-betul sebelum MCO dilaksanakan.

Itinerary kami sepanjang tiga hari di sana:-

Jumaat: scuba diving 11am - 3.30pm, hiking 5pm - 6.30pm
Sabtu: Water confidence 8am, Snorkling 9.30am - 5pm. BBQ at night.
Ahad: Keropok lekor shopping, Kolam Air Panas.

Firstly, scuba diving sangatlah seronok. Dengan guide yang kacak. Scuba diving tak pernah ada dalam bucket list aku pun, tapi, bila aku dah try haritu, baru aku tahu kenapa orang letak scuba ni dalam bucket list mereka. Sangat best ye. Sangatlah rugi bagi yang tak pernah mencuba.

Hiking to Wind Hill pun best jugak. Perjalanan naik tu memang lelah, lagi-lagi baru saja lepas scuba diving sebelumnya. Tapi, lelah itu hilang sebaik saja terlihat pemandangan yang sangat cantik. No wonder, ramai aje yang hiking dengan baju photoshoot depa tu.

Snorkeling tu dari pagi sampai petang sebab banyak gila checkpoint dia. Tak puas. Jelas sangat ikan dan coral bawah laut. Nampak shark yang kecil dan comel. Ada ikan yu.

Setiap kali waktu makan hadap pemandangan ni


Banyak lagi gambar, tapi aku malas nak letak. Korang pergi sendirilah baru dapat rasa keindahan Pulau Perhentian. hehehe