Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 December 2015

Epilog 2015

Heya Assalamualaikum,



Ehh dah epilog 2015 dah? Cepatnya lahaii.. Kenapa rasa macam baru semalam 30 haribulan?!!

Err, kepada blogger-blogger yang tag aku dalam soalan-soalan dan Liebster Award tuh, maaflah sebab aku still hutang pasal benda tu sebab tak jawab lagi. Huhuhuu, ingatkan nak siapkan semua hari Ahad yang baru lepas ni tapi sebab aku demam hampir tiga hari, terpaksa tangguh lagi benda tuh. Maafkan saya.

So nampaknya, hari-hari terakhir 2015 ni meninggalkan sedikit kenangan untuk aku bawa ke 2016. Sedikit kenangan yang menyeksakan. Heh, batuk yang masih tinggal selepas kebahnya sebuah demam.

Lol, setahun aku batuk! Kah!

Dan, banyak juga wishlist aku untuk tahun 2015 ni yang berjaya aku capai. Alhamdulillah for it. Err, tapi ada beberapa yang masih belum capai lagi antaranya nak take a selfie with my Kim Jong Kook! Kah!

Dan kepada anda yang membaca ini, maafkan salah silap saya walaupun anda tidak mengenali saya. Ke dah kenal? Hehehee,

So, azam aku tahun 2016 ni nak sumbat mulut adik aku dengan bola biar dia diam tak banyak cakap!

Ohkay bye~~

P/s : Mama aku tak kasi sambut New Year, gais! So, no mercun depan rumah.

27 December 2015

Tandatangan

Heya assalamualaikum to all muslim and hye to non-muslim.



Tandatangan merupakan 'trade-mark' seseorang. Setiap orang mesti, wajib, mempunyai tandatangan. Dan tandatangan ni tersangatlah penting dalam hidup seseorang manusia. Tak pernah lagi aku jumpa manusia yang tak ada tandatangan melainkan budak kecik.

Dan tandatangan ni merupakan sesuatu 'kepuasan' bagi aku. 'Kepuasan' yang jenis macam mana tu aku sendiri pun tak dapat nak definisikan. Tapi aku selalu rasa puas bila selesai tandatangan dekat memana notice board sekolah! ehh?

Dan tandatangan ni juga, akan jadi bukti yang itu merupakan diri kauorang yang asli selain cap jari.

Tadi, masa tengah siapkan surat yang memerlukan aku menandatangani surat tu tanda pengesahan, adik aku yang banyak cakap tuh tetiba datang duduk sebelah aku dan bersuara,

"Eh, buruknya tandatangan kau!"

Masa tu aku yang tengah tandatangan tuh, terus berhenti dan pandang dia tajam. Serius sentap bila dia cakap tandatangan aku buruk!

Kalau dia cakap tandatangan aku kurang lawa ke, bolehlah aku terima. Ni terus cop yang tandatangan aku buruk.

Buruk weh!

Penat-penat pagi petang siang malam aku memikirkan 'fesyen' mana yang lawa untuk tandatangan aku, boleh dia cop buruk?

Sakitnya tuh di sini, *tunjuk kat dada*

Kau tahu, tandatangan dia lagi buruk!

26 December 2015

Why bebeh?

Heya Assalamualaikum,



Nampak gambar kat atas tuh?

Serius, aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni?

Dan aku tak tahu macam mana nak betulkan benda ni balik.

Anyone wanna help me?

Adeh,

Never Ever Like You, tho



Kau kena ingat satu hal,

Tak semua manusia suka pada kau,

Jangan perasan yang dia pandang kau dia akan suka kau,

Mungkin dia pandang kau sebab dia mengutuk kau,

Mungkin juga dia pandang kau sebab kau terlalu hina pada mata dia.


Kau,

Kena sedar diri

Jangan cepat sangat perasan,

And,

Never ever let people bring you down.

Just, prove that you are strong enough to face the reality,

Prove them wrong

Prove them that you can.


Ingat,

Manusia bertopeng tu ada kat mana-mana.


Lol, aku tak tahu kenapa dengan diri aku semenjak dua menjak ni. Emosi bercelaru betullah. Asyik post entry apa yang otak dan fikiran aku katakan aje. Heh,

25 December 2015

Pelik



Kau pandang dia, kau cop dia pelik.

Kau lihat dia, kau cakap dia pelik.

Kau memerhati dia, kau assume yang dia pelik.


Tapi kau sedar tak, sebenarnya yang pelik tu diri kau?


Kau sibuk memerhati dia,

Kau sibuk cop dia,

dan kau cakap yang dia pelik.

Tapi yang pelik tu sebenarnya kau.


Kau yang pelik tu.

Kau pelik.

Sebab kerja kau hanya memerhati dia,

dan cakap yang dia pelik.


Awak, cermin tu ada kat mana-mana.

Cermin tu ada kat sekeliling kita.

Jadi, jangan biarkan cermin tu berhabuk sendiri tanpa kau gunakannya.


Semua benda yang dicipta, mesti ada fungsinya.

Jadi gunakan.


Dan jangan sesekali assume orang tentang sesuatu

Hanya dengan first impression,

Kenal dia dulu,

Korek kisah dia dulu,

Gali tentangnya,

Baru kau tahu dia siapa.


Ahh! Aku pun pelik macam mana entry ni boleh wujud.