Assalamualaikum annyeong,
Semalam, adik aku yang perempuan tuh, dia ada sent image dekat WhatsApp aku. Tapi dia guna phone adik lelaki aku nak sent image tu.
Mulanya aku terkejut sebab tetiba si Zair tu nak berwhatsapp dengan aku. Yelah, dia selalu kot bluetick aku. Sampai aku fedup kekadang nak whatsApp dengan dia.
Dan masuklah gambar ni dalam WhatsApp aku,
Lol, aku rasa dia pengaruh dengan bendalah Piano Tiles tu kot. Sampai minta izin Ayah nak belajar kelas piano. Hailah adik aku
Tapi yang tak boleh blah, bila Ayah tanya soalan last tu, dan dia terus membluetick kan Ayah sehingga sudahnya.
Okay tu je nak cerita. Bye~
25 February 2016
20 February 2016
Sajak
Assalamualaikum annyeong.
Tajuk je pasal Sajak, tapi aku tak bersajak pun dalam ni. Don't worry.
Masa tingkatan lima aku kan dari aliran Kesusasteraan Melayu. Jadi setiap kali subjek Sastera ni, mesti cikgu akan bagi soalan seperti:-
Ciptakan sebuah Sajak bertemakan Kasih Sayang. - contoh.
Dan setiap kali exam pun, aku dengan classmate yang lain takkan terlepas dari membina sebuah sajak. Kalau serangkap tu bolehlah lagi, boleh pejam mata lagi buat. Ecehwah. Tapi ni dia suruh bina sebuah sajak. Memang lima belas baris tu takkan pernah lari dalam hidup.
Tapi kalau suruh pilih antara Syair dengan Sajak, aku lagi pilih Sajak kot. Sebab Sajak ni gaya dia bebas sikit. Maksud aku bebas kat sini - berbanding dengan Syair, kau terikat dengan rima akhir setiap baris, maksud setiap baris bunyi dia kena sama.
Sajak boleh bebas rima akhir dia.
Dan dengan Sajak ni je lah kau boleh merapu apa yang kau nak. Sama juga dengan Syair. Kau boleh cerita apa yang kau nak cerita dalam tu, asal jangan kurang dari lima belas baris.
Dan, aku tetiba teringat masa Peperiksaan Pertengahan Tahun kot tak silap, masa exam Sastera, dia suruh bina sebuah Sajak bertemakan kasih sayang. Dan memang aku dah tak ada idea lain, aku pun buatlah kasih sayang seorang Ibu.
Heh, tipikal en?
Ada kawan aku buat kasih sayang awek dia. K, serius ni. Tak tipu.
Dan entah macam mana, aku stuck pada perenggan terakhir. Lagi lima baris untuk aku siapkan Sajak tu. Dan semestinya, baris-baris yang sebelumnya mesti entah merepek apa aku tulis.
Aku ingat lagi masa tu, lagi dua puluh minit exam tu menghampiri penamatnya, dan aku masih lagi stuck dekat Sajak tu. Dah tak senang duduk dah masa tu sebab tak habis jawab lagi. Haih,
Aku pun perahlah otak yang memang kosong tak ada sebarang idea ni. Dan entah macam mana, aku rasa mungkin petunjuk kot. Hahaa,,
Aku punya nak siapkan menjawab kertas soalan tu, aku terambik lirik lagu Ayuh Tinggalkan Dia by Encik Mimpi. Shame~
Lirik :-
Akan ku binakanmu istana bahagia
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
Yang akan melindungi kamu setiap masa
kerna kamu sang puterinya.
Lepastu bawah tu aku letaklah 'Oh Ibu.'
Lol, entah tak tahu apa yang aku fikir masa tu, waktu mendesak aku rasanya.
Tapi Alhamdulillah, aku dapat juga markah untuk itu. Hohohoo,

17 February 2016
Sejadah
Assalamualaikum annyeong.
Semua kenal namanya sejadah kan? Tempat untuk pasakkan kaki, tunduk bersujud pada Allah.
Masa bercuti haritu, tengah jenjalan dekat Rantau Panjang, Mama pesan suruh beli sejadah. Beli sejadah yang keras.
Aku dengan adik-beradik plus Ayah dah pelik dah, kenapa nak sejadah yang keras sedangkan ada yang lembut?
Then My Mom replied;
"Kalau solat guna sejadah lembut, kadang-kadang buat kita lalai. Tak khusyuk. Kalau solat guna sejadah keras, sekurangnya buat kita khusyuk, buat kita sedar yang kita ni hanya seorang hamba Allah yang banyak buat silap."
Dan, aku terkesima.
Deepest.

![]() |
| Credit given to :- |

16 February 2016
Assignment
Assalamualaikum annyeong.
Weh, jaranglah manusia yang bergelar seorang pelajar tak ada assignment sepanjang dia belajar.
Dan yeah, susah betul aku nak bahagikan masa antara sosial life dengan buat assignment ni walaupun dah masuk sem dua. Masih tak reti nak bahagikan masa antara keduanya. Entahlah, mungkin aku bukan dilahirkan untuk pandai membahagikan masa. Huhuhuu
Mungkinlah..
Setiap sem aku akan ada enam subjek. Dan setiap subjek tu kena ada assignment + presentation. Banyak benauu tau nak kena buat. Report untuk BI yang nak kena hantar minggu depan pun tak siap lagi, dah ada assignment untuk subjek lain. Haih haihh
Serius aku tersangatlah busy. Sampai kekadang nak telefon Mama-Ayah pun sampai terlupa. Dah tetengah malam pukul satu atau dua lepas dah siap kerja baru teringat yang dah lama tak call diaorang. Heh,
Tapi tak apalah, nak belajar dan nak menuntut ilmu punya pasal. Tempuh je lah. Asal jangan lupa solat pun dah kira cukup.
Dengan tunaikan solat, kau akan berjaya - Weh aku tak ingat ayat penuh dia!

14 February 2016
Sayang Mama
Assalamualaikum annyeong.
Ada dalam tahun lepas tak silap, masa tu mood aku nak ceroboh telefon orang membuak-buak. Jadi telefon adik aku menjadi pilihan pertama aku untuk dicerobohi.
First thing first, aku buka mesej dia. Sajelah nak baca conversation dia dengan kawan dia via mesej.
Dan,, aku terjumpa mesej adik aku dengan Mama. Perbualan itu seperti berikut,
"Zair sayang mama."
Then my mom replied, "Mama pun sayang Zair juga."
You know what, after that I was like, ehh. Aku tak pernah pun beritahu Mama yang aku sayang dia. Yeah, tak kasitahu sebab malu, mungkin. Hahaaa shame~~
Lepastu tunjuk dekat Abang dengan adik aku lagi seorang tuh, seriusly mereka speechless. Mungkin sependapat dengan aku.
Mungkinlah. Sedang bersangka baik.
Then, if My Mom read this, just so you know, I love you. So much. Infinity.
*smile*
Tapi kalau tak beritahu pun aku rasa anak-anak Mama sayang Mama sesangat. Kerana, action speak louder than word.
Sent from Samsung Mobile

Subscribe to:
Posts (Atom)