Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

10 February 2020

PMS

Assalamualaikum hai.

Nak cerita pasal PMS. Mungkin ada yang tak tahu, PMS ni merupakan Premenstrual Syndrome. Selalunya refer kepada mood seorang perempuan sebelum didatangi teman sejati setiap bulan.



Bagi setiap wanita yang tidak menempuh waktu-waktu seperti ini, tahniah! saya ucapkan. Sebab aku sendiri yang setiap kali dia datang jengah pun boleh buat sakit kepala memikirkan dan melayan.

Mood yang sentiasa berubah-ubah setiap masa. Kadang rasa lapar gila, kadang rasa nak berfoya-foya, sekejap nak maki orang, sekejap nak menangis tak tentu pasal.

Aku sendiri setuju dengan kenyataan, "woman is complicated!"

Kadang mahukan itu, kadang mahukan ini. Bila dah dapat, eh rasa macam nak benda lain pulak. Kami, perempuan sendiri pun tak faham apa yang kami nak.

Tapi, keadaan itu akan jadi meleret bila dalam mood PMS ni. Contohlah, bila tengah PMS, lepastu satu hari rasa macam nak marah orang aje. Kemudian, datang mahluk Tuhan yang menguji kesabaran.. kau tengoklah dia punya mengamuk tu macam mana.

Tiba-tiba rasa macam semua orang tak sayang dia. Tiba-tiba rasa insecure dengan orang lain. Tiba-tiba.. ehh banyaklah tiba-tiba tu.

Aku pun kadang tak faham diri sendiri itu mahukan apa. Bila dah diberi apa yang aku nak, masih juga hati ni tak puas. Nak lebih lagi.. lebih yang macam mana pun aku sendiri tak tahu.

Complicated, bukan?

18 January 2020

Happy New Year 2020

Meskipun sudah 18 hari menjelang tahun 2020, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru, semua!



Semoga tahun ini kita semua dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, dipermudahkan urusan kita dan urusan orang yang berurusan dengan kita, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus memajukan diri sendiri.

25 November 2019

Sibling

Assalamualaikum,


Aku kan, ada kawan yang tak berapa rapat sangat dengan adik-beradik dia orang. Dalam sepuluh orang kawan, adalah lima ke enam orang yang tak rapat. Ramai jugak tu..

Dia orang selalu cakap,

"Aku mana rapat dengan abang aku."
"Aku WhatsApp abang aku pun kalau aku tengah takde duit."
"Aku jaranglah berbual panjang dengan dia."
"Aku tak selalu sangat masuk dengan adik aku."

Dan macam-macam lagi.

And.. I wonder how they seeing each other at home. Macam mana mereka 'hidupkan' suasana bila di rumah?

Kalau adik-beradik yang ramai tu, tak kisah sangat. Ni yang dua beradik aje. Macam krik krik je rumah tu.

Kalau aku.. Kami sangatlah rapat. Aku rapat dengan semua beradik aku. Dan mereka rapat dengan aku. Boleh dikatakan setiap hari kami akan cuba untuk keep in touch walaupun kami belajar jauh-jauh. Dan sekarang ni, lepas abang aku dah kahwin, dah duduk rumah sendiri pun kami masih keep in touch sesama sendiri. Jadi, rasa berjarak antara kami boleh dikatakan tak ada langsung.

Even kami tinggi suara, marah-marah tak puas hati, tapi kami marah tak lama.  Setengah jam lepas tu dah boleh bergelak sama-sama. Kami cepat sejuk kalau marah. Semua jenis yang tak cepat marah.

Dan bila orang cakap, "Aku jealous dengan hubungan kekeluargaan kau." I understand now.

So, macam mana hubungan kau orang dengan adik-beradik kau orang?

17 November 2019

Tya Arifin

Assalamualaikum..

Aku beritahu kat sini yang aku jumpa TokTi. Kali ni nak beritahu yang aku jumpa menantu TokTi iaitu Tya Arifin.

Aku kenal dia waktu post dia melalui ruang explore Instagram. Masa tu, dia post gambar dia baby shower. Tengah mengandungkan Arif. Cantik gila. Aku terus follow. Saya follow orang yang cantik dan kacak saja. HAHAHAHAHA

Dan tahun lepas, Tya launch produk jamu dia. Orang Indonesia dengan jamu takkan terpisah, kan? Mereka cantik pun sebab minum jamu.

Masa awal-awal dia perkenalkan produk jamu Mutyara tu, aku tak berapa kisah pun. Sebab dah mind set yang jamu tu pahit.

Tapi, mula bulan 7 tahun lepas. Beberapa bula selepas Mutyara Beauty dah dilancarkan, aku tengok feedback dan reviews di Instagram Tya, aku macam berkenan. Terus beli trial pack jamu tu dekat agent di JB.

and suprisingly, jamu tu TAK PAHIT. Rasa manis, pedas, masam. Yang pastinya, rasa jamu tu sedaplah.

Dan terus, bulan march haritu, aku join untuk jadi agent tanpa modal Mutyara Beauty bila Tya buka kekosongan tu. It's free, so why not? Tapi, aku bukan jadi agent untuk JB lah. Aku jadi ATM untuk Penang, kerana aku belajar di USM. Dan masa aku banyak di sini.


She's so beautiful. Serius! Cantik sangat. So humble. Baik budi bahasa. Kelakar. Add to list, new person to admiring. -_>

p/s: Kalau berminat dengan jamu Mutyara, bolehlah dm saya di Instagram. Nak tahu khasiat, feedback, review jamu pun boleh dm saya. Berminat dengan saya pun boleh dm jugek

15 November 2019

Dato' Sri Siti Nurhaliza

Assalamualaikum hai.

Siapa aje yang tak kenal TokTi?

Jujur, aku minat giler tokti dari aku kecik. Sangat-sangat meminati. Minat sebab mama dengan ayah aku pun minat jugak. Minat tu 'menurun' ke aku, mungkin. Play aje permulaan lagu tokti, aku dah tahu tu lagu apa, tahap fanatik aku pada dia.

Ingatkan nak pergi konsert Siti Nurhaliza on tour bulan March haritu, tapi ada kelas pulak. Saya dah beli tiket tau. Tapi, tiket kena bagi ke orang lain. Tahu mama, aku ke konsert dari ke kelas, mahu dia parang aku nanti. Jadi, aku ke kelas.

Aku pun memang dah lama gila teringin sangat nak jumpa tokti. Tapi, tak kesampaian. Haritu masa dia pergi Penang buat konsert tu, aku di Johor. Masa dia ke Johor untuk sesi meet and greet creacion tu, aku pula di Penang.

Dan TokTi antara artis yang aku tak boleh ignore. Setakat jumpa Syafiq Kyle, aku tak heran sangat. Tapi, kalau jumpa insan bernama Siti Nurhaliza, aku memang boleh buat meremang bulu roma.

p/s: Aku pernah jumpa Syafiq Kyle masa dia datang Kilang Bateri Johor dulu. Lama dah. Aku tengah diploma kot. Tak ingat. Tapi, jumpa macam tu ajelah. Ohh, dia ke Syafiq Kyle. That's it.

Dannnnnnnn... guess what?

Bulan lepas.. 8-Okt-2019, AKU JUMPA TOKTI, GAIS!

Aku excited sampai sekarang, gais.

Aku tak tahu nak describe macam mana tahap seronoknya aku bila jumpa dia, gais.

Masa tu, TokTi datang USM Penang untuk terima anugerah. Aku tahu dia nak datang, hari Isnin masa aku di Perak ada aktiviti team building di sana.

Hari Ahad tu aku ada hiking di Taman Negara Pulau Pinang. Pagi sampai petang.
Hari Isnin tu pula, aku ada Team Building (Caving and Water Tubing) di Gua Anak Tempurung, Perak dari pagi sampai tengah malam.

Hari Selasa tu, aku dah penat gila-gila. Mental koyak. Badan lemau. Tapi, aku sanggup-gagahkan diri ke Dewan Budaya walaupun masa tu hujan. Semata untuk jumpa idola aku.

Gais!!!


Masa ni, tangan menggigil nau nak ambik gambar. :) :) :) tapi, aku tak sempat nak salam tokti.

Nanti aku cerita pula, aku jumpa Tya, menantu tokti yang cantik tu..